My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Monday, February 18, 2013

Gloria Estefan - Don't Wanna Lose You



Gloria Estefan & Miami Sound Machine.


Harun Salim Bachik - Banjir



Harun Salim Bachik, pernah menyanyi, berlakon dan sekarang terkenal sebagai pelawak.  Ini lagu bencana banjir.  Semalam, 18 Februari 2013, kawasan Puchong, berdekatan simpang bertingkat LDP dan IOI Mall dilanda banjir kilat.  Hujan yang lebat menyebabkan air naik terlalu cepat dan longkang yang ada tak mampu untuk menyalurkan air yang banyak.  Bersabar lah kepada mangsa yang terkena tragedi ini.

Awal 80'an, kawasan sekitar kampung aku kena banjir.  Kampung aku terselamat kerana terletak dikawasan tinggi berbanding dengan kawasan sekitar.  Banjir berpunca dari hujan lebat selama beberapa hari; air tak dapat mengalir masuk ke sungai Kelantan kerana air dari sungai Kelantan sendiri melimpah melepasi tebing.  Jarak rumah aku ke tebing sungai Kelantan tak sampai satu batu pun.  Kejadian banjir berterusan selama 3 hingga 4 hari.  Aku dan kawan-kawan seronok meredah air banjir.  Ada juga kami menolong menolak kenderaan yang tersangkut dalam banjir.  Kawasan air yang merentasi jalan raya, tapi tidak lah terlalu dalam, kami redah dengan motosikal berulang kali.  Seronok pula menunggang motosikal merentasi air.  Ada juga kami menaiki lori untuk menolong mangsa berpindah.  Surau kampung aku dijadikan tempat pemindahan banjir.

Razis Ismail - Kepulangan



Razis Ismail, gaya suara tersendiri.




Cinta Kristal - Rahim Maarof



Rahim Maarof, penyanyi rock solo yang mencipta nama dizaman kegemilangan kumpulan-kumpulan rock pada lewat 80'an.  "Salute" untuk beliau.  Aku sering kali terserempak dengan beliau semasa membeli juadah untuk berbuka di satu pasar Ramadhan di Petaling Jaya.


Bubbles - Impian Hampa



Lagu-lagu popular awal 80'an kebanyakannya lagu-lagu yang jiwang (terma dulu-dulu).  Lagu-lagu yang bersenikata sedih dan mendayu.  

Dwen - Suatu Waktu Dahulu



Dwen adalah penyanyi dari Brunei.



Aman Shah - Asmara Terkenang



Aman Shah, popular awal 80'an.  Beliau terkenal dengan gelaran penyanyi lelaki yang memiliki tahi lalat paling banyak di muka.


Paula Abdul - Straight Up



Masa lagu ini menduduki tempat pertama senarai carta lagu di Amerika, tahun 1989, aku selalu menonton video klip lagu ni di MTV.

Tina Turner - Simply The Best



Seorang penyanyi yang bertenaga.



Kau Pergi Jua - Adam Ahmad



Irama sedih era 80'an.

APA DAH JADI - S. M. SALIM



Lagu berentak rap irama Malaysia yang pertama, setuju tak?

Lagu ini best...irama yang menarik.


XPDC - C.I.N.T.A



Masa lagu ini keluar, aku tak ada dalam negara.  Aku cuma tahu lagu ini dari seorang kawan yang balik ke Malaysia semasa percutian musim panas.  Apabila dia kembali semula ke Amerika, dia berkata "Sekarang ni ada lagu yang mengajar mengeja sedang popular di Malaysia".  Aku dan kawan-kawan yang mendengar percakapan beliau terpinga-pinga tidak memahami apa yang beliau maksudkan.  Persoalan yang bermain dikepala kami semua akhirnya terjawab apabila dia mengeluarkan kaset yang dia bawa dan kami sama-sama mendengar lagu ini.  Pada permulaan tu rasa kelakar juga mendengar lagu ini.  Slepas itu aku tak dengar lagi lagu ini sehinggalah aku kembali ke Malaysia.

Ketika itu perhubungan melalui internet belum ada.  Namun begitu kami di universiti ditempat itu masih beruntung kerana kami boleh membaca suratkhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian yang sampai lewat 2 minggu.