My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Sunday, June 30, 2013

Sudirman - Bila Wajahmu Aku Bayangkan



Kali ini aku manampilkan lagu2 yang mempunyai perkataan "Wajah" dalam tajuknya.  Memang banyak tajuk lagu yang memuatkan perkataan wajah, namun aku memilih sedikit sahaja.

Sekarang ini dizaman komunikasi yang serba canggih, gambar wajah boleh diletak dalam profil pemilik akaun media elektronik.  Terpulang kepada pemilik sahaja samada nak letak gambar betul atau tidak.   Ramai juga yang memilih untuk memasukkan gambar lain yang beranika jenis.  Terpulanglah kepada kehendak individu itu sendiri.  Terdetik untuk menampilkan lagu2 begini bila terpandang wajah seorang teman, yang telah mengambil keputusan untuk meletakkan gambar diri sendiri, dalam satu media komunikasi.


Saturday, June 29, 2013

Exists - Janji Padamu



Kumpulan Exist, kumpulan penyanyi remaja berasal dari Johor.  Pada peringkat awal, iaitu pada tahun 1991, Exist dianggotai oleh Mamat, Ajai, Shah, Along, Musrad dan Ujang; dan mereka terkenal dengan lagu 'Untukmu Ibu' ketika itu.  Pada tahun 1993, ejaan nama kumpulan berubah menjadi Exists, yang dianggotai oleh Ezad, Ajai, Along, Musrad dan Ujang.  

Thursday, June 27, 2013

Jinbara - Kasihnya Laila



Kumpulan Jinbara, sebelum ini mereka dikenali dengan nama Tropika.  Album pertama mereka bertajuk 'Pui-Aiya-Hoi' dikeluarkan pada tahun 2001; album kedua 'Shing Kuan' pada tahun 2003; dan album ketiga 'Suatu Evolusi' pada tahun 2005.  Kesemua album terawal menampilkan penyanyi asal mereka iaitu Yabang.  Selepas itu tugas penyanyi diambil alih oleh Tiar.  Bersama Tiar mereka mengeluarkan album 'Patah Pusing pada tahun 2007.  Album ini memuatkan lagu Farhana, lagu yang membawa mereka ke pertandingan Juara Lagu TV3 2008.

Wednesday, June 26, 2013

Gersang - Masih Aku Terasa



Kumpulan Gersang, dari Johor, ditubuhkan tahun 1981 tetapi mula menempa nama melalui lagu Masih Aku Terasa pada tahun 1988.  Kumpulan ini dibubarkan pada penghujung tahun 1990 selepas penyanyi utama mereka iaitu Man Bai mengalami masalah kesihatan yang serius ketika itu.  Mereka sempat mengeluarkan 3 buah album iaitu Gersang (1988), Takdir (1988) dan B29 (1989).

Tuesday, June 25, 2013

Dinamik - Diantara Gadis



Kumpulan Dinamik adalah kumpulan muzik zaman rock kapak.  Kumpulan ini mula ditubuhkan di Pahang pada tahun 1986 dengan nama asal Eye's Killer.  Nama mereka mula mendapat perhatian setelah menjuarai pertandingan Juara Rock Tenggara 1988.  Mereka menukar nama kumpulan kepada Dinamik dan mengeluarkan album pertama berjudul 'Revolusi Mental' pada tahun 1991.  Album kedua mereka bertajuk 'Replika' dikeluarkan pada tahun 1992.

Monday, June 24, 2013

Gary Moore - Still Got The Blues



Gray Moore, seorang pemain gitar rentak Blues yang amat popular.  Berasal dari Ireland dan mula menceburkan diri dalam dunia muzik bermula dari tahun 1969 sehingga 2011.  Beliau meninggal dunia pada bulan Februari 2011.

Friday, June 21, 2013

Jalil Hamid - Ayam



Jalil Hamid ialah seorang pelawak yang banyak berlakon dalam drama2 tempatan dan juga seorang penyanyi.

Wednesday, June 19, 2013

Art Fazil feat. Imuda - Rilek Brader



Ini lagu baru.  Art Fazil dari Singapura, seorang pencipta lagu, penulis lirik dan penyanyi.  Imuda pula orang lama dalam bidang seni.  Beliau ialah seorang kartunis, pelukis, pelawak, pelakon dan penyanyi.  Lagu mereka kali ini cukup santai dan simple, tapi mendapat sambutan yang baik dalam YouTube.

Imuda suatu ketika dulu terkenal dengan lagu dalam loghat Perak yang bertajuk "An Evening in Parit".  Selain itu rancangan TV yang bertajuk 2+1 dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu adalah rancangan sitcom TV yang sinonim dengan nama Imuda.


Tuesday, June 18, 2013

Hetty Koes Endang - Hati Lebur Jadi Debu



Hetty Koes Endang, penyanyi Indonesia yang popular di Malaysia bermula tahun 80'an sehingga kini.  Beliau mula menyanyi pada tahun 1974.  Beliau pernah menetap di Malaysia kerana suaminya bertugas di Johor Bharu selama 5 tahun.

Monday, June 17, 2013

Melissa - Cinta Untuk Nabila



Kumpulan Melissa, satu lagi kumpulan rock dizaman kegemilangan rock kapak.  Melissa ditubuhkan pada tahun 1989 dan mereka telah mengeluarkan 3 album iaitu 'Pendirian' (1991), 'Kami Mat Rock' (1992) dan 'Mistik' (1994).

Sunday, June 16, 2013

Cliff Richard - Young Ones



Lama tak dengar lagu oldies dari Cliff Richard.  Penyanyi dari England yang mula popular pada tahun 1958 sehingga sekarang.  Beliau telah diberi gelaran Sir pada tahun 1995.  

Friday, June 14, 2013

Wan Salman - Terkenang Hak Zaman Dulu



Ini lagu yang biasa aku dengar melalui radio RTM Kelantan pada tahun 70'an dan 80'an.  Pada waktu itu lagu2 dikir barat masih tidak disiarkan diradio.  Persembahan dikir barat yang disiarkan diradio ketika itu cuma pertandingan dikir barat yang melibatkan 2 kumpulan dengan persembahan "Tok Jora" dan tukang karut dan mereka membawa topik2 tertentu untuk didikirkan.  Sekarang ini dah ada program yang menggunakan bahasa Kelate sebagai bahasa percakapan iaitu dari jam 2 hingga 6 petang setiap hari.  Banyak lagu2 dikir barat banyak disiarkan dalam tempoh tersebut.  Pada zaman 80'an dulu, program yang menggunakan bahasa tempatan cuma boleh didengar melalui radio Yala, Thailand.  Mereka menggunakan bahasa Kelate sebagai bahasa percakapan.  Mereka pasang lagu2 Melayu, dikir dan lagu Thai.

Thursday, June 13, 2013

Noorkumalasari - Lagu Dari Kamar



Noorkumalasari, penyanyi dan pelakon yang cukup terkenal pada tahun 70'an dan 80'an.  Beliau datang dari keluarga berdarah seni kerana beliau ialah anak kepada pasangan S Roomai Noor dan Umi Kalthum, dan adik (sebapa) kepada Anita Sarawak.  Kita akan selalu terbayang Sudirman bila bercerita tentang Noorkumalasari.  Mereka berdua adalah pasangan duet yang serasi dan selalu memberi persembahan yang berbeza dari penyanyi lain di waktu itu.  

Tuesday, June 11, 2013

M Nasir - Langgam Pak Dogo



Sifu industri muzik dan penyanyi nombor satu Malaysia, M Nasir.  Berasal dari Singapura, beliau bermula dengan mengeluarkan album solo pada tahun 1979 dengan menggunakan nama Mohamad M N. Selepas itu beliau menyertai kumpulan Kembara dan seterusnya bergerak solo.  Tapi apa yang ketara, ramai penyanyi Malaysia pernah mendapat khidmat beliau.  Banyak lagu2 tersohor yang dicipta dan ditulis lirik oleh M Nasir.  Terlalu banyak lagu2 beliau yang menjadi minat ramai.  Beliau juga pernah berlakon dalam beberapa filem.  Seorang insan yang sangat berbakat dalam bidang muzik.  Secara peribadi, aku berpendapat M Nasir layak diberi gelaran anugerah seniman negara.

Monday, June 10, 2013

Casey - Jangan Ada Benci



Casey, penyanyi dari Sabah.  Penyanyi yang mempunyai suara yang best.  Dia pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu 1995 melalui lagu Seribu Impian.


Sunday, June 9, 2013

Kuch Kuch Hota Hai - Title songs



Kita layan dulu lagu2 hindustan dari filem Kuch Kuch Hota Hai, sebuah filem lakonan Shah Rukh Khan yang sangat diminati ramai.  Filem ini mula ditayangkan bulan Oktober 1998 dan mencapai banyak kejayaan bersejarah.  Filem ini merupakan filem hindustan pertama yang tersenarai dalam "United Kingdom cinema top ten".

Saturday, June 8, 2013

Santana - Smooth



Carlos Santana adalah individu yang menjadi ketua kumpulan muzik Santana.  Beliau terkenal dengan kehebatan bermain gitar.  Beliau berasal dari Mexico dan membesar di San Francisco, Amerika.  Beliau mula melibatkan diri dalam bidang muzik semenjak dari tahun 1964.


Thursday, June 6, 2013

Eric Clapton - Layla



Eric Clapton, penyanyi yang berasal dari England dan sangat mahir bermain gitar.  Beliau tersenarai ditempat kedua dalam senarai "100 pemain gitar terhebat sepanjang zaman" yang dikeluarkan oleh majalah Rolling Stones.



Wednesday, June 5, 2013

Ukays - Siapa Yang Rampas Cinta Mu



Kumpulan Ukays popular tahun 90'an.  Kumpulan ini bermula pada tahun 1989 dengan UKAY.  Selepas gagal dengan album pertama, Amir dibawa masuk sebagai penyanyi utama dan ejaan ditukar kepada UKAYS.  Selepas kejayaan yang cukup hebat dengan album kedua, ramai anggota asal menarik diri kecuali penyanyi dan pemain gitar.  Selepas itu anggota baru dibawa masuk dan ejaan ditukar menjasi U.K's.  


Tuesday, June 4, 2013

Orkes El Suraya - Doa Dalam Irama



Orkes El Suraya dari Medan adalah kumpulan nasyid yang terkenal tahun 70'an dan 80'an.  Kumpulan ini dipimpin oleh Ahmad Baqi dengan beberapa penyanyi utama seperti Asmidar Darwis dan Rukiah Zain.  Lagu2 nasyid zaman dahulu mempunyai senikata yang begitu menyentuh kalbu dan memberi kesan yang mendalam kepada pendengar2.

Kali ini akau ingin berkongsi sedikit pengalaman kehidupan.  Dalam menghadapi kehidupan seharian, kita akan diuji dengan berbagai dugaan dan cabaran.  Kepada peminat setia filem2 P Ramlee, tentunya ungkapan 'Cubaaaan' masih segar diingatan.  Sudah menjadi kelaziman akan ada diantara ujian itu menyebabkan kita berasa sedih dan kecewa.  Sudah menjdai kebiasaan dan adat manusia, kita akan berasa sedih dan kecewa bila dugaan atau musibah melanda.  Namun usah kita biarkan kesedihan menyelubungi diri kita.  Orang yang bersedih dengan segala kejadian yang menimpa boleh dianggapkan seumpama kita tidak redha dan menerima ujian dari Yang Maha Mengetahui.  Kita kena terima dan redha dengan Qadha dan Qadar ALLAH.

Untuk mengubat hati yang menjadi sedih dan untuk menghentikan perasaan sedih dalam diri, aku mencadangkan sebuah buku bertajuk "La Tahzan" untuk dibaca.  Buku ini adalah buku karya Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.  Buku ini asalnya dalam Bahasa Arab, tetapi telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan diberi tajuk "Jangan Bersedih".  Aku pernah mendengar pengakuan seseorang yang boleh berbahasa Arab bahawa buku dalam bahasa arab adalah sangat bagus untuk dibaca.  Kalau ada sesiapa yang pandai berbahasa Arab aku galakkan untuk membaca karya asal dalam bahasa Arab, kepada yang lain bacalah terjemahan dalam bahasa Melayu.  Apa yang penting, jangan kita terlalu bersedih dengan segala dugaan yang melanda kerana itu cuma proses untuk peningkatan iman dan taqwa kita dalam menuju destinasi yang pasti.  Pertolongan dari Yang Maha Esa sentiasa dekat dengan kita.  Bersabarlah dan berdoa kepada Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.


Sunday, June 2, 2013

Aida Agil - Segalanya Pasti



Aida Agil, penyanyi 90'an yang berasal dari Johor.