My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Friday, August 19, 2011

Raihan - Lailatul Qadar


Hari ini dah masuk hari ke 20 umat Islam di Malaysia berpuasa untuk tahun 2011. Hari ini merupakan hari terakhir kita berada di fasa ke 2 Ramadhan. AlhamduLILLAH, kita telah selamat melalui fasa kerahmatan dan pengampunan dosa. Fasa ketiga dan terakhir ini paling penting kerana fasa ini dikenali sebagai fasa pembebasan dari api neraka, yang mana terdapat juga 1 malam yang paling istimewa iaitu malam LailatulQadar. Malam ganjaran yang digandakan pahala amalan sehingga bersamaan dengan pahala seumpama beramal selama 1000 bulan.

Kali ini aku ingin berkongsi tentang 1 pandangan yang baru aku terima semasa mendengar kuliah dari seorang ustaz. Selama ini kita selalu mendengar ayat al-Quran berkenaan kewajipan berpuasa yang dibaca dan diterjemahkan bila tiba bulan puasa. Ayat 183 surah al-Baqarah. Ayat yang mewajibkan kita berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang2 dahulu AGAR (supaya) kita menjadi orang yang berTaqwa.

Kita kebiasaannya akan pergi ke masjid2 atau surau2 pada sebelah malam untuk menghidupkan malam dengan solat terawikh, membaca al-Quran, Qiamullail, memperbanyakkan derma dan sebagainya. Ringkasnya kita memberi fokus selepas waktu Maghrib hingga ke waktu Subuh. Disini berlaku sedikit kesilapan kita dalam memberi tumpuan/fokus utama pada bulan mulia ini. Ayat 183 menyebut tentang "puasa, agar kita bertaqwa." Fokus utama kita sepatutnya puasa itu sendiri. Kita patut memfokuskan amalan semasa kita berpuasa. Maknanya kita kena memberi fokus antara waktu selepas subuh hingga maghrib, iaitu waktu kita sedang berpuasa. Memang benar amalan sunat yang dilakukan dibulan Ramadhan, terutamanya pada waktu malam iaitu solat terawikh dan lain2 akan diberi ganjaran sama seperti amalan wajib dibulan biasa, tetapi kita jangan lupa bahawa amalan wajib yang dilakukan dibulan Ramadhan ini akan digandakan 70 kali ganda pahala. Jadi kita sepatutnya memberi keutamaan kepada amalan wajib, iaitu puasa itu sendiri. Kita kena betul2 jaga nilai puasa kita. Ini tumpuan utama, menjaga nilai atau kualiti puasa kita. Ditambah baik lagi dengan amalan2 sunat waktu malam. Disinilah kita mengharapkan malam Lailatul Qadar.

Puasa ini sebenarnya 1 proses untuk menjadikan kita orang yang berTaqwa. Secara ringkasnya, setiap proses memerlukan "input" untuk menghasilkan "output". Input - Prosess - Output. Prosesnya" puasa." Outputnya "menjadi orang yang berTaqwa." Apa inputnya? Inputnya adalah rukun Iman.

(1) Kepercayaan kepada ALLAH
(2) Kepercayaan kepada malaikat
(3) Kepercayaan kepada kitab
(4) Kepercayaan kepada rasul-rasul
(5) Kepercayaan kepada hari kiamat
(6) Kepercayaan kepada qada dan qadar

Seumpama kita hendak membuat kek raya, inputnya mestilah bahan2 kek yang baik & elok, proses masakan yang betul2 dijaga, untuk menghasilkan kek yang cantik & sedap. Untuk mendapat output Taqwa yang baik, input rukun iman kenalah kukuh dan betul2 yakin. Proses puasa yang baik dan bermutu maka, InsyaALLAH, akan terhasil output taqwa yang diharapkan.

Semoga dapat menjadi renungan kepada pembaca artikel ini. Kita perbetulkan yang biasa dan biasakan yang betul.