My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Tuesday, June 4, 2013

Orkes El Suraya - Doa Dalam Irama



Orkes El Suraya dari Medan adalah kumpulan nasyid yang terkenal tahun 70'an dan 80'an.  Kumpulan ini dipimpin oleh Ahmad Baqi dengan beberapa penyanyi utama seperti Asmidar Darwis dan Rukiah Zain.  Lagu2 nasyid zaman dahulu mempunyai senikata yang begitu menyentuh kalbu dan memberi kesan yang mendalam kepada pendengar2.

Kali ini akau ingin berkongsi sedikit pengalaman kehidupan.  Dalam menghadapi kehidupan seharian, kita akan diuji dengan berbagai dugaan dan cabaran.  Kepada peminat setia filem2 P Ramlee, tentunya ungkapan 'Cubaaaan' masih segar diingatan.  Sudah menjadi kelaziman akan ada diantara ujian itu menyebabkan kita berasa sedih dan kecewa.  Sudah menjdai kebiasaan dan adat manusia, kita akan berasa sedih dan kecewa bila dugaan atau musibah melanda.  Namun usah kita biarkan kesedihan menyelubungi diri kita.  Orang yang bersedih dengan segala kejadian yang menimpa boleh dianggapkan seumpama kita tidak redha dan menerima ujian dari Yang Maha Mengetahui.  Kita kena terima dan redha dengan Qadha dan Qadar ALLAH.

Untuk mengubat hati yang menjadi sedih dan untuk menghentikan perasaan sedih dalam diri, aku mencadangkan sebuah buku bertajuk "La Tahzan" untuk dibaca.  Buku ini adalah buku karya Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.  Buku ini asalnya dalam Bahasa Arab, tetapi telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan diberi tajuk "Jangan Bersedih".  Aku pernah mendengar pengakuan seseorang yang boleh berbahasa Arab bahawa buku dalam bahasa arab adalah sangat bagus untuk dibaca.  Kalau ada sesiapa yang pandai berbahasa Arab aku galakkan untuk membaca karya asal dalam bahasa Arab, kepada yang lain bacalah terjemahan dalam bahasa Melayu.  Apa yang penting, jangan kita terlalu bersedih dengan segala dugaan yang melanda kerana itu cuma proses untuk peningkatan iman dan taqwa kita dalam menuju destinasi yang pasti.  Pertolongan dari Yang Maha Esa sentiasa dekat dengan kita.  Bersabarlah dan berdoa kepada Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.