My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Tuesday, March 8, 2011

Alleycats : Hingga Akhir Nanti (HQ Audio)



Kenangan lagu ini tetap segar diingatanku. Masa tu aku sekolah petang. Setiap hari Ahad bila aku dah siap untuk kesekolah, lebih kurang jam hampir 11pagi, aku akan dengar lagu ini menduduki tempat teratas carta lagu-lagu popular mingguan yang disiarkan oleh Radio 1. Masa tu lagu ni memegang rekod sebagai lagu paling lama berada ditempat nombor 1. Lepas saja mendengar lagu ini habis, baru aku mula berbasikal kesekolah. Aku menyanyikan lagu ini sambil berbasikal kepekan untuk menunggu bas.
Aku bersekolah jauh dari rumah. Dari rumah aku berbasikal sejauh 4 batu untuk ke pekan yang terdekat. Selepas tu kena pulak menunggu bas untuk kesekolah yang jauhnya lebih kurang 13 batu. Untuk sampai kesekolah sebelum 1 petang, aku mula bergerak dari rumah pada jam 11 pagi. Begitulah zaman persekolah aku waktu petang. Aku cuma bersekolah petang selama setahun saja, iaitu semasa aku dalam tingkatan 1. Selepas tu aku bersekolah pagi. Masa sekolah rendah pun aku bersekolah pagi. Sekarang ni bila aku tengok budak-budak yang bersekolah petang, aku rasa kesian. Bagi aku waktu petang lebih sesuai untuk buat ulangkaji dan beriadah.

Sudirman : Anak Gembala (HQ Audio)



Sesiapa yang pernah melihat klip video lagu ini tentu teringat betapa kelakar lakonan dalam video untuk lagu ini. Video lagu ini dibintangi oleh Allahyarhamah Yusni Jaafar, yang menjadi teman wanita Sudirman. Pelakon yang sama untuk video lagu Aku Penganggur. Kedua-dua video lagu ini hampir sama kerana dibintangi oleh pelakon/pelawak yang sama.
Kaset pertama yang aku beli ialah kaset yang mengandungi lagu ini.

Sharifah Aini : Pengajian Di Seberang Lautan (HQ Audio)



https://www.youtube.com/watch?v=aT0LTwYQrJ

Hari ni aku terjumpa lagu ini, nyanyian Dato' Sharifah Aini. Aku minat dengar lagu-lagu beliau. Apa yang menarik tentang lagu ini ialah kenangan belajar diluar negara. Walaupun tak semua senikata menepati pengalamanku, namun kenangan berada diluar negara menjadikan lagu ini aku suka. Teringat kembali kenangan masa belajar diluar negara dulu. Masa belajar disana merupakan salah satu tempoh masa yang seronok. Masa menjadi pelajar, kita bebas tetapi terikat. Bebas untuk membuat keputusan sendiri. Nak pergi kelas ke tidak, nak belajar ke tidak, nak buat assignment awal ke last minute, kita bebas buat pilihan. Tidak ada sesiapa yang nak marah, tegur atau pantau. Tetapi kita terikat dengan kehendak untuk lulus dan berjaya mendapat ijazah. Jadi pandai-pandailah membuat keputusan sendiri. Tempat aku belajar dulu tak ada ramai pelajar dari Malaysia.

Aku pernah mengikuti persembahan Dato' Sharifah Aini secara dekat pada penghujung 90an. Masa tu aku menjadi jemputan khas untuk satu majlis dan Dato' Sharifah menyanyi betul-betul depan meja yang aku duduk.

Nanti aku akan upload banyak lagi lagu-lagu Melayu lama (60an, 70an, 80an & 90an) diruang ini. Aku akan kongsi lagu-lagu kesukaan aku diruang ini.