My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Thursday, February 7, 2013

Phil Collins - Another Day In Paradise



Hayati lagu ini...

Foreigner - Waiting for a Girl Like You



Kali ni lagu-lagu jiwang la pulak......

Headwind - Segalanya Mungkin



Kawan aku yang minat lagu sebelum ini adalah peminat tegar kumpulan Headwind.  Lengkap koleksi kaset-kaset kumpulan Headwind yang dia ada.  Aku suka beberapa lagu dari kumpulan ini.  

Rick Astley - Never Gonna Give You Up



Ada kawan aku semasa diuniversity, tahun 1987 yang cukup minat dengan penyanyi ini.  Aku kenal lagu ni melalui dia.  Aku ingat lagu ini saja.

Billy Ray Cyrus - Achy Breaky Heart



Best lagu berentak country ni... 

Bonnie Tyler It's A Heartache


Pening kepala.. talipon buat hal pulak...  Tapi lagu ni bukan kisah pening kepala... ni soal sakit hati.  Aku tak sakit hati.  Tak elok sakit hati ni.... jiwa kena selalu tenang.

Ahmad Jais - Seraut Wajah



Teringat kepada sesiapa... layan lagu ni

Dikir Tepung Kita



Kita makan pulak kuih-kuih Kelantan sebagai pencuci mulut selepas makan nasi dagang.  "Tepung kita" tu bermakna "kuih kita".  Orang Kelantan panggil tepung untuk kuih... jangan salah faham pulak.  

Rosemaria - Nasi Dagang



Pagi ni hujan ditempat aku.  Teringat pulak makanan yang popular diwaktu pagi ini.  Kat kampung aku ada seorang peniaga yang memang terkenal dengan nasi dagang dia.  Setiap kali bila aku balik kampung aku pasti beli nasi dagang beliau.  Nasi dagang dia memang sedap, sukar nak jumpa nasi dagang di tempat lain setanding dengan rasa nasi dagang dia.  Dia berniaga diawal 80an lagi dan masih berniaga sampai sekarang.    Dia akan bungkus sendiri setiap pesanan didepan mata kita.  Tidak ada nasi yang dah siap dibungkus.  Semua disediakan mengikut pesanan, samada nak bungkus atau makan dikedai beliau.  Kena la tunggu sekejap, beratur nak dapatkan pesanan kita.  Sekarang ni pun dia masih membungkus sendiri nasi yang kita minta.  Pada peringkat awal dulu dia akan menjaga nasi dan anak dia akan menguruskan soal pesanan minuman.  Sekarang dah ada pekerja kedai dan sekali sekala nampak juga kelibat cucu beliau yang menolong. 

Nasi dagang lebih sedap sekiranya dimasak menggunakan beras nasi dagang, ada campuran warna hitam dan putih.  Ada juga nasi dagang dimasak menggunakan beras putih sahaja.  

Joget Kelantan - M Daud Kilau



Awal 80'an... M Daud Kilau popular dengan lagu Cek Mek Molek, Gila Judi dan lain-lain lagi.  Kali ini aku letak lagu joget yang juga popular ketika itu.

M Daud Kilau terkenal kerana gelek dia.  Bila buat persembahan, dia akan memakai pakaian yang bling-bling gitu, istilah sekarang.  Kalau dulu kita panggil baju mengerlip.