My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Thursday, April 4, 2013

Walid Toufic - Enzel Ya Gameel


Hari ini 4hb April {4/4}.  Hari ini hari ulangtahun kelahiran aku.

Pada masa kecil dulu, disebabkan aku dilahir dan dibesarkan dalam komuniti kampung di Kelantan, aku tak pernah menyambut hari ulangtahun kelahiran atau harijadi.  Kali pertama aku sambut harijadi ialah semasa aku berumur 21 tahun.  Masa tu aku berada di Amerika.  Pada hari itu, aku pergi mengambil ujian memandu.  Aku sengaja tetapkan tarikh untuk ambil ujian memandu pada harijadi aku.  Niat aku supaya aku tak lupa tarikh tamat tempoh lesen memandu aku. Selepas ujian aku tamat, pegawai pemeriksa yang naik kereta dengan aku ucap tahniah kerana aku lulus ujian lesen memandu dan mengucapkan selamat harijadi kepada aku.  Selepas itu aku naik kepejabat mereka untuk membuat lesen.  Setelah selesai buat lesen, pegawai wanita dipejabat tersebut menyerahkan lesen aku dan mengucapkan ucapan selamat harijadi kepada aku.  Gembira aku masa tu.  Selepas itu baru aku tahu bahawa tarikh tamat tempoh untuk lesen memandu di sana memang telah ditetapkan pada hari lahir kita.  Rasa rugi pulak aku menunggu dalam tempoh seminggu sebelum aku mengambil ujian memandu.  Pada sebelah malamnya beberapa kawan datang kerumah aku dan ada yang bawa kek dan kad.  Itulah kenangan kali pertama aku menyambut harijadi.