My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Saturday, August 31, 2013

Abba - Dancing Queen



Abba, kumpulan muzik dari Sweden yang paling berjaya.  Mereka digelar produk Sweden yang yang laris dieksport.  Mereka cukup popular pada tahun 1972 - 1982.  ABBA ditubuhkan pada tahun 1972 dan ABBA diambil dari nama2 anggota kumpulan ini iaitu Agnetha, Bjorn, Benny & Anni-Frid.  Mereka adalah pasangan suami isteri (Agnetta + Bjorn & Benny + Anni-Frid).  Mereka adalah antara kumpulan muzik yang memegang gelaran "jualan album muzik paling laris sepanjang zaman" melalui 8 buah album yang mereka hasilkan.  Mereka berpecah pada penghujung tahun 1982 selepas kedua2 pasangan suami isteri ini bercerai beberapa tahun sebelum itu.

Friday, August 30, 2013

Cikgu Naim - Apa Erti Merdeka



31 Ogos 2013, selamat menyambut hari ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 56.  Masing2 mempunyai pendapat tersendiri mengenai pengertian merdeka.  Apa2 pun yang pastinya pada pagi 31 Ogos kita dapat menyaksikan perarakan hari kemerdekaan menerusi TV masing2.

Thursday, August 29, 2013

Bob Marley - No Woman No Cry



Lagenda raggae, Bob Marley.  Lahir tahun 1945 dan meninggal tahun 1981.  Berasal dari Jamica, beliau mula menyanyi bersama kumpulan The Wailer dalam tahun 1963, dan mula bergerak solo pada tahun 1974.  Beliau ialah simbol atau ikon kepada beberapa gerakan era 70'an dan sehingga kini barangan yang mengambarkan beliau masih diguna pakai.

Wednesday, August 28, 2013

Blondie - Call Me



Blondie, kumpulan muzik yang menjadi perintis kepada muzik genre 'new wave' dan 'punk rock'.  Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1974 dan berasal dari New York, USA.  Mereka mencipta nama di United Kingdom dan Australia terlebih dahulu sebelum popular di Amerika.  Mereka popular dari tahun 1978 hingga 1982.  Selepas itu mereka berpecah dan bersama kembali pada tahun 1997 dan masih aktif sehingga kini.

Tuesday, August 27, 2013

Elvy Sukaesih - Cubit Cubitan



Elvy Sukaesih, penyanyi dangdut dari Indonesia era 70'an.  Ratu Dangdut Indonesia ialah gelaran yang diberi kepada beliau.  Pada peringkat awal 70'an, beliau menyanyi bersama Rhoma Irama, Raja Dangdut Indonesia.  Beliau mula menyanyi solo pada tahun 1975.

Versi asal disini:
Satu lagi lagu popular beliau:

Monday, August 26, 2013

Salwa Abdul Rahman - Satu Dua Kau



Salwa Abdul Rahman, penyanyi era 80'an, berasal dari Johor Bahru dan pernah menjadi juara pertandingan Bintang Pujaan Radio RTM Johor Bahru pada tahun 1985.  Beliau banyak membawa lagu2 yang berentak dangdut dan irama Malaysia.  Beliau pernah berduet dengan beberapa penyanyi lelaki seperti Nassier Wahab, Iwan & Ahmad Fauzee.  Berkahwin dengan bekas pemain bolasepak Kuala Lumpur iaitu Subardron Aziz.

Sunday, August 25, 2013

Suhaili Samsuddin - Jika Sayang Kata Sayang



Suhaili Samsudin, penyanyi yang popular tahun 70'an.  Beliau hanya menanggap bidang nyanyian sebagai hobi dan memberi keutamaan kepada kerjaya, dan menyepi dari nyanyian setelah berkahwin.

Saturday, August 24, 2013

Linda Elizabeth - Hati Sepi Seorang Perempuan



Linda Elizabeth, artis 80'an berasal dari Singapura.  Beliau sempat mengeluarkan 1 album sahaja.

Friday, August 23, 2013

Survivor - Eye Of The Tiger



Kumpulan Survivor, popular dengan lagu Eye of The Tiger.  Kumpulan Survivor berasal dari Chicago, USA.  Ditubuhkan pada tahun 1978 dan popular dalam tahun 80'an.

Thursday, August 22, 2013

Big Mountain - Baby, I Love Your Way



Kumpulan raggae, Big Mountain dari California, USA.  Mula mencipta nama pada tahun 1991.

Wednesday, August 21, 2013

Earth, Wind & Fire - September



Kumpulan Earth, Wind & Fire, popular tahun 70'an dan 80'an.  Kumpulan ini ditubuhkan di Chicago pada tahun 1969.

Tuesday, August 20, 2013

Bee Gees - Stayin' Alive



Kumpulan Bee Gees ditubuhkan pada tahun 1958 oleh 3 adik beradik iaitu Barry, Robin dan Maurice Gibb.  Bermula dari Australia, kemuncak populariti mereka adalah era 60'an dan 70'an.  Mereka mempunyai suara yang unik dan menjadi ikutan ramai.

Monday, August 19, 2013

Engelbert Humperdinck - Quando, quando, quando‏



Kita layan lagu oldies dari Engelbert Humperdinck. Beliau ialah warganegara British yang dilahirkan di Madras, India pada tahun 1936.

Sunday, August 18, 2013

Wann - Aku Dalam Teka Teki.



Wann (Wan Rashidah Bt. Meor Abdul Rashid), berasal dari Kuala Kangsar dan mula mencipta nama pada tahun 1989, merupakan seorang penyanyi yang unik kerana beliau terkenal dengan gaya suara 'meneran' dan berperwatakan seksi.  Beliau sempat merakamkan 10 album solo sepanjang penglibatan beliau dalam bidang nyanyian.  Beliau mula menyepi dari dunia nyanyian kerana memberi tumpuan sepenuhnya untuk menjaga sendiri anak beliau selepas berkahwin dan kini menetap di Singapura, negera kelahiran suami beliau.

Saturday, August 17, 2013

Fahrenheit - Sabar Menanti



Kumpulan Fahrenheit bermula sekitar tahun 1995.  Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1996.


Friday, August 16, 2013

Halim Yazid - Anak Tupai



Kita layan lagu2 dikir barat nyanyian Halim Yazid.  


Wednesday, August 14, 2013

Shanice - I Love Your Smile



Amalan bersedekah memang digalakkan dan semasa bulan Ramadan yang lalu ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pahala sedekah.  Amalan yang bagus itu semestinya diteruskan walaupun Ramadan dah berlalu.

Salah satu amalan sedekah yang paling senang dilakukan ialah dengan memberi senyuman kepada sesiapa saja yang kita jumpa.  Senyuman yang ikhlas akan membuat orang yang memandang terasa gembira; dan senyuman juga membolehkan seseorang yang kerap senyum menjadi lebih awet muda.  Tentu kita akan terasa gembira menerima senyuman manis dari seseorang, tambahan pula senyuman itu mempunyai sepasang lesung pipit yang cantik dan susunan gigi yang putih berseri.

Senyuman itu satu sedekah.  Senyum senyum selalu.


Tuesday, August 13, 2013

[Dikir]Raden Mas Uji - Anak Yatim



Dalam bulan Ramadan, kita selalu dipertontonkan oleh media-media elektronik dan cetak betapa ramai mereka yang memberi pelbagai jenis sumbangan untuk anak2 yatim.  Ini satu amalan yang amat baik, namun begitu janganlah pula bila berakhirnya Ramadan segala aktiviti tersebut sepi begitu sahaja.  Aku pernah bercakap dengan pihak yang menguruskan rumah anak2 yatim betapa sibuk dan menjadi rebutan anak2 yatim pada bulan Ramadan untuk menjadi penyeri berbagai majlis.  Tetapi semua itu berakhir apabila berlalunya Syawal. 

Bersama2 kita terus menerus membela dan menyumbang apa yang termampu untuk anak2 yatim yang ada disekitar kita.

Monday, August 12, 2013

Dato Shake - Musafir Di Aidilfitri



Ramadan 1434H telah meninggalkan kita.  Sama2 kita berdoa semoga segala amalan kebaikan dan ibadat yang kita lakukan pada bulan Ramadan yang lepas diterima dan diberi ganjaran yang sewajarnya oleh Yang Maha Esa; dan kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadan tahun hadapan.  Sama2 juga kita beriltizam dan berusaha untuk berterusan melakukan segala amalan kebaikan dan ibadat yang kita lakukan pada bulan Ramadan yang lepas pada 11 bulan yang lain.

Hari raya Eidul Fitri (1 Syawal 1434H) disambut di Malaysia pada 8hb Ogos 2013 (8/8/13).  Tahun ini kita berpuasa selama 29 hari. 

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1434H/2013M.  Maaf Zahir Batin. 

Thursday, August 1, 2013

Eddy Nor Ali - Manusia Miskin Kaya



Lagu raya klasik dari Eddy Nor Ali.  Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh penyanyi 50'an iaitu Nona Asiah.  Eddy Nor Ali ialah penyanyi kanak2 semasa era 70'an, berasal dari Singapura.  Satu lagi lagu beliau yang popular ialah 'Selamat Pagi Cikgu'.