My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Thursday, January 31, 2013

Lagu Rakyat KELATE KITO



Jom ke kelantan..... Mari..mari..mari...

Pakat mari ramai-ramai weh

Budok Malah Skoloh



Sebelum aku mengundur diri dari update blog aku kali ni, aku nak kau orang dengar lagu dari Maher Zain - Barakallah yang telah dikelantankan oleh 2 orang penyanyi dikir barat yang terkenal di Kelantan, Jali Bunga Tanjung dan Man Khan.

Bas No 13 -Kembara



Aku nak cerita sikit mengenai pengalaman lucu aku dengan bas.  Kejadian ini berlaku pada hari kedua aku menjejakkan kaki dibumi Amerika.

Sebelum aku kesana, aku dinasihatkan oleh abang ipar aku supaya tidak membeli baju sejuk dari Malaysia untuk dibawa ke Amerika.  Katanya ketebalan pakaian yang dijual disini tak boleh nak dipakai ditempat yang aku pergi, kerana tempat yang aku pergi tu memang sejuk.  Memang betul pun nasihat dia.  Kawan aku yang beli baju sejuk dari sini semuanya kena beli baju lain yang lebih tebal.

Semasa sampai, aku diberi pinjam baju sejuk jenis overcoat oleh kawan yang dah ada disana.  Pada hari kedua dia ajak aku untuk membeli pakaian musim sejuk.  Waktu itu cuaca memang sejuk.  Tasik dah beku dan pada hari itu jugak menjadi pengalaman pertama aku berjalan diatas tasik.  Ada beberapa orang yang sedang memancing ikan (ice fishing) dengan mengorek ais.

Kawan aku tak ada kereta.  Dia ajak aku naik bas.  OK la... aku terfikir nanti senang aku bila dah tahu cara-cara nak naik bas disana...senang aku nak merayau.  Apabila sampai ketempat menunggu bas, ada la 4 atau 5 orang mat saleh disana.  Bila nampak bas datang, member aku cepat-cepat suruh aku tahan bas, macam kita biasa buat kat sini.  "Cepat..cepat.. tahan!!! Nanti bas terlepaskan... dah dekat tu", kata kawan aku.  Aku pun apa lagi, terus menghulurkan tangan kanan aku menahan bas.  Aku perasan mat saleh disitu tengok semacam je kat aku, dan kawan aku tu terbahak-bahak gelak.  Rupa-rupanya disana mereka tak tahan bas.  Mereka berdiri je dekat dengan papan tanda bus stop tu dan bas akan berhenti.  Lepas tu naik je la dengan beratur.

Kawan aku gelakkan aku sepanjang perjalanan hari tu, dalam 15 minit lebih kurang.  Lepas tu kami pergi ke tempat in-door games... main bowling, dia masih dok bercerita kisah aku tahan bas kepada senior-senior yang ada disana.  Kira bagus juga la, kerana pada hari kedua je aku dah kenal ramai rakyat melayu yang dah lama dok disana.  Kawan aku tu kemudiannya menjadi rakan serumah aku dan kami sama-sama tidur depan TV kat ruang tamu je setiap malam.  Bilik jadi tempat salin baju dan katil kami jadikan tempat melonggokkan pakaian je.

Tapi yang best jugak tu... aku buat perkara yang sama kepada seorang budak yang baru sampai, batch selepas aku.  Tapi aku tak la gelakkan dia sangat.

Berdiri Bulu Romaku - Hetty Koes Endang



80'an... banyak lagu-lagu Indonesia menjadi popular disini.  Hetty adalah salah seorang artis dari seberang yang begitu popular dan masih diingati sampai sekarang.

EKSPRESS RAKYAT - KEMBARA



Sambutan tahun baru cina untuk tahun 2013 adalah pada 10hb 3, 2013, hari Ahad.  Tentunya ramai yang akan mengambil kesempatan cuti ini untuk pulang kampung atau pergi bercuti.

Sekarang kebanyakan orang akan menggunakan kereta sendiri untuk kemana-mana.  Tentu ada yang pernah menggunakan perkhidmatan keretapi untuk perjalanan jauh.  Aku tak pernah naik kereta api untuk perjalanan jarak jauh.  Sekadar naik KTM Komuter untuk tempoh perjalanan sekejap sahaja.  Banyak juga dengar cerita seronok pasal naik keretapi.  Ada yang nak kongsi cerita?

YANG PENTING HAPPY jamal mirdad



Hidup ini penuh dengan masalah.  Itulah cubaan, dugaan, ujian... yang telah ditakdirkan oleh ALLAH SWT untuk menguji kita semasa hidup didunia ini.  Berbagai macam dugaan melanda setiap orang.  Kita kena sentiasa yakin akan pertolongan dari yang ESA.  

Oleh itu jangan fikirkan sangat segala masalah yang ada sampai menyusahkan kita... susah dari pelbagai segi.  Nak makan susah (tak lalu), nak tidur susah (tak lena) dan macam-macam lagi.  Sentiasa bersikap HAPPY... Ceria.... Sentiasa senyum kerana dengan senyuman kita akan sentiasa tenang.  Setiap masalah akan ada penyelesaiannya.  Kita perlu BERSABAR..... dan sentiasa Happy.......

Gingerbread-Untuk Nusa Bangsa



Update missing link dari posting lama

Kau Lupa Janji Jamal Abdillah



Nak tahu cerita aku mengenai lagu ini, baca posting awal mengenai lagu ini.

Alleycats Hingga Akhir Nanti



Mengantikan video terawal yang dah hilang dari posting

Sudirman - Anak Gembala



Ini untuk mengantikan video dah tak boleh dicapai pada entry terawal

Wednesday, January 30, 2013

Bill Broad - Singkong & Keju



Dah banyak lagu English, sekarang kita imbas kembali lagu-lagu dari seberang yang pernah menjadi nyanyian masyarakat kita dalam tahun 80'an.

Def Leppard - Animal



Cuba lihat pemain drum....... seperti yang aku ceritakan pada lagu sebelum ini.

Def Leppard - Hysteria



Def Leppard terutamanya lagu-lagu dari album Hysteria, banyak yang best.  Tapi apa yang patut aku ceritakan ialah semangat setiakawan yang ada pada kumpulan ini.

Cuba kau orang perhatikan pemain drum kumpulan ini.  Dia cuma ada sebelah tangan sahaja.  Tangan kiri dia tak ada.  Biasanya orang main drum kena guna kedua-dua tangan dan sebelah kaki, kaki kanan.  Pemain drum kumpulan ini kehilangan tangan dia dalam kemalangan jalanraya.  Namun atas sifat setiakawan, dia tetap terus diminta untuk bermain drum dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.  Ada sedikit perubahan dilakukan kepada drum beliau, untuk membolehkan dia menggunakan kedua-dua kaki, dan sebelah tangan, tangan kanan.  Cubalah tengok video lain yang best dari kumpulan ini seperti lagu Pour Some Sugar On Me, Love Bites, Photograph, Animal dan lain-lain lagi.

Whitesnake - Is This Love




Aku minat lagu ni.  Mungkin kau akan bertanya, ada kisah disebaliknya ke?  Mmmmmmm......

Tapi yang pastinya akau selalu dengar lagu ni masa aku sedang belajar diperantauan.

UB40- Kingston Town



Pada asalnya aku tak minat lagu berentak begini, reggae.  Tapi pada tahun 1989 aku bercuti kerumah kawan aku di San Franscisco.  Lebih tepat lagi di Mountain View atau Silicon Valley, San Francisco.

Kawan aku tu bekerja dengan sebuah syarikat perisisan komputer terkenal.  Disana waktu tu cuma ada 2 orang warga Malaysia yang bekerja di syarikat tu, bersama dengan 6 orang warga Indonesia.  Bila ada masa terluang, kami akan pusing kawasan pantai sekitar San Francisco dengan kereta seorang mat Indon tu.  Dia pakai kereta Acura Integra dan CD yang selalu dipasang ialah CD UB40.  Jadi lama-kelamaan aku minat dengan lagu-lagu dari kumpulan UB40, seperti lagu ini, lagu Here I Am, Groovy dan lain-lain lagi.

Joe Cocker - Unchain My Heart



Lagu yang selalu aku dengar apabila tension dengan kerja-kerja sebagai seorang pelajar.  

Mike & The Mechanics - The living Years



Aku suka lagu ni.  Bagus jugak kalau ambik pengajaran dari senikata lagu ini.  Mesejnya... hargailah orang tua kita semasa mereka masih hidup.  Dengar nasihat mereka dan semasa kita hidup, berilah nasihat yang berguna kepada anak-anak kita.

Kau orang mungkin ada perkara lain yang dapat diambil sebagai pengajaran dari lagu ini.  Apa yang penting ialah perkara yang baik elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

RON GOODWIN Return To Paradise



Lagu ni selalu dimainkan di radio apabila nak masuk waktu azan.  Sekarang ni pun masih disiarkan oleh sesetengah radio dibawah RTM.

Aku dok tertanya-tanya juga nama lagu dan orkestra yang memainkan lagu tersebut.  Banyak lagu-lagu Ron Goodwin dan orkestra beliau yang dimainkan sebelum masuk waktu azan.  Sekarang ni semuanya dah boleh ditemui dalam YouTube.  Biasanya lagu ni paling ditunggu apabila bulan puasa.  Dulu rumah aku tak ada TV, jadi berbuka puasa berpandukan radio 1, RTM.  Bila dengar lagu-lagu macam ni dah siap pegang gelas air. 

Tie a yellow ribbon round the old oak tree



Satu lagi lagu yang dah hilang link pada posting lama.  Tony Orlando - tie a yellow ribbon on the old oak tree

The Carpenters - Top Of The World♥



Ni satu lagi yang dah hilang dari post terawal aku.  Aku letak link baru pulak

Ahmad Jais - Indahnya Dunia Hatiku



Lagu ni aku minat sangat.  Dulu akau dah letak dalam blog aku ni, tapi video tu dah tak ada, jadi aku letak sekali lagi.

Ceita Kedai Kopi



Kedai kopi... tempat berkumpul.  Tak kira la apa pun di panggil; kopitiam ke, coffee house ke, kedai mamak ke dan lain-lain, pokoknya semua berkumpul sambil minum-minum, makan dan bercerita.  Macam-macam cerita bergantung kepada kumpulan.  

Tapi kebelakangan ini banyak bercerita pasal PRU13.   Semua membuat tekaan bila akan datangnya PRU13.  Dah ramai yang meneka dengan alasan dan hujah masing-masing, namun PRU13 masih belum menjelma.  Aku pun tak tahu ada ke undang-undang yang menyatakan bahawa tarikh PRU tak boleh ditetapkan awal-awal lagi, macam yang diamalkan di negara luar.  Di Amerika contohnya, banyak proses pemilihan dibuat.  Semua tarikh dah ditetapkan, jadi semua dah tahu bila nak mengundi.  Disana nak pilih Syerif, ahli majlis tempatan dan banyak jawatan lagi dipilih melalui undian.  Tarikh nak pilih pemimpin utama mereka, The President pun dah ditetapkan awal-awal lagi.  Senang kan tu..... betul tak?

Tetapi satu perkara yang banyak dikedai kopi sekarang ini ialah tayangan perlawanan bolasepak.  Kalau kedai kopi tu dapat memberi skrin yang lebih besar dan gambar yang lebih terang, makin ramai la pengunjung bila ada perlawanan yang menarik, biasanya melibatkan perlawanan yang berprofil tinggi seperti MU lawan Liverpool ke, Kelantan lawan Johor DT ke, Frenz United lawan Korea ke.......

Kedai akan terus popular... walaupun tidak hanya menjual air kopi, kalau mengikut nama, namun segala jenis minuman disediakan.  Jom "ngeteh"......  

Tuesday, January 29, 2013

Kuih Klate (Kelantan)



Aku selalu travel sekarang ni... dan syukur sekali kerana banyak kali aku kena ke Kelantan.  Bila balik Kelantan, banyak betul makanan yang mengingatkan aku kepada kenangan lama.  

Selamat Tahun Baru

2013.... dah nak habis pun bulan Januari 2013.  Dah lama betul aku tak update blog aku ni..... Harap-harap tahun ni aku dapat menulis lebih banyak perkara tahun ni......