My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Monday, February 18, 2013

XPDC - C.I.N.T.A



Masa lagu ini keluar, aku tak ada dalam negara.  Aku cuma tahu lagu ini dari seorang kawan yang balik ke Malaysia semasa percutian musim panas.  Apabila dia kembali semula ke Amerika, dia berkata "Sekarang ni ada lagu yang mengajar mengeja sedang popular di Malaysia".  Aku dan kawan-kawan yang mendengar percakapan beliau terpinga-pinga tidak memahami apa yang beliau maksudkan.  Persoalan yang bermain dikepala kami semua akhirnya terjawab apabila dia mengeluarkan kaset yang dia bawa dan kami sama-sama mendengar lagu ini.  Pada permulaan tu rasa kelakar juga mendengar lagu ini.  Slepas itu aku tak dengar lagi lagu ini sehinggalah aku kembali ke Malaysia.

Ketika itu perhubungan melalui internet belum ada.  Namun begitu kami di universiti ditempat itu masih beruntung kerana kami boleh membaca suratkhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian yang sampai lewat 2 minggu.  

No comments:

Post a Comment