My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Wednesday, August 14, 2013

Shanice - I Love Your Smile



Amalan bersedekah memang digalakkan dan semasa bulan Ramadan yang lalu ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pahala sedekah.  Amalan yang bagus itu semestinya diteruskan walaupun Ramadan dah berlalu.

Salah satu amalan sedekah yang paling senang dilakukan ialah dengan memberi senyuman kepada sesiapa saja yang kita jumpa.  Senyuman yang ikhlas akan membuat orang yang memandang terasa gembira; dan senyuman juga membolehkan seseorang yang kerap senyum menjadi lebih awet muda.  Tentu kita akan terasa gembira menerima senyuman manis dari seseorang, tambahan pula senyuman itu mempunyai sepasang lesung pipit yang cantik dan susunan gigi yang putih berseri.

Senyuman itu satu sedekah.  Senyum senyum selalu.