My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Wednesday, February 13, 2013

James Blunt - You're Beautiful



Klasik....

Sting - Desert Rose



Best lagu ni.

Dikir Ayam Serama



Ubah selera kejap.  Cukup dulu dengar lagu-lagu lentok.

Chris Vadham - Hanya Nyanyian Dalam Sepi



Dulu-dulu layan lagu ni...lentok...





Wheels - Dalam Kenangan



Lagu yang pernah diminati.

Pelangi - Biar Ku Menjadi Lilin



Kumpulan Pelangi dianggotai oleh A Ali dan John Goh.  Lagu ini aku minat.  Ini tahun 80'an.

Ikhlas tapi jauh- artis artis RAP



Ini lagu gabungan penyanyi dibawah naugan RAP (Roslan Aziz Production), menyanyi lagu Ikhlas Tapi Jauh.  Best lagu ini.  Artis yang terlibat ialah Zainal Abidin, Sheila Majid (masa tu dia isteri Roslan), Zubir Ali dan Azman Warren (yang nyanyi dalam bahasa Inggeris tu)

Sheila Majid - Sinaran



Zaman selepas rock kapak.  Lagu berentak jazz dari Sheila Majid ini mula mendapat tempat dikalangan peminat muzik tempatan.

Masa aku di Amerika, aku sempat melihat siaran langsung di TV semasa Sheila Majid masuk pertandingan nyanyian disana dan menang tempat pertama.  Kalau tak silap aku program tu ialah International Talent Search.  Apa yang paling aku ingat ialah semasa pengacara program itu, Ed McMahon, menemuramah Sheila dan salah satu remark yang dia cakap ialah..."you're such a little thing but with powerful voice".  Kalau kau orang pernah  tengok rancangan talkshow "The Tonite Show" yang awal iaitu semasa pengacaranya Johnny Carson, Ed McMahon ialah orang yang selalu bersama Johnny.  Badan dia besar dan tinggi.  Boleh kata dia sebagai sidekick Johnny.

Aku berasa cukup bangga masa tu dan gembira kerana lagu Melayu boleh didengar secara langsung di Amerika.  Terlebih bangga kerana Sheila dapat nombor 1.

Zainal Abidin - Hijau



Selepas kegemilangan zaman rock semakin berkurangan, penyanyi dari RAP (Roslan Aziz Production) mula menguasai persada muzik Malaysia dengan lagu-lagu sperti ini.

Lefthanded - tiada lagi kidungmu



Ini lagu yang membawa kumpulan Lefthanded dan Nash (penyanyi utama) ke puncak kegemilangan.