My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Friday, March 11, 2011

Jamal Abdillah : Kau Lupa Janji (HQ Audio)


Lagu ini mula aku minati pada awal tahun 80an. Masa itu ada pertandingan nyanyian sempena pembukaan Majlis Daerah ditempat aku. Setiap peserta dikehendaki menyanyikan 2 lagu, lagu pilihan & lagu wajib. Lagu ini adalah salah 1 dari 3 lagu wajib yang disediakan untuk pilihan peserta lelaki. Majoriti peserta lelaki memilih lagu ini. Jadi bayangkanlah berapa kali lagu ini dinyayikan pada malam tu. Selepas tu aku dah dapat menghafal lagu ni sepenuhnya.

ELLA--Dua Insan Bercinta*


Lagu ni memang cukup popular sekitar tahun 1985 - 1986. Cukup berhantu dikalangan pelajar-pelajar KPP/ITM masa tu. Ketika tu aku menjadi warga seksyen 8, Shah Alam. Boleh dikatakan setiap bilik ada saja yang pasang lagu ni. Sesetengah tu rewind balik kaset berulang kali untuk mendengar lagu ni saja. Masa tu mana ada CD. Cuma kaset je yang ada, jadi kena pandai rewind supaya bila tekan butang play terus boleh dengar lagu ni lagi. Lagu ni merupakan salah satu lagu dari album "Battle of the Band". Ella bersama band The Boys. Ketika tu zaman rock baru meletup.
Pada ketika tu lah munculnya kumpulan Search, Wings, Medicine, Lefthanded dan lain-lain lagi. Zaman seluar ketat, rambut panjang. Tapi bila diteliti betul-betul, lagu-lagu yang popular bertemakan cintan. Pakaian rock tapi lagu yang menjadi tarikan pendengar kebanyakannya jenis jiwang. Radio KL masa tu ada seorang DJ yang selalu mainkan lagu rock. DJ Rock Kamal Hasan.