My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Monday, February 4, 2013

Juanes - La Camisa Negra



Aku tak faham pun lagu ni.  Aku tak pandai cakap Spanish, tapi aku nak bercerita sikit pengalaman aku dengan orang yang bercakap Spanish.

Satu hari tu aku didatangi oleh seorang perempuan Mexico tua.  Aku agak dalam lingkungan 60'an umur dia.  Masa tu aku di sebuah stesen bas di kawasan San Francisco.  Makcik tu bertanya kepada aku dalam bahasa Spanish.  Aku balas la dalam bahasa Inggeris yang aku tak faham cakap dia.  Tapi dia masih dok bertanya kepada aku dalam bahasa dia.  Aku naik rimas, aku pun apa lagi... aku balas balik dengan bahasa Kelantan.  Aku mula la bercakap Kelate dengan laju je... muka makcik tu semacam je tengok aku dan terus beredar dari situ.  Bentuk rupa paras dan warna kulit bangsa Melayu ada nak dekat dengan orang Mexico, jadi makcik tu ingat aku Mexican.

Tapi ada satu cerita yang menarik juga mengenai bahasa Spanish yang aku alami.  Kebiasaannya pada masa makan tengah hari, aku akan makan di kafeteria universiti seorang diri.  Sering kali aku akan bertembung dengan 1 kumpulan pelajar yang bercakap Spanish.  Kebiasaannya ada 3 - 4 orang pelajar perempuan dan 2 - 3 pelajar lelaki dalam kumpulan mereka.  Mereka selalu duduk disebelah meja aku.  Mereka minta kerusi dari meja aku kerana aku seorang diri saja.  Aku suka dengar mereka berbual dalam bahasa Spanish... bunyi sedap je...  mungkin kerana bahasa itu dituturkan oleh mereka-mereka yang muda dan lawa.  Hahaha... tak tahu la.  Lama-kelamaan mereka menjadi kenalan aku... setakat kenalan gitu-gitu je lah... bila jumpa diperjalanan setakat bertukar sapaan saja.

Deep Purple - Soldier of Fortune



Antara lagu classic rock yang aku minat.

DJ Dave - Ingin Bersua



D J Dave... banyak membawa lagu berentak hindustan menggunakan lirik melayu.

Herman Tino - Disini Saja



Banyak juga lagu-lagu kang Herman Tino yang aku minat.  Beberapa kali juga aku terserempak dengan dia.  Dia cukup mesra dengan sesiapa saja yang menegur dan aku hormat cara perwatakan dia.  Lagu-lagu dia banyak membawa nasihat.  Dia juga popular dengan lagu-lagu duet bersama Zaleha Hamid.

a ramlie maria bachok: cahayabulan di air tenang



Pasangan duet yang cukup popular keserasian gandingan mereka berdua.