My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Saturday, February 2, 2013

Sheena Easton Telephone



Talipon dah semakin canggih sekarang ni.  Talipon bukan sekadar talipon saja, dan jadi alat berbagai fungsi.  Istilah pun dah ditukar kepada Talipon pintar.

Sekarang ni ada talipon yang menggunakan sistem Windows 8.  Sebelum ni Windows tak terkenal dalam sistem perisisan talipon kerana kegagalan perisisan sebelum ini, iaitu Windows Mobile.  Dalam tempoh itu iPhone dan Android telah menjadi perisian yang popular.  Sekarang Windows telah mengeluarkan perisian Windows 8 yang boleh digunakan ditalipon dan juga  komputer.  Canggih perisisan ni.  Ada kawan aku yang fanatik dengan produk keluaran Apple sebelum ini dah mengakui bahawa dia terpikat dengan keupayaan Windows 8.  Aku berkesempatan mencuba talipon pintar yang menggunakan perisian Windows 8... canggih.  Apa yang ketara ialah talipon pintar yang menggunakan Windows 8 dah dibekalkan dengan perisian Microsoft Office... maknanya dah boleh menggunakan Words dan Excel serta Powerpoint ditalipon.  Amat sesuai untuk orang yang selalu diluar pejabat.

Aku bukan nak mengiklankan Windows 8... cuma aku sedang mensasarkan talipon pintar dengan perisisan  Windows 8 sebagai sasaran untuk dibeli.  

Mastura & Ally Noor - Apo Kono Eh Jang



Sekarang ni sedang popular lagu apo kono eh jang versi baru.  Aku letak versi asal yang popular tahun 80'an dulu.