My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Sunday, May 29, 2011

Laila Main Laila - Qurbani [1980]


Lewat 70an dan awal 80an dulu, filem2 Hindustan menjadi ikutan ramai. Judul2 filem seperti Bobby, An Evening in Paris, Qurbani dan banyak lagi. Lagu ni, dari filem Qurbani memang popular pada awal 80an.

Dulu Jabatan Penerangan akan datang ke kampung dan memacak screen wayang dikawasan lapang di sesebuah kampung. Lepas tu van Jabatan Penerangan itu akan mengelilingi kampung dan menghebahkan tentang pertunjukan wayang gambar percuma yang akan diadakan pada sebelah malamnya. Inilah yang dipanggil wayang pacak. Biasanya filem2 Hindustan merupakan filem yang selalu ditayangkan. Biasanya satu filem memerlukan 3 atau 4 roll filem. Bila habis 1 roll, kena tunggu sekejap untuk masukkan roll yang ke 2. Bila dah habis roll ke 2, mesti akan ada rehat sekejap. Masa inilah wakil Jabatan Penerangan akan berucap dan menyampaikan apa mesej yang nak dihebahkan kepada orang kampung. Inilah niat utama penayangan filem tu, nak memberi "maklumat" terkini kepada orang kampung. Selepas ceramah tu, baru sambung balik tayang filem roll ke 3 dan seterusnya.

P.Ramlee - Ya Habibi Ali Baba


Hari ini 29hb Mei adalah hari ulangtahun kematian seniman agung, P Ramlee. Banyak sangat lagu2 dan filem2 beliau yang aku minati. Terutama sekali filem2 yang bergendre lawak. Filem2 seperti siri Bujang Lapok, Labu & Labi, Ahmad Albab, Madu 3 dan macam2 lagi. Banyak lagu2 ciptaan beliau yang amat sedap didengar. Ini adalah antara lagu yang aku minati. Lirik2 lagu P Ramlee kebanyakannya mempunyai maksud yang tersirat & teguran2 yang membina. Dalam lagu ni, aku suka sangat melihat Aziz Satar & P Ramlee bersahaja menari mengikut rentak arab.

Friday, May 27, 2011

Sweet September : Hatiku Kau Guris Luka (HQ Audio)


Lagu yang popular awal 80-an dulu. Unik kerana penyanyi ni mengubah suara untuk menyanyikan lagu ini. Macam kumpulan ABBA.

Gingerbread : Untuk Nusa Bangsa (HQ Audio)


Awal 80-an dulu, ramai penyanyi2 bukan Melayu yang menyanyikan lagu2 Melayu. Kemasyhuran kumpulan Alleycats telah menjadi pendorong kepada kemunculan penyanyi bukan Melayu secara solo dan berkumpulan. Nama2 seperti "Gingerbread, Sweet September, Chris Vadham, Francesca Peters" dan ramai lagi yang mencipta nama masa tu. Ini salah satu lagu yang aku minat sangat.

Indahnya Dunia Hatiku - Ahmad Jais


Lama dah aku cari lagu ni. Dulu aku selalu dengar lagu ni dalam radio Klasik. Lagu ni jarang dimainkan. Dulu aku pernah rakam lagu ni dalam handphone, tapi nasib tak baik handphone tu dicuri. Baru sekarang dapat jumpa lagu ni lagi.

Satu ketika dulu ada satu pertandingan nyanyian di NTV7. Ada seorang peserta yang dah berumur yang selalu menyanyikan lagu2 Ahmad Jais. Salah satu lagu yang dia nyanyikan adalah lagu ni. Dari situ lah aku mula sangat minat lagu ni. Aku memang mengkagumi suara Ahmad Jais. Banyak lagu2 beliau yang masih segar didengar.

Friday, May 20, 2011

Dikir Pesan Mak


Ini lagu "Westlife - Seasons in The Sun" yang telah di dikir baratkan oleh pengiat dikir barat yang terkenal, Halim Yazid. Lagu-lagu dikir barat memang begini. Rentaknya diambil dari lagu-lagu popular berbagai rentak dan bahasa. Pada zaman 70an dan awal 80an, banyak rentak-rentak lagu Hindustan yang didikir baratkan. Ketika itu filem Hindustan memang popular jadi tak hairanlah kenapa rentak hindustan menjadi pilihan.

Westlife - Seasons In The Sun (With Lyrics)



Aku masukkan lagu ini dari Weslife kerana banyak lagu-lagu Westlife yang sedap didengar. Namun tujuan utama aku masukkan lagu ini adalah untuk memberi peluang mendengar lagu dikir barat yang menggunakan rentak lagu ini.

Cikgu Sulizi - Beruntung Jadi Anak Kelantan


Aku rasa bertuah kerana menjadi anak Kelantan. Walaupun aku dah keluar dari Kelantan semenjak Jun 1986, aku sentiasa menjadi anak Kelantan. Banyak pengalaman membesar dan nilai-nilai keKalantanan yang aku rasa menjadi kan aku begini. Aku berbangga kerana orang Kelantan masih mempunyai nilai-nilai unik.

Richard Marx - Right Here Waiting For You


Ni lagu terbaik dalam tahun 1988/89. Masa tu aku dah nak terbang ke Amerika. Kira lagu ni feel la kan. Maklumlah nak pergi jauh tinggalkan Malaysia.

Guns.N.Roses-Sweet Child O'Mine


Apabila mendengar lagu ini teringat pada masa lagu ini popular pada tahun 1987/88. Masa tu member-member yang dapat mainkan gitar lagu ni memang dikira terror la. Aku pernah pergi jamming dengan member-member di Subang Jaya dulu. Ada seorang kawan tu yang dapat mainkan gitar lagu ni dengan baik. Kira ramai la yang respect kat member aku ni.

Monday, May 9, 2011

Don't Cry Joni+Lyrics Conway Twitty And Joni Lee


Ini satu lagi yang selalu diputarkan oleh DJ RMIK, Zainal Din Zainal.

Lynn Anderson -- Rose Garden



Lagu popular dalam tahun 70-an. Namun, aku hanya selalu mendengar lagu ini dalam awal 90an. Masa tu aku berulang alik dari dari Shah Alam ke KL. Masa tu aku selalu mendengar Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK) di dalam kereta. DJ yang popular ketika itu, Zainal Din Zainal yang mengendalikan rancangan waktu pagi, selalu pasang lagu-lagu lama dalam segment Evergreen Everlasting pada setiap pagi Jumaat. Dia selalu pasang lagu ni.