My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Friday, February 1, 2013

KOCIK KOCIK JAGO KOBAU



Sebagai penutup sesi aku kali ni, aku letak lagu dari Negori...Ini versi asal....

"Air dalam bosi... api dalam kaco
Petik tepi... tongah nyalo"

Dulu selalu jugak dengar istilah ni...

Bryan Adams - Summer of 69



Sebelum ni aku bercerita pengalaman aku pada Summer 1989.  Ini salah satu lagu yang aku minat, Summer of 69 dari Bryan Adams yang mungkin lebih dikenali melalui lagu (Everything I Do) I Do It For You {filem Robin Hood Prince of Thieves}

Rod Stewart - Have You Ever Seen The Rain



Summer 1989, Milwaukee, Wisconsin.  Ketika itu ada acara pesta musim panas di bandar Milwaukee.  Jarak dari tempat aku belajar, Madison ke Milwaukee mengambil masa 45 minit hingga 1 jam berkereta.  Dengan memandu kereta sendiri, aku bersama 2 orang rakan lagi menghala ke Milwaukee.  Tapi aku telah mengambil masa agak lama sikit kerana kereta aku pecah tayar.  Aku pulak tak periksa tayar spare ada angin cukup ke tidak.  Bila berhenti di tepi lebuhraya, pasang tayar spare, baru perasan tayar spare aku tak cukup angin untuk digunakan.  Nasib baik sekejap saja polis peronda lebuhraya sampai dan kawan aku naik kereta polis dengan membawa tayar untuk dimasukkan angin.  Selepas datang semula dengan tayar yang dah penuh angin, polis tu tunggu sampai aku siap pasang dan bergerak baru dia gerak sama.  Bagi aku pertolongan yang polis tu berikan amat professional dan amat aku hargai.

Di Milwaukee aku telah menonton konsert Rod Stewart.  Aku berdiri di kawasan yang agak tinggi.  Kawasan pertunjukan konsert penuh.  Ramai juga penonton dari kumpulan bikers kerana Milwaukee adalah bandar dimana terletaknya kilang motor Harley Davidson.  Semua penonton duduk atas rumput.  Sebelum tu ada persembahan dari band yang memulakan persembahan.  Penonton masih duduk lagi.  Apabila Rod Steward keluar ke pentas semua orang mula berdiri.  Dari saat itu sampai ke habis persembahan penonton berdiri.  Aku pun sama la... ada la dalam tempoh sejam setengah.  Penonton turut menyanyi dan bergoyang, menari pada setiap lagu yang dinyanyikan oleh Rod Stewart.  Ada satu ketika tu, Rod Stewart cakap dia akan menyampaikan lagu berentak perlahan dan meminta penonton untuk duduk.  Sekejap je orang duduk, tak sempat lagu tu habis, semua dah mula berdiri balik.  Habis saja lagu terakhir, Rod Stewart masuk ke belakang pentas.  Penonton tak bergerak dan masih menepuk tangan tanpa henti.  Lepas tu, oleh kerana penonton tak berhenti tepuk tangan (mengikut adat orang Amerika, itu tanda mereka sangat suka dengan pensembahan tadi dan minta tambahan persembahan), Rod Stewart keluar balik ke depan pentas dan menyanykani 2 lagi lagu sebelum masuk kembali dan tak keluar terus walaupun penonton masih tepuk tangan.

Pengalamanku ke dan di Milwaukee pada musim panas 1989.  Summer of 1989.

Middle of the Road - Chirpy Chirpy Cheep Cheep



Lagu dari kumpulan ini, Middle of the Road yang bertajuk Soley Soley telah kembali popular dikalangan masayarakat kita yang menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.  Ini juga merupakan salah satu lagu yang pernah popular dari kumpulan ini.  Aku teringat kepada kumpulan ini bila menonton promo filem lanjutan Hantu Kak Limah.

POE - Saman



Cuti sempena tahun baru Cina akan tiba tak lama lagi.  Ramai yang akan menggunakan jalan raya dan lebuh raya  untuk bercuti, menghadiri kenduri, balik kampung dan lain-lain tujuan lagi.  Mungkin ada juga yang saja-saja je pusing-pusing dengan kereta untuk menguji kelajuan atau kuasa tayar.  Apa-apa pun tak kisah lah, yang pentingnya sama-samalah kita mematuhi peraturan jalanraya.  Macam-macam perangkap yang ada yang boleh menyebabkan kita disaman...yang terbaru AES.

Alleycats Senyumlah Kuala Lumpur



Hari ni 1hb Februari...hari ulangtahun penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Aku mula menjejakkan kaki di Kuala Lumpur pada tahun 1986.  Walaupun bermula dari tarikh tersebut (ada  la beberapa tahun aku tak berada di dalam negara) tetapi aku tidak pernah tinggal dikawasan Kuala Lumpur.  Aku sentiasa tinggal di dalam negeri Selangor.  Tetapi suatu waktu dulu aku tiap-tiap hari ke Kuala Lumpur.  Memang banyak perubahan yang berlaku dari berbagai sudut, terutamanya pembangunan dan jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Sebelum aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur, perkara-perkara kelainan yang ada di Kuala Lumpur yang teringin sangat aku alami ialah naik bas mini, dengar radio Kuala Lumpur dan menonton siaran TV3.  Kenapa ya?  Kerana :-

1)  Perkhidmatan bas mini cuma ada di KL.  Banyak cerita mengenai bas mini tersiar dalam akhbar dan radio.
2)  Radio Kuala Lumpur kerana adanya DJ popular iaitu Noramin dan Zainal Din Zainal
3) Siaran TV3 kerana waktu itu siaran TV3 masih belum ada di pantai timur, popular dengan program Majalah 3 dan Wan Zaleha Radzi

Walaupun dah banyak pembangunan dan perubahan yang berlaku di Kuala Lumpur, namun masih ada beberapa perkara yang masih kekal (mungkin berubah sikit saja) seperti yang aku kenali sejak dari dulu.  Antaranya... kedai nasi kandar di Kampung Atap, Restoran Kudu jalan TAR, wisma Yakin jalan Masjud India, Pertama Komplek dan banyak lagi.

Cuma yang aku agak tak setuju.... Kuala Lumpur pun ada menganugerahkan pinggat kebesaran... dah ada Dato' dari Kuala Lumpur......