My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Wednesday, August 24, 2011

Amr Diab - Tamally Maak (Always With You)



Hari ini dah masuk hari ke-25 umat Islam di Malaysia berpuasa untuk tahun 2011. Dah semakin hampir dengan hari raya dan yang pentingnya dah semakin hampir Ramadhan akan berlalu pergi.

Suasana keghairahan membuat persiapan menyambut hari raya Idilfitri semakin rancak. Namun kita seharusnya jangan lupa bahawa kegembiraan menyambut hari raya juga bermakna kesedihan meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Bulan Ramadhan merupakan bulan latihan untuk kita menambahkan taqwa dan keimanan kita. Keadaan persekitaran telah dipermudahkan untuk kita meningkatkan amalan kebajikan kita pada bulan ini. Kita nampak suasana sekeliling kita dipenuhi dengan kelibat orang2 yang meramaikan masjid2 dan surau2; saf2 solat yang bertambah; tabung2 derma yang dipenuhi sumbangan; insan2 yang kyusuk mengaji diruang2 masjid; kaunter zakat dimerata2 tempat dan lain2 lagi. Kita juga dikhabarkan bahawa syaitan2 dirantai; pintu2 neraka ditutup rapat; pintu2 syurga dibuka seluas-luasnya; ganjaran amalan digandakan sehingga 70 kali; dan berbagai2 lagi. Pendek kata kurang dugaan yang ada, banyak peluang yang terbuka pada bulan Ramadhan ini untuk kita beramal. Inilah sebab yang menjadikan Ramadhan seharusnya dirindui oleh semua orang yang bertaqwa. Inilah sebab yang menjadikan kita sedih bila hari raya nak datang.

Apakah segala apa yang telah kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini telah cukup untuk menjadi pendorong, bekalan dan motivator untuk kita terus membiasakan diri dengan amalan2 kebajikan sepanjang 11 bulan yang akan datang. Ini persoalan yang paling penting untuk kita tanya pada diri sendiri. Semoga kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Sementara itu kita masih ada sekurang2nya 4 hari yang terakhir lagi untuk meneruskan dan meningkatkan amalan kita pada Ramadhan tahun ini. Semoga amalan kita disepanjang Ramadhan ini diterima ALLAH dan menjadi perisai untuk menepis dugaan2 yang bakal mendatang, menjadi pendorong untuk kita terus beramal sepanjang masa sementara menantikan kedatangan Ramadhan tahun hadapan.

Selamat beramal dan selamat menyambut Hari Raya Idilfitri, 1 Syawal 1432H. Maaf zahir & batin.