My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Saturday, February 9, 2013

To'ki - Firasat



Terus senyap dan sepi tanpa berita mengenai To'ki.  Lagu-lagu beliau seperti Biasan, Hampa dan lain-lain pernah menjadi siulan suatu ketika dulu.  Ada la beberapa berita yang kurang elok untuk diceritakan pernah dikaitkan dengan penyanyi ini, tetapi bakat seni dan suara yang ada pada beliau patut kita hargai.

Permaidani - Aris Ariwatan



Ada suatu ketika dulu, pada bulan puasa, ada satu drama yang menggunakan lagu ini sebagai lagu temanya.  Melonjak-lonjak popular lagu ini.  Dulu aku tak tahu pun sangat lagu ini.  Aku tahu penyanyi ini, tapi melalui lagu lain, Lamunan Terhenti.

Sweet Charity - Kamelia



Inilah dia lagu yang menaikkan nama Sweet Charity dan Ramli Sarip.

Aku pernah terserempak dengan Ramli Sarip beberapa kali.  Aku cukup respect dengan dia.  Dia dengan gaya bersahaja, gaya kebanyakan orang ramai.  Sekali tu aku jumpa dia di kawasan Rehat & Rawat Lebuhraya PLUS ke selatan.  Dia naik bas ekspress untuk ke selatan.  Simple saja gaya hidup beliau.  Senang didekati dan peramah.  Ada lah juga aku berjumpa dengan beberapa penyanyi dan pelakon zaman kini, artis muda... jauh gaya dan perwatakan mereka yang muda berbanding dengan orang lama.  Aku teringat kata-kata Bob Lokman yang membawa maksud artis lama masih memiliki keimanan dalam hati.

Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim - Doa Buat Kekasih



Ini dia lagu duet Ramli Sarip dan Kathy.

A. Romzi & The Hooks ~ Zunika ~



Kalau kau nak kenal A. Romzi yang berduat dengan Ramli Sarip, dengar lagu ni.  Popular zaman Pop Yeh Yeh, zaman The Beatles.

Ramli Sarip - Bukan Kerana Nama



Memang aku minat sangat lagu ini.  Minat kerana rentak dan lirik dia.  Ini adalah lagu duet antara Ramli Sarip dan A. Romzi

Khatijah Ibrahim - Ku Gembira Disampingmu



Penyanyi wanita yang cukup popular.  Adik kepada Latif Ibrahim.  Lagu duet Kathy dengan Ramli Sarip juga cukup popular.  Apa yang aku tahu, 3 orang adik beradik mereka terlibat dalam bidang hiburan.  Sofia Ibrahim, Latif Ibrahim dan Kathijah Ibrahim (Kathy).

PILIHLAH AKU-LATIF IBRAHIM



Latiff Ibrahim, menyanyi dan pernah berlakon.  Suara yang mantap.  Ini salah satu lagu beliau yang cukup popular.