My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Sunday, July 14, 2013

Nujum Pak Belalang - Teka-teki



Ini sedutan dari filem Nujum Pak Belalang.  Aku tertarik untuk membawa perhatian pembaca kepada teka teki yang ke 3.  Ada sebuah masalah; satu, banyak banyak; dua sedikit sedikit; tiga jarang jarang; empat kadang kadang.  Apa itu?  Jawapan dari filem Nujum Pak Belalang ini sudah bukan rahsia lagi dan telah diketahui ramai.

Tapi kalau soalan yang sama ditanya semasa bulan Ramadan, jawapannya ialah bilangan orang yang pergi bersolat Terawih di masjid atau surau.  Minggu satu puasa, banyak orang pergi; minggu kedua puasa makin sedikit bilangannya; minggu ketiga jarang jarang sahaja orang masih bersolat terawih dan minggu keempat, kadang kadang sahaja sempat pergi berTerawih.  Ini yang biasa terjadi.  Apa kata pada Ramadan tahun ini kita berdoa supaya kita sentiasa tetap bersemangat dan rajin untuk terus mengunjungi masjid atau surau berdekatan untuk solat Terawih.  Bersama kita istiqamah untuk terus mengejar kelebihan yang ada dibulan Ramadan terutamanya pada penghujung bulan.  Jangan kita sia-siakan kesempatan yang ada untuk terus beramal.