My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Friday, March 1, 2013

Jali Bunga Tanjung - Wayyak



Lagu klasik arab, Wayak, telah diberi nafas baru dalam bahasa Kelate.  Dibawah ini lagu versi asal oleh  Farid Al-Atrash.


Sebelum Jali Bunga Tangjung, rentak lagu ini telah dibuat rentak dikir barat oleh Kumat, seorang penggiat dikir yang terkenal tahun 70'an dan awal 80'an.  Ini versi beliau.

Ku Kene-Fendi Kenali



Ku Kene (Aku Berkenan) nyanyian Fendi Kenali.

Comel Loteng



Layan dikir barat sekali lagi.  Comel Loteng (Lawa Sungguh..lebih kurang maksud dalam Bahasa Malaysia).  Nyanyian 3 penyanyi dikir iaitu Jali Bunga Tanjung (T-Shirt putih badan tegap), Udy (badan tegap pakai vest gelap) dan Man Khan (kameja putih kurus sikit).

Rafeah Buang - Kalau Rindu



Datin Rafeah Buang, suara yang cukup lunak dan memang asyik didengar.  Memang banyak lagu-lagu nyanyian biduanita lagenda ini yang diminati ramai.  Ini hanya beberapa buah lagu yang aku minat.  









Keindahan Pantai - M. Shariff



Irama 60'an.  Dulu awal 80'an, lagu-lagu irama 60'an telah muncul kembali.  Banyak kosert-konsert 60'an diadakan.  Aku juga tertarik kearah irama 60'an.  Nama-nama penyanyi 60'an mula disebut semula dan lagu-lagu mereka kembali popular.  Aku pernah membeli kaset irama 60'an dan aku diejek oleh kawan-kawan sekelas.  Waktu itu kawan-kawan sekelas aku meminati Duran Duran dan Micheal Jackson.  Aku pula minat Jeffrydin, Hasnah Haron, S Jibeng dan L Ramlee.