My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Wednesday, March 23, 2011

Top Of The World ‧The Carpenters



Lagu ini aku pilih kerana teringat waktu aku menerima keputusan SPM dulu.

Semalam keputusan SPM diumumkan. Pagi tu aku melihat program TV yang memberi panduan dan tips semasa nak mengambil keputusan. Hari ini pulak aku mendengar radio mengenai pengalaman pendengar semasa mengambil keputusan SPM mereka. Bila mendengar berbagai cerita dari pendengar stesen radio tersebut, teringat pulak pengalaman aku semasa mengambil keputusan SPM dulu.
Pada hari nak ambil keputusan SPM, aku pergi awal lagi. Aku menaiki motosikal ke sekolah. Aku memang berulang alik ke sekolah dengan motorsikal Honda C70 yang ayah aku belikan untuk kegunaan aku ke sekolah. Pihak sekolah mula mengedar slip keputusan dalam pukul 11 pagi. Alhamdulillah, aku dapat pangkat 1. Masa tu guna sistem pangkat 1, 2, 3 & 4. Kalau dapat pangkat 4, boleh mengulang semula disekolah kerajaan. Dapat pangkat 1, boleh terus masuk universiti, buat diploma atau matrikulasi. Pangkat 2 boleh sambung masuk tingkatan 6.
Bila dah dapat keputusan, kawan-kawan ajak aku untuk 'celebrate'. Sebelum tu kenalah dulu pergi kerumah mereka sebab nak tunjuk keputusan kepada keluarga. Jadi aku pun ikut mereka dulu. Lepas tu kami pergi makan-makan dan jalan-jalan sekitar bandar. Aku tak terfikir pulak yang keluarga aku dok tunggu aku kat rumah. Aku sampai balik rumah lebih kurang jam hampir 3 petang. Rupa-rupanya keluarga aku dah rungsing, terutamanya abang aku. Pada fikiran dia, aku tak dapat pangkat 1, jadi aku kecewa dan sengaja balik lambat. Pada masa itu rumah aku belum ada talipon untuk memberitahu keputusan kepada keluarga aku. Sebenarnya kemudahan talipon pun masih tak ada di kampung aku pada waktu itu.
Bila aku balik saja, abang aku yang sampai dulu. Bila dah tahu aku dapat pangkat 1, kecoh juga la sekampung. Kira aku orang pertama yang dapat pangkat 1 dalam SPM dikampung tu. Glamor aku masa tu. Tahun tu jugalah bermulanya aku meninggalkan kampung untuk meneruskan pengajian dan seterusnya meneruskan kehidupan.

Tuesday, March 15, 2011

Raja Ema - Jejaka Idaman 1986


Lagu ni sentiasa aku dengar sekitar tahun 1986. Teman sebilik aku semasa berada di program SUNY1 sangat meminati lagu ini. Ketika itu kami menjadi warga Subang Jaya. Ketika hendak menyambut hari raya, kawan aku telah menghantar kad raya kepada Raja Ema. Rezeki kawan aku baik masa tu, kad raya dia dibalas. Aku masih ingat betapa gembiranya kawan aku tu semasa menerima kad raya yang dibalas oleh Raja Ema.
Dah lama aku tak jumpa kawan aku tu. Tetapi baru-baru ni, dengan kemudahan teknologi internet dan Facebook, kami dapat berhubung kembali. Sekarang ni dia dah menetap di Johor Bahru kerana bertugas disana. Semoga dia menjadi seorang pegawai tinggi kerajaan yang berdedikasi bertugas untuk negara.

Friday, March 11, 2011

Jamal Abdillah : Kau Lupa Janji (HQ Audio)


Lagu ini mula aku minati pada awal tahun 80an. Masa itu ada pertandingan nyanyian sempena pembukaan Majlis Daerah ditempat aku. Setiap peserta dikehendaki menyanyikan 2 lagu, lagu pilihan & lagu wajib. Lagu ini adalah salah 1 dari 3 lagu wajib yang disediakan untuk pilihan peserta lelaki. Majoriti peserta lelaki memilih lagu ini. Jadi bayangkanlah berapa kali lagu ini dinyayikan pada malam tu. Selepas tu aku dah dapat menghafal lagu ni sepenuhnya.

ELLA--Dua Insan Bercinta*


Lagu ni memang cukup popular sekitar tahun 1985 - 1986. Cukup berhantu dikalangan pelajar-pelajar KPP/ITM masa tu. Ketika tu aku menjadi warga seksyen 8, Shah Alam. Boleh dikatakan setiap bilik ada saja yang pasang lagu ni. Sesetengah tu rewind balik kaset berulang kali untuk mendengar lagu ni saja. Masa tu mana ada CD. Cuma kaset je yang ada, jadi kena pandai rewind supaya bila tekan butang play terus boleh dengar lagu ni lagi. Lagu ni merupakan salah satu lagu dari album "Battle of the Band". Ella bersama band The Boys. Ketika tu zaman rock baru meletup.
Pada ketika tu lah munculnya kumpulan Search, Wings, Medicine, Lefthanded dan lain-lain lagi. Zaman seluar ketat, rambut panjang. Tapi bila diteliti betul-betul, lagu-lagu yang popular bertemakan cintan. Pakaian rock tapi lagu yang menjadi tarikan pendengar kebanyakannya jenis jiwang. Radio KL masa tu ada seorang DJ yang selalu mainkan lagu rock. DJ Rock Kamal Hasan.

Tuesday, March 8, 2011

Alleycats : Hingga Akhir Nanti (HQ Audio)



Kenangan lagu ini tetap segar diingatanku. Masa tu aku sekolah petang. Setiap hari Ahad bila aku dah siap untuk kesekolah, lebih kurang jam hampir 11pagi, aku akan dengar lagu ini menduduki tempat teratas carta lagu-lagu popular mingguan yang disiarkan oleh Radio 1. Masa tu lagu ni memegang rekod sebagai lagu paling lama berada ditempat nombor 1. Lepas saja mendengar lagu ini habis, baru aku mula berbasikal kesekolah. Aku menyanyikan lagu ini sambil berbasikal kepekan untuk menunggu bas.
Aku bersekolah jauh dari rumah. Dari rumah aku berbasikal sejauh 4 batu untuk ke pekan yang terdekat. Selepas tu kena pulak menunggu bas untuk kesekolah yang jauhnya lebih kurang 13 batu. Untuk sampai kesekolah sebelum 1 petang, aku mula bergerak dari rumah pada jam 11 pagi. Begitulah zaman persekolah aku waktu petang. Aku cuma bersekolah petang selama setahun saja, iaitu semasa aku dalam tingkatan 1. Selepas tu aku bersekolah pagi. Masa sekolah rendah pun aku bersekolah pagi. Sekarang ni bila aku tengok budak-budak yang bersekolah petang, aku rasa kesian. Bagi aku waktu petang lebih sesuai untuk buat ulangkaji dan beriadah.

Sudirman : Anak Gembala (HQ Audio)



Sesiapa yang pernah melihat klip video lagu ini tentu teringat betapa kelakar lakonan dalam video untuk lagu ini. Video lagu ini dibintangi oleh Allahyarhamah Yusni Jaafar, yang menjadi teman wanita Sudirman. Pelakon yang sama untuk video lagu Aku Penganggur. Kedua-dua video lagu ini hampir sama kerana dibintangi oleh pelakon/pelawak yang sama.
Kaset pertama yang aku beli ialah kaset yang mengandungi lagu ini.

Sharifah Aini : Pengajian Di Seberang Lautan (HQ Audio)



https://www.youtube.com/watch?v=aT0LTwYQrJ

Hari ni aku terjumpa lagu ini, nyanyian Dato' Sharifah Aini. Aku minat dengar lagu-lagu beliau. Apa yang menarik tentang lagu ini ialah kenangan belajar diluar negara. Walaupun tak semua senikata menepati pengalamanku, namun kenangan berada diluar negara menjadikan lagu ini aku suka. Teringat kembali kenangan masa belajar diluar negara dulu. Masa belajar disana merupakan salah satu tempoh masa yang seronok. Masa menjadi pelajar, kita bebas tetapi terikat. Bebas untuk membuat keputusan sendiri. Nak pergi kelas ke tidak, nak belajar ke tidak, nak buat assignment awal ke last minute, kita bebas buat pilihan. Tidak ada sesiapa yang nak marah, tegur atau pantau. Tetapi kita terikat dengan kehendak untuk lulus dan berjaya mendapat ijazah. Jadi pandai-pandailah membuat keputusan sendiri. Tempat aku belajar dulu tak ada ramai pelajar dari Malaysia.

Aku pernah mengikuti persembahan Dato' Sharifah Aini secara dekat pada penghujung 90an. Masa tu aku menjadi jemputan khas untuk satu majlis dan Dato' Sharifah menyanyi betul-betul depan meja yang aku duduk.

Nanti aku akan upload banyak lagi lagu-lagu Melayu lama (60an, 70an, 80an & 90an) diruang ini. Aku akan kongsi lagu-lagu kesukaan aku diruang ini.

Tuesday, March 1, 2011

Pembuka Kata

Pertama kali aku mencoret sedikit buah fikiran di blog ini. Blog ini akan aku jadikan ruang untuk mencoret sesuatu yang aku suka perkatakan. Topik akan berbeza dan pelbagai. Untuk kali ini, cukup dulu.