My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Thursday, September 29, 2011

Don McLean- American Pie



Masa aku belajar di Amerika dulu, aku selalu lepak di student center. Ianya merupakan sebuah bangunan yang menempatkan kedai-kedai, restoran-restoran, bar, bilik2 mesyuarat untuk disewa, bowling alley dan indoor game center. Games centernya memang besar dimana terdapat billiard, snooker, bowling, ping-pong, permainan komputer, jukebox dan macam2 lagi. Kira ini tempat lepak2, tempat perjumpaan dan tempat makan2. Disini jugalah tempat pertama aku bekerja sambilan semasa belajar. Aku berkerja sebagai tukang sapu di salah sebuah restoran disitu pada waktu malam. Aku kerja dari pukul 10 malam hingga 2 pagi, ketika musim panas (summer).

Aku selalu pergi ke student center ni untuk makan dan lepak2. Bila ada masa lapang yang lama antara sesuatu kuliah, aku lepak disitu, selalunya di games center. Aku selalunya pergi melihat orang bermain komputer games terutamanya Pac-man. Ada seorang student PhD dari China yang memang cekap bermain permainan itu. Masuk duit sekeping 1 quarter (25 sen) dapat main cukup lama. Bila dia main, ramai yang menonton kerana seronok tengok dia berjaya mencapai peringkat yang orang lain tak dapat capai. Kira dia jadi rujukan permainan Pac-man disitu. Berdekatan situ ada 1 jukebox dan lagu ini memang cukup popular sebagai pilihan ramai. Setiap kali aku pergi, ada saja orang yang masukkan duit untuk mainkan lagu ini pada jukebox.

Boney M. - Rasputin



Aku mula-mula minat rentak lagu ini apabila mendengar versi melayu oleh Alleycats. Kalau tak silap aku tajuk dia Sharazad. Lepas tu baru aku tahu ini lagu originalnya.

Monday, September 12, 2011

Sanisah Huri : Jauh Berjalan Luas Pemandangan


Para pembaca yang dihormati semua, saya mencadangkan agar pembaca semua mengambil kata2 nasihat dari lagu ini sebagai pesanan yang boleh diguna pakai atau dipraktikkan. Jangan terlalu stress dengan kerja. Carilah peluang untuk menenangkan jiwa dengan melihat keindahan ciptaan ALLAH disekiling kita. Buatlah sesuatu aktiviti yang boleh menghilangkan tekanan dan bebanan kerja. Kita kena sentiasa tenang dan gembira.

Sanisah Huri - Aidilfitri


Ini dia lagu raya nyanyian Sanisah Huri yang menjadi evergreen ever lasting. Tak sah hari raya kalau lagu ini tak dimainkan. Ada satu lagi lagu raya berentak sedih nyanyian Sanisah Huri iaitu lagu "Bersabarlah Sayang".

Sanisah Huri - Sampaikan Hati Ini Kepadanya


Satu lagi lagu Sanisa Huri yang aku minat.

Sanisah Huri : Sejak Ku Bertemu Padamu


Nama Sanisah Huri memang sudah terkenal dan disukai ramai. Ini salah satu lagu beliau yang cukup popular. Beliau cukup popular dengan lagu raya yang masih menjadi kesukaan ramai sehingga kini. Banyak lagu2 beliau yang aku suka.

Julie Remie : Korban Percintaan


Suara yang unik. Popular lewat 70-an.

Alice Sound & Muhaini Suratman : Rindu Selalu


Masih ingat lagu ini? Tentu ada yang ingatkan. Popular sekitar akhir 70-an dan awal 80-an.

Friday, September 9, 2011

The Bangles - Eternal Flame


Masa lagu ni popular aku berada di USA. Pendek kata setiap hari banyak kali dengar lagu ni. Banyak kali juga lagu ni menjadi teman aku semasa memandu keseorangan, orang lain lena tidur dalam kereta, ketika pergi bercuti melawat tempat2 menarik di Amerika.

Boney M - One Way Ticket


Awal 80-an, masa aku tingkatan 1 di Sek Men Sultan Ismail, Kota Bharu, aku naik bas kesekolah. Masa tu aku sekolah sesi petang. Semasa dalam perjalanan, pemandu bas tu pasang cartridge yang memuatkan lagu2 Inggeris popular ketika itu. Salah satu lagu yang terdapat dalam album itu ialah lagu ini. Memang setiap hari aku dengar lagu ini. Tambahan pulak masa itu pakcik pemandu bas tu asyik pasang album yang sama. Bila ada abang2 tingkatan 6 yang beri kaset lain, pakcik tu pasang masa pergi sekolah saja. Bila waktu balik, dia akan tetap pasang album yang sama.

Wednesday, August 31, 2011

SELAMAT BERHARI RAYA - AL-MIZAN


Hari ini dah masuk 2 Syawal, hari raya ke 2 tahun 1432H. Tahun ini aku beraya di Lembah Kelang. Hajat hati nak beraya dikampung, tetapi kerana beberapa kekangan dan sebab2 tertentu, aku sekeluarga beraya di bandar.

Teringat pulak masa beraya zaman dahulu. Masa aku masih bersekolah rendah, hari raya rasanya memang seronok. Masa tu meriam buluh masih dimainkan. Meriam buluh menggunakan minyak tanah sering kedengaran diserata kampung. Untuk mercun pulak aku menggunakan plug motorsikal yang diubah suai, paku dan kepala mancis. Masukkan serbuk kepala mancis kedalam kepala plug motor, letak paku dan lambung. Bila jatuh ianya akan mengeluarkan bunyi. Lepas tu isi balik serbuk dari kepala mancis, dan boleh guna lagi. Bunyi tak lah sekuat mercun "pop-pop" yang ada sekarang, walaupun konsepnya hampir sama. Tapi rasa keterujaan dapat membuat mercun sendri itu yang seronok. Bahan guna pakai yang terpaksa dibeli masa tu cuma mancis sahaja. Modal kecik, maklumlah masa tu mana ada duit banyak. Bila ada duit lebih sikit, boleh beli mercun roket.

Masa dulu ada sejenis permainan "papan tikam", yang selalunya popular musim raya. Kita bayar 5 sen untuk mendapat peluang membuka 1 kertas yang ada terlipat & terlekat kat kertas manila card. Bayangkan lebih kurang macam paket kopi segera yang dijual dikedai2 kopi sekarang. Bila buka kertas, tengok apa yang kita menang. Kadang2 ada duit, kadang ada mercun dan selalunya tak dapat apa2. Permainan ini dah lama diharamkan kerana jelas ini adalah sejenis perjudian.

Zaman aku kecik dulu tak ada duit raya. Cuma ada sekali sekala bila aku pergi melawat kubur selepas solat sunat hari raya, akan ada orang2 yang pemurah yang melawat kubur memberi derma kepada budak2. Tak banyak la duit yang diberi. Biasanya 10sen atau 20sen sahaja yang dihulurkan. Kalau dapat kumpul 1 ringgit kira dah betul2 bernasib baik.

Friday, August 26, 2011

Lagu Raya P Ramlee Dendang Perantau


Ini lagu raya yang klasik. Ramai orang yang minat lagu ni. Lagu ini sudah pasti akan dimainkan berulang2 kali setiap kali tibanya musim raya.

Lagu ini benar2 menguris hati aku semasa aku menyambut hari raya Aidilfitri buat pertama kalinya di luar negara. Ketika itu lagu ini, yang dimainkan melalui kaset, betul2 menyentuh jiwa perantau yang beraya dinegara asing. Pada raya itulah aku belajar memasak nasi impit dan kuah kacang. Ada rakan pelajar yang memasak lemang dengan dibungkus dengan aluminium foil dan dimasak dalam paip. Pada masa itu juga aku melihat kesatuan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia, dengan berpakaian negara masing2, berkumpul disatu padang yang lapang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri ditempat terbuka. Walaupun ketika itu, lepas saja habis program solat sunat hari raya, aku terpaksa meghadiri kelas untuk menghadapi kertas peperiksaan, tapi pengalaman bersolat sunat dipadang bersama penganut Islam dari negara yang berbeza memang merupakan kenangan yang cukup indah.

Pengalaman berpuasa dinegara asing juga cukup indah dan menarik. Aku terpaksa berbuka puasa 2 kali seminggu semasa kuliah. Bekalan untuk aku berbuka masa tu ialah coklat Kit-Kat dan setin air Moutain Dew. Bila lihat jam dah masuk waktu berbuka, aku akan buka air dan makan perlahan2. Cukup istimewa pengalaman waktu itu. Salah satu cabaran bila dalam ada kelas waktu pagi yang aku ambil, ada seorang pelajar yang sentiasa buka bekalan air kopi dia untuk breakfast semasa kuliah. Dia selalu duduk betul2 didepan kerusi aku. Huh... bau kopi segar diwaktu pagi memang cukup2 mengancam. Dugaan berpuasa dinegara yang majoritinya penduduk bukan Islam memang mencabar.

Selamat berhari raya.

Wednesday, August 24, 2011

Amr Diab - Tamally Maak (Always With You)



Hari ini dah masuk hari ke-25 umat Islam di Malaysia berpuasa untuk tahun 2011. Dah semakin hampir dengan hari raya dan yang pentingnya dah semakin hampir Ramadhan akan berlalu pergi.

Suasana keghairahan membuat persiapan menyambut hari raya Idilfitri semakin rancak. Namun kita seharusnya jangan lupa bahawa kegembiraan menyambut hari raya juga bermakna kesedihan meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Bulan Ramadhan merupakan bulan latihan untuk kita menambahkan taqwa dan keimanan kita. Keadaan persekitaran telah dipermudahkan untuk kita meningkatkan amalan kebajikan kita pada bulan ini. Kita nampak suasana sekeliling kita dipenuhi dengan kelibat orang2 yang meramaikan masjid2 dan surau2; saf2 solat yang bertambah; tabung2 derma yang dipenuhi sumbangan; insan2 yang kyusuk mengaji diruang2 masjid; kaunter zakat dimerata2 tempat dan lain2 lagi. Kita juga dikhabarkan bahawa syaitan2 dirantai; pintu2 neraka ditutup rapat; pintu2 syurga dibuka seluas-luasnya; ganjaran amalan digandakan sehingga 70 kali; dan berbagai2 lagi. Pendek kata kurang dugaan yang ada, banyak peluang yang terbuka pada bulan Ramadhan ini untuk kita beramal. Inilah sebab yang menjadikan Ramadhan seharusnya dirindui oleh semua orang yang bertaqwa. Inilah sebab yang menjadikan kita sedih bila hari raya nak datang.

Apakah segala apa yang telah kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini telah cukup untuk menjadi pendorong, bekalan dan motivator untuk kita terus membiasakan diri dengan amalan2 kebajikan sepanjang 11 bulan yang akan datang. Ini persoalan yang paling penting untuk kita tanya pada diri sendiri. Semoga kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Sementara itu kita masih ada sekurang2nya 4 hari yang terakhir lagi untuk meneruskan dan meningkatkan amalan kita pada Ramadhan tahun ini. Semoga amalan kita disepanjang Ramadhan ini diterima ALLAH dan menjadi perisai untuk menepis dugaan2 yang bakal mendatang, menjadi pendorong untuk kita terus beramal sepanjang masa sementara menantikan kedatangan Ramadhan tahun hadapan.

Selamat beramal dan selamat menyambut Hari Raya Idilfitri, 1 Syawal 1432H. Maaf zahir & batin.

Friday, August 19, 2011

Raihan - Lailatul Qadar


Hari ini dah masuk hari ke 20 umat Islam di Malaysia berpuasa untuk tahun 2011. Hari ini merupakan hari terakhir kita berada di fasa ke 2 Ramadhan. AlhamduLILLAH, kita telah selamat melalui fasa kerahmatan dan pengampunan dosa. Fasa ketiga dan terakhir ini paling penting kerana fasa ini dikenali sebagai fasa pembebasan dari api neraka, yang mana terdapat juga 1 malam yang paling istimewa iaitu malam LailatulQadar. Malam ganjaran yang digandakan pahala amalan sehingga bersamaan dengan pahala seumpama beramal selama 1000 bulan.

Kali ini aku ingin berkongsi tentang 1 pandangan yang baru aku terima semasa mendengar kuliah dari seorang ustaz. Selama ini kita selalu mendengar ayat al-Quran berkenaan kewajipan berpuasa yang dibaca dan diterjemahkan bila tiba bulan puasa. Ayat 183 surah al-Baqarah. Ayat yang mewajibkan kita berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang2 dahulu AGAR (supaya) kita menjadi orang yang berTaqwa.

Kita kebiasaannya akan pergi ke masjid2 atau surau2 pada sebelah malam untuk menghidupkan malam dengan solat terawikh, membaca al-Quran, Qiamullail, memperbanyakkan derma dan sebagainya. Ringkasnya kita memberi fokus selepas waktu Maghrib hingga ke waktu Subuh. Disini berlaku sedikit kesilapan kita dalam memberi tumpuan/fokus utama pada bulan mulia ini. Ayat 183 menyebut tentang "puasa, agar kita bertaqwa." Fokus utama kita sepatutnya puasa itu sendiri. Kita patut memfokuskan amalan semasa kita berpuasa. Maknanya kita kena memberi fokus antara waktu selepas subuh hingga maghrib, iaitu waktu kita sedang berpuasa. Memang benar amalan sunat yang dilakukan dibulan Ramadhan, terutamanya pada waktu malam iaitu solat terawikh dan lain2 akan diberi ganjaran sama seperti amalan wajib dibulan biasa, tetapi kita jangan lupa bahawa amalan wajib yang dilakukan dibulan Ramadhan ini akan digandakan 70 kali ganda pahala. Jadi kita sepatutnya memberi keutamaan kepada amalan wajib, iaitu puasa itu sendiri. Kita kena betul2 jaga nilai puasa kita. Ini tumpuan utama, menjaga nilai atau kualiti puasa kita. Ditambah baik lagi dengan amalan2 sunat waktu malam. Disinilah kita mengharapkan malam Lailatul Qadar.

Puasa ini sebenarnya 1 proses untuk menjadikan kita orang yang berTaqwa. Secara ringkasnya, setiap proses memerlukan "input" untuk menghasilkan "output". Input - Prosess - Output. Prosesnya" puasa." Outputnya "menjadi orang yang berTaqwa." Apa inputnya? Inputnya adalah rukun Iman.

(1) Kepercayaan kepada ALLAH
(2) Kepercayaan kepada malaikat
(3) Kepercayaan kepada kitab
(4) Kepercayaan kepada rasul-rasul
(5) Kepercayaan kepada hari kiamat
(6) Kepercayaan kepada qada dan qadar

Seumpama kita hendak membuat kek raya, inputnya mestilah bahan2 kek yang baik & elok, proses masakan yang betul2 dijaga, untuk menghasilkan kek yang cantik & sedap. Untuk mendapat output Taqwa yang baik, input rukun iman kenalah kukuh dan betul2 yakin. Proses puasa yang baik dan bermutu maka, InsyaALLAH, akan terhasil output taqwa yang diharapkan.

Semoga dapat menjadi renungan kepada pembaca artikel ini. Kita perbetulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

Saturday, July 30, 2011

Raihan - Lailatul Qadar


Hari ini adalah hari untuk melihat anak bulan Ramadhan. Esok besar kemungkinan kita akan berpuasa.

Dulu bila waktu2 begini di kampung, banyak tempat yang menjual daging lembu segar. Penduduk kampung biasanya akan membeli daging untuk dibuat hidangan sahur pertama pada bulan puasa tahun tersebut. Meriah la jugak persiapan untuk menyambut kedatangan puasa ni. Biasanya arwah ayah aku akan menjadi sibuk pada waktu begini, kerana dia seorang tukang sembelih lembu. Ada la 2 atau 3 peniaga daging lembu yang akan meminta ayah aku menyembelih lembu mereka. Aku selalu ikut ayah aku pergi ketempat peyembelihan yang paling hampir dengan rumah akau. Peniaga tu saudara aku juga. Aku biasanya mendapat layanan istmewa. Aku cakap je bahagian mana aku nak, pasti akan disediakan. Kebiasaannya hati lembu selalu menjadi rebutan. Terpaksa la saudara aku tu membahagi sedikit seorang mengikut permintaan. "Asal dapat merasa sikit sorang, jangan sampai kempunan sudah", kata2 yang selalu saudara aku tu ucapkan bila terlalu ramai yang minta nak beli hati lembu.

Pada sebelah malam pula semua menunggu siaran radio untuk mengetahui tarikh bermula puasa. Aku dulu dengar dari radio saja. Bila dah tahu, cepat2 sebarkan kepada orang ramai yang dok menunggu disurau. Mereka nak tahu kerana nak mula solat terawikh. Bulan puasa merupakan bulan ibadah. Masjid2 dan surau2 memang menjadi kunjungan ramai pada sebelah malam.

Selamat berpuasa kepada pembaca semua. Sama2lah kita mengisi bulan yang mulia ini dengan amalan.

Friday, July 22, 2011

Rabbani - Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Ini satu lagi lagu berkaitan Ramadhan. Ini lagu baru, lebih rancak. Ambilah nasihat yang disampaikan dalam lagu ini dengan hati yang terbuka. Sama2 kita berniat secara Iklhas dan melakukan amalan yang disaran agar Ramadhan kali ini akan menjadi yang terbaik untuk kita.

El-Suraya-Ramadan


Kita dah semakin hampir untuk masuk bulan Ramadhan, bulan puasa yang kita nanti2kan. Dulu2 aku selalu dengar lagu ni bila dah nak masuk Ramadhan. Ini kira lagu yang memberi peringatan bahawa bulan Ramadhan telah hampir tiba.

Umat Islam patut bersedia dari sekarang untuk menyambut kedatangan bulan mulia ini. Masa seminggu yang ada ini eloklah dimulakan dengan membiasakan diri untuk solat berjemaah dimasjid2 atau surau2, supaya bila Ramadhan tiba nanti kita tidak kekok untuk berjemaah. Sama2 kita berazam agar Ramadhan tahun ini akan lebih baik dari Ramadhan tahun lepas. Pasang niat supaya tahun ini kita dapat membaca lebih banyak al-Quran, lebih bilangan waktu solat berjemaah, lebih jumlah derma yang dihulur, tetapi kurang pula makanan yang kita bazirkan, kurang perkataan dan perbuatan sia2 yang kita lakukan. Sama2 kita bertekad agar pada bulan Ramadhan tahun ini kita akan melebih gandakan amalan murni kita dan mengurangkan seminima mungkin perbuatan yang sia2 dan dosa.

Memang tidak dinafikan dugaan dari segi juadah makanan yang tersedia pada bulan puasa ini terlalu hebat. Promosi2 jamuan buffet berbuka puasa dah heboh diiklankan. Bazar2 Ramadhan juga akan muncul dengan banyak dan mempamirkan makanan yang beraneka jenis dan mengiurkan. Inilah dugaan terbesar bagi kebanyakan orang. Pembaziran makanan sering terjadi. Sama2lah kita berazam untuk menempuhi dugaan ini dengan hati yang tabah dan cekal supaya kita berupaya mengawal nafsu kita.

Selamat manyambut bulan Ramadhan yang mulia.

Thursday, June 23, 2011

Othman Hamzah : Musliha


Lagu ni popular dalam 1982/83 macam tu. Mungkin ramai lebih mengenali penyanyi ini melalui lagu "Gadis Melayu" yang telah di popularkan kembali oleh Mawi dan Jamal. Tapi lagu yang mempopularkan Othman Hamzah ialah lagu ini.

Emilia Contessa - Hitam Manis


Lewat 70-an dulu, lagu2 dari Indonesia banyak yang popular. Salah seorang penyanyi yang terkenal ialah Emilia Contessa. Cukup banyak lagu2 beliau yang menjadi kesukaan ramai. Selain dari lagu ini, lagu yang terkenal antaranya ialah "Penasaran", "Burung Dalam Sangkar", "Pak Pung Pak Mustafe", "Pesan Nenek", "Burung Dalam Sangkar" dan macam2 lagi. Salah satu lagu sedih nyanyian Emilia Contessa yang cukup popular dulu ialah lagu "Ratapan Anak Tiri". Sedih betul lagu tu. Kalau nak dengar, boleh cari sendiri di YouTube. Aku tak nak letak lagu tu, sedih dan slow sangat iramanya.

Wednesday, June 8, 2011

Search : Isabella (Penulis Lirik: Bob Lokman)


Ini lagu yang telah menjadikan kumpulan Search terkenal bukan saja di Malaysia malah diserantau sini. Lagu yang cukup popular dizaman kebangkitan irama rock.

Tapi aku tak nak bercerita tentang lagu ini dan penyanyinya. Aku nak bercerita tentang penulis lirik lagu ini iaitu Bob Lokman. Orang ramai mengenali Bob Lokman sebagai seorang pelawak. Namun pada hakikatnya beliau juga menulis lirik lagu, promoter konsert rock, pelakon dan macam2 lagi. Itu Bob Lokman dulu. Sekarang Bob Lokman telah berubah. Baru2 ni aku telah berkesempatan untuk mengikuti program forum agama di surau dekat rumah aku, dimana Bob Lokman adalah tetamu utama. Dia telah menceritakan pengalaman hidup beliau dan sebab2 yang membuatkan beliau berubah. Pada mulanya aku agak ragu2 juga untuk mendengar forum tersebut. Persoalan aku sebelum pergi majlis tersebut adalah samada majlis itu akan bercerita tentang parti politik atau tentang dakwah. Ternyata majlis malam tu sepenuhnya bercerita tentang agama, tentang pengalaman Bob Lokman dengan tujuan agar lebih ramai anak2 muda, rockers dan orang ramai mendekati agama.

Aku ingin berkongsi sedikit cerita Bob Lokman disini. Menurut Bob Lokman, banyak sebab yang menyebabkan beliau berubah dan salah satu sebabnya ialah setelah beliau melihat ramai sahabat2 beliau dalam bidang hiburan yang dah meninggal dunia. Bob Lokman datang dari keturunan yang berpendidikan agama yang tinggi. Beliau merupakan cicit kepada Tok Kenali, ulama terkenal dari Kelantan. Semasa kecil, beliau dididik dengan ilmu agama oleh datuk beliau, dan meneruskan pelajaran formal disebuah Maahad. Cara hidup beliau berubah setelah datang ke Kuala Lumpur dan mula membiasakan diri di Pertama Complex. Disitulah beliau mendapat peluang untuk berkenalan dengan ramai rockers dari setiap pelusuk negara. Oleh kerana beliau tidak pandai bermain alat muzik, beliau menceburkan diri dalam bidang penulisan lirik dan bergerak aktif dibelakang tabir konsert rock. Bermula sebagai sound man, beliau akhirnya menjadi pengurus dan promoter konsert rock, disamping telah menulis sebanyak 350 lirik lagu. Niat utama beliau adalah untuk mengejar wang. Kemewahan dan populariti telah membuat beliau tersimpang jauh dari jalan agama yang betul. Telah banyak kali tanda2 peringatan yang ALLAH telah berikan kepada beliau supaya berubah, seperti ;
1) Beliau pernah lumpuh dan ambil masa 8 bulan untuk berjalan seperti biasa
2) Beliau mengalami kerugian yang banyak akibat dari kejatuhan ekonomi serantau
3) Beliau menghidapi darah tinggi
4) Beliau ditinggalkan oleh isteri
5) Beliau kena serangan stroke yang menempatkan beliau didalam wad ICU selama 5 hari

Semasa didalam ICU itulah beliau terbayang segala kesilapan lampau dan beliau nekad untuk berubah. Asas agama yang kukuh yang beliau dapati semasa kecil, telah memudahkan beliau untuk berubah. Pada awalnya beliau merasa kekok untuk kesurau, kerana beliau bimbang tanggapan dan jelingan jemaah surau yang "semacam". Pesan beliau kepada orang surau, jangan pandang orang yang baru datang ke surau dengan pandangan yang pelik, dan kalau ternampak artis ke surau, jangan pula nak minta autograf.

Sekarang ini beliau menyampaikan apa yang beliau tahu untuk mengajak ramai orang Islam kembali kejalan Islam yang sebenar. Beliau juga sedang berusaha bersama beberapa individu lain untuk mempersembahkan bentuk nyanyian baru yang sesuai dengan kehendak Islam. Kita sama2 berdoa agar beliau akan mendapat kejayaan. Bob Lokman juga bercerita pengalaman beliau berdakwah kepada "otai-otai" penagih. Perkara utama yang beliau bercerita untuk menarik minat otai2 tersebut ialah, "ALLAH tak marah sangat kita buat jahat, tapi ALLAH marah sangat bila kita tak minta ampun dariNYA. Dosa pertama didunia ini ialah apabila Iblis enggan meminta ampun dari ALLAH kerana tak mahu hormat kepada Adam."

Pada penghujung majlis itu, Bob Lokman ada menjual buku tulisan beliau bertajuk "Aku, Isabella dan Tok Kenali", sebuah buku yang menceritakan pengalaman hidup beliau. Harga cuma RM15.00 sahaja. Aku amat mencadangkan kepada sesiapa untuk pergi mendengar sessi ceramah atau forum Bob Lokman dan jangan lupa beli buku sekali.

Saturday, June 4, 2011

Barakallah-- Maher Zain


Cuti penggal pertama persekolahan ni memang banyak undangan kenduri kahwin yang diterima. Zaman sekarang ni, terutamanya yang tinggal di kawasan lembah Kelang ni kenalah pandai merancang perjalanan.

Masa aku masih bersekolah dan tinggal dikampung dulu, bila ada kenduri kahwin aku selalu terlibat dalam gotong royong majlis perkahwinan. Pada malam sebelum majlis kenduri, kaum lelaki akan bersama2 mengupas kelapa dan memotong daging. Sambil berborak2 buat kerja dan minum minuman yang disediakan, memang seronok. Esok paginya kami yang muda2 akan menjadi penangah (JO SANGGA, dalam bahasa Kelantan), orang yang dah berumur sikit akan menolong didapur. Kerja kami adalah untuk menyediakan hidangan kepada tetamu yang datang. Penat tu memang ada la..... tapi kami rasa seronok kerana dapat membantu. Tidak ada upah kewangan yang kami terima, cuma dapat makan dan rokok free. Tapi itulah semangat gotong royong, bukan upah yang diminta. Suasana ceria bekerja bersama dalam gurauan memang seronok.

AL Quran - Orkes Gambus Al Barkah


Sekarang ni dah masuk bulan Rejab. Iklan mengenai pertandingan Tilawah peringkat kebangsaan pun dah di hebohkan. Teringat pula masa dulu2. Zaman dulu2 pertandingan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan diadakan sebelum bulan puasa, manakala pertandingan peringkat Antarabangsa diadakan dalam bulan puasa. Semuanya dah diubah kerana semasa bulan puasa, lebih baik kita tumpukan pada ibadat Terawih. Elok sangat la.

Tradisi untuk menyanyikan lagu2 nasyid semasa segment berehat sekejap pada setiap malam pertandingan masih diamalkan sampai sekarang. Cuma kita dapat lihat perubahan irama nasyid itu sendiri. Lagu ini cukup sinonim dengan masa pertandingan Tilawah. Banyak kumpulan nasyid yang menyampaikan lagu ini.

Wednesday, June 1, 2011

Ayahku Kahwin Lagi - L. Ramlee


Pada tahun 1985, irama 60-an kembali popular. Masa tu banyak konsert2 irama 60-an mula popular semula. Aku minat juga lagu2 60-an. Nama2 penyanyi seperti Hasnah Haron, The Zurah, A Rahman Hassan, L Ramlee, Jeffry Din, S Jibeng dan ramai lagi mula popular semula. Banyak lagu2 60-an yang berkumandang semula di radio. Salah satu lagu yang aku minat adalah lagu ini. (Tiada kena mengena dengan kehidupan aku). Aku suka rentak rancak kebanyakan lagu2 60-an. Kalau lagu rentak slow tu, aku kurang minat.

Masa tu aku kena kutuk juga dengan member2 sekolah kerana aku dok dengar lagu 60-an. Masa tu kawan2 aku dok gila dengan lagu dari barat, seperti Micheal Jackson, Boy George dan lain2 lagi la.

Sunday, May 29, 2011

Laila Main Laila - Qurbani [1980]


Lewat 70an dan awal 80an dulu, filem2 Hindustan menjadi ikutan ramai. Judul2 filem seperti Bobby, An Evening in Paris, Qurbani dan banyak lagi. Lagu ni, dari filem Qurbani memang popular pada awal 80an.

Dulu Jabatan Penerangan akan datang ke kampung dan memacak screen wayang dikawasan lapang di sesebuah kampung. Lepas tu van Jabatan Penerangan itu akan mengelilingi kampung dan menghebahkan tentang pertunjukan wayang gambar percuma yang akan diadakan pada sebelah malamnya. Inilah yang dipanggil wayang pacak. Biasanya filem2 Hindustan merupakan filem yang selalu ditayangkan. Biasanya satu filem memerlukan 3 atau 4 roll filem. Bila habis 1 roll, kena tunggu sekejap untuk masukkan roll yang ke 2. Bila dah habis roll ke 2, mesti akan ada rehat sekejap. Masa inilah wakil Jabatan Penerangan akan berucap dan menyampaikan apa mesej yang nak dihebahkan kepada orang kampung. Inilah niat utama penayangan filem tu, nak memberi "maklumat" terkini kepada orang kampung. Selepas ceramah tu, baru sambung balik tayang filem roll ke 3 dan seterusnya.

P.Ramlee - Ya Habibi Ali Baba


Hari ini 29hb Mei adalah hari ulangtahun kematian seniman agung, P Ramlee. Banyak sangat lagu2 dan filem2 beliau yang aku minati. Terutama sekali filem2 yang bergendre lawak. Filem2 seperti siri Bujang Lapok, Labu & Labi, Ahmad Albab, Madu 3 dan macam2 lagi. Banyak lagu2 ciptaan beliau yang amat sedap didengar. Ini adalah antara lagu yang aku minati. Lirik2 lagu P Ramlee kebanyakannya mempunyai maksud yang tersirat & teguran2 yang membina. Dalam lagu ni, aku suka sangat melihat Aziz Satar & P Ramlee bersahaja menari mengikut rentak arab.

Friday, May 27, 2011

Sweet September : Hatiku Kau Guris Luka (HQ Audio)


Lagu yang popular awal 80-an dulu. Unik kerana penyanyi ni mengubah suara untuk menyanyikan lagu ini. Macam kumpulan ABBA.

Gingerbread : Untuk Nusa Bangsa (HQ Audio)


Awal 80-an dulu, ramai penyanyi2 bukan Melayu yang menyanyikan lagu2 Melayu. Kemasyhuran kumpulan Alleycats telah menjadi pendorong kepada kemunculan penyanyi bukan Melayu secara solo dan berkumpulan. Nama2 seperti "Gingerbread, Sweet September, Chris Vadham, Francesca Peters" dan ramai lagi yang mencipta nama masa tu. Ini salah satu lagu yang aku minat sangat.

Indahnya Dunia Hatiku - Ahmad Jais


Lama dah aku cari lagu ni. Dulu aku selalu dengar lagu ni dalam radio Klasik. Lagu ni jarang dimainkan. Dulu aku pernah rakam lagu ni dalam handphone, tapi nasib tak baik handphone tu dicuri. Baru sekarang dapat jumpa lagu ni lagi.

Satu ketika dulu ada satu pertandingan nyanyian di NTV7. Ada seorang peserta yang dah berumur yang selalu menyanyikan lagu2 Ahmad Jais. Salah satu lagu yang dia nyanyikan adalah lagu ni. Dari situ lah aku mula sangat minat lagu ni. Aku memang mengkagumi suara Ahmad Jais. Banyak lagu2 beliau yang masih segar didengar.

Friday, May 20, 2011

Dikir Pesan Mak


Ini lagu "Westlife - Seasons in The Sun" yang telah di dikir baratkan oleh pengiat dikir barat yang terkenal, Halim Yazid. Lagu-lagu dikir barat memang begini. Rentaknya diambil dari lagu-lagu popular berbagai rentak dan bahasa. Pada zaman 70an dan awal 80an, banyak rentak-rentak lagu Hindustan yang didikir baratkan. Ketika itu filem Hindustan memang popular jadi tak hairanlah kenapa rentak hindustan menjadi pilihan.

Westlife - Seasons In The Sun (With Lyrics)



Aku masukkan lagu ini dari Weslife kerana banyak lagu-lagu Westlife yang sedap didengar. Namun tujuan utama aku masukkan lagu ini adalah untuk memberi peluang mendengar lagu dikir barat yang menggunakan rentak lagu ini.

Cikgu Sulizi - Beruntung Jadi Anak Kelantan


Aku rasa bertuah kerana menjadi anak Kelantan. Walaupun aku dah keluar dari Kelantan semenjak Jun 1986, aku sentiasa menjadi anak Kelantan. Banyak pengalaman membesar dan nilai-nilai keKalantanan yang aku rasa menjadi kan aku begini. Aku berbangga kerana orang Kelantan masih mempunyai nilai-nilai unik.

Richard Marx - Right Here Waiting For You


Ni lagu terbaik dalam tahun 1988/89. Masa tu aku dah nak terbang ke Amerika. Kira lagu ni feel la kan. Maklumlah nak pergi jauh tinggalkan Malaysia.

Guns.N.Roses-Sweet Child O'Mine


Apabila mendengar lagu ini teringat pada masa lagu ini popular pada tahun 1987/88. Masa tu member-member yang dapat mainkan gitar lagu ni memang dikira terror la. Aku pernah pergi jamming dengan member-member di Subang Jaya dulu. Ada seorang kawan tu yang dapat mainkan gitar lagu ni dengan baik. Kira ramai la yang respect kat member aku ni.

Monday, May 9, 2011

Don't Cry Joni+Lyrics Conway Twitty And Joni Lee


Ini satu lagi yang selalu diputarkan oleh DJ RMIK, Zainal Din Zainal.

Lynn Anderson -- Rose Garden



Lagu popular dalam tahun 70-an. Namun, aku hanya selalu mendengar lagu ini dalam awal 90an. Masa tu aku berulang alik dari dari Shah Alam ke KL. Masa tu aku selalu mendengar Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK) di dalam kereta. DJ yang popular ketika itu, Zainal Din Zainal yang mengendalikan rancangan waktu pagi, selalu pasang lagu-lagu lama dalam segment Evergreen Everlasting pada setiap pagi Jumaat. Dia selalu pasang lagu ni.

Friday, April 22, 2011

Dire Straits - Money For Nothing


Lagu ni meninggalkan kenangan semasa aku belajar dulu. Masa tu aku diwajibkan mengambil mata pelajaran American Literature. Kami menggunakan buku klasik "Adventures of Huckleberry Finn by Mark Twain". Sebelum mula belajar novel tersebut, pensyarah kami yang bebangsa Amerika tu mahu memperkenalkan konsep "reading between the line". Dia mahu kami memahami maksud yang tersirat disebalik setiap tulisan. Oleh kerana kami semua tak pernah ambil sebarang kelas literature sebelum tu, kami semua dari aliran sains semasa SPM, jadi dia menggunakan lirik lagu "Money for Nothing" sebagai contoh. Senang sikit bila belajar lirik lagu, mengikut pandangan beliau. Jadi kami semua selalulah mendengar lagu ini, sambil merujuk lirik dan masing-masing buat tafsiran sendiri. Macam-macam tafsiran yang keluar.

Menarik juga novel tu. Ia mengisahkan tentang pengembaraan watak utama (Huckleberry Finn) bersama kawan baik beliau (Tom Sawyer) dan seorang hamba (Jim) menyusuri sungai Mississippi untuk mencari kebebasan. Banyak kisah-kasih menarik mengenai kemanusiaan dalam novel ini.

Kumat-jahanam.dikir barat asli 70an


Kali ni aku nak perkenalkan lagu klasik dari Kelantan. Ini lagu dikir barat yang sangat popular sekitar lewat tahun 70-an. Nama penyanyinya ialah Kumat, yang juga seorang tukang karut kumpulan dikir yang terkenal masa tu. Kumat adalah nama gelaran beliau. KU, ringkasan dari Tengku dan MAT dari Muhammad. Lagu ini berentak irama Hindustan, maklumlah zaman itu filem Hindustan sedang popular. Kalau tak silap aku lagu ini diambik dari filem lakonan Zeenat Aman. Ketika itu banyak rentak lagu-lagu Hindustan yang popular di dikir baratkan.

Lagu ini mengesahkan pengorbanan seorang ayah yang sanggup menjual tanah kebun yang dimiliki untuk menampung perbelanjaan pengajian anak perempuan beliau. Pada peringkat sekolah anaknya seorang yang amat baik, naive. Tapi bila dah masuk universiti, perangai anak beliau berubah kerana pengaruh kawan-kawan. Anak beliau menjadi liar dan akhirnya berkahwin dengan orang bukan Melayu. Secara ringkasnya, habis musnah, JAHANAM, harta dan harapan bapa. Ini cuma lagu, tak ada kena mengena dengan kisah hidup penyanyi.

Semasa lagu ini sedang popular, aku selalu mendengar lagu ini dimainkan dalam lori 1-tan milik abang aku. Masa tu abang aku angkut daun tembakau tanaman orang kampung untuk dihantar ke kilang. Semasa nak menaikkan daun tembakau keatas lori, kaset dikir dipasang sebagai hiburan sambil bekerja. Masa itu tape kaset saiz besar, cartridge, digunakan.

Tony Orlando & Dawn sing Knock Three Times

sy

Penyanyi yang sama dengan lagu "Tie a Yellow Ribbon Round the Ole Oak Tree". Fesyen 70-an, pakai baju tayang bulu dada. Ramai jugak atris Malaysia yang ikut stail macam ni. Suara jantan, husky voice.

Tie A Yellow Ribbon Round The Ole Oak Tree/dawn


Lagu popular zaman 70-an.

Wednesday, March 23, 2011

Top Of The World ‧The Carpenters



Lagu ini aku pilih kerana teringat waktu aku menerima keputusan SPM dulu.

Semalam keputusan SPM diumumkan. Pagi tu aku melihat program TV yang memberi panduan dan tips semasa nak mengambil keputusan. Hari ini pulak aku mendengar radio mengenai pengalaman pendengar semasa mengambil keputusan SPM mereka. Bila mendengar berbagai cerita dari pendengar stesen radio tersebut, teringat pulak pengalaman aku semasa mengambil keputusan SPM dulu.
Pada hari nak ambil keputusan SPM, aku pergi awal lagi. Aku menaiki motosikal ke sekolah. Aku memang berulang alik ke sekolah dengan motorsikal Honda C70 yang ayah aku belikan untuk kegunaan aku ke sekolah. Pihak sekolah mula mengedar slip keputusan dalam pukul 11 pagi. Alhamdulillah, aku dapat pangkat 1. Masa tu guna sistem pangkat 1, 2, 3 & 4. Kalau dapat pangkat 4, boleh mengulang semula disekolah kerajaan. Dapat pangkat 1, boleh terus masuk universiti, buat diploma atau matrikulasi. Pangkat 2 boleh sambung masuk tingkatan 6.
Bila dah dapat keputusan, kawan-kawan ajak aku untuk 'celebrate'. Sebelum tu kenalah dulu pergi kerumah mereka sebab nak tunjuk keputusan kepada keluarga. Jadi aku pun ikut mereka dulu. Lepas tu kami pergi makan-makan dan jalan-jalan sekitar bandar. Aku tak terfikir pulak yang keluarga aku dok tunggu aku kat rumah. Aku sampai balik rumah lebih kurang jam hampir 3 petang. Rupa-rupanya keluarga aku dah rungsing, terutamanya abang aku. Pada fikiran dia, aku tak dapat pangkat 1, jadi aku kecewa dan sengaja balik lambat. Pada masa itu rumah aku belum ada talipon untuk memberitahu keputusan kepada keluarga aku. Sebenarnya kemudahan talipon pun masih tak ada di kampung aku pada waktu itu.
Bila aku balik saja, abang aku yang sampai dulu. Bila dah tahu aku dapat pangkat 1, kecoh juga la sekampung. Kira aku orang pertama yang dapat pangkat 1 dalam SPM dikampung tu. Glamor aku masa tu. Tahun tu jugalah bermulanya aku meninggalkan kampung untuk meneruskan pengajian dan seterusnya meneruskan kehidupan.

Tuesday, March 15, 2011

Raja Ema - Jejaka Idaman 1986


Lagu ni sentiasa aku dengar sekitar tahun 1986. Teman sebilik aku semasa berada di program SUNY1 sangat meminati lagu ini. Ketika itu kami menjadi warga Subang Jaya. Ketika hendak menyambut hari raya, kawan aku telah menghantar kad raya kepada Raja Ema. Rezeki kawan aku baik masa tu, kad raya dia dibalas. Aku masih ingat betapa gembiranya kawan aku tu semasa menerima kad raya yang dibalas oleh Raja Ema.
Dah lama aku tak jumpa kawan aku tu. Tetapi baru-baru ni, dengan kemudahan teknologi internet dan Facebook, kami dapat berhubung kembali. Sekarang ni dia dah menetap di Johor Bahru kerana bertugas disana. Semoga dia menjadi seorang pegawai tinggi kerajaan yang berdedikasi bertugas untuk negara.

Friday, March 11, 2011

Jamal Abdillah : Kau Lupa Janji (HQ Audio)


Lagu ini mula aku minati pada awal tahun 80an. Masa itu ada pertandingan nyanyian sempena pembukaan Majlis Daerah ditempat aku. Setiap peserta dikehendaki menyanyikan 2 lagu, lagu pilihan & lagu wajib. Lagu ini adalah salah 1 dari 3 lagu wajib yang disediakan untuk pilihan peserta lelaki. Majoriti peserta lelaki memilih lagu ini. Jadi bayangkanlah berapa kali lagu ini dinyayikan pada malam tu. Selepas tu aku dah dapat menghafal lagu ni sepenuhnya.

ELLA--Dua Insan Bercinta*


Lagu ni memang cukup popular sekitar tahun 1985 - 1986. Cukup berhantu dikalangan pelajar-pelajar KPP/ITM masa tu. Ketika tu aku menjadi warga seksyen 8, Shah Alam. Boleh dikatakan setiap bilik ada saja yang pasang lagu ni. Sesetengah tu rewind balik kaset berulang kali untuk mendengar lagu ni saja. Masa tu mana ada CD. Cuma kaset je yang ada, jadi kena pandai rewind supaya bila tekan butang play terus boleh dengar lagu ni lagi. Lagu ni merupakan salah satu lagu dari album "Battle of the Band". Ella bersama band The Boys. Ketika tu zaman rock baru meletup.
Pada ketika tu lah munculnya kumpulan Search, Wings, Medicine, Lefthanded dan lain-lain lagi. Zaman seluar ketat, rambut panjang. Tapi bila diteliti betul-betul, lagu-lagu yang popular bertemakan cintan. Pakaian rock tapi lagu yang menjadi tarikan pendengar kebanyakannya jenis jiwang. Radio KL masa tu ada seorang DJ yang selalu mainkan lagu rock. DJ Rock Kamal Hasan.

Tuesday, March 8, 2011

Alleycats : Hingga Akhir Nanti (HQ Audio)



Kenangan lagu ini tetap segar diingatanku. Masa tu aku sekolah petang. Setiap hari Ahad bila aku dah siap untuk kesekolah, lebih kurang jam hampir 11pagi, aku akan dengar lagu ini menduduki tempat teratas carta lagu-lagu popular mingguan yang disiarkan oleh Radio 1. Masa tu lagu ni memegang rekod sebagai lagu paling lama berada ditempat nombor 1. Lepas saja mendengar lagu ini habis, baru aku mula berbasikal kesekolah. Aku menyanyikan lagu ini sambil berbasikal kepekan untuk menunggu bas.
Aku bersekolah jauh dari rumah. Dari rumah aku berbasikal sejauh 4 batu untuk ke pekan yang terdekat. Selepas tu kena pulak menunggu bas untuk kesekolah yang jauhnya lebih kurang 13 batu. Untuk sampai kesekolah sebelum 1 petang, aku mula bergerak dari rumah pada jam 11 pagi. Begitulah zaman persekolah aku waktu petang. Aku cuma bersekolah petang selama setahun saja, iaitu semasa aku dalam tingkatan 1. Selepas tu aku bersekolah pagi. Masa sekolah rendah pun aku bersekolah pagi. Sekarang ni bila aku tengok budak-budak yang bersekolah petang, aku rasa kesian. Bagi aku waktu petang lebih sesuai untuk buat ulangkaji dan beriadah.

Sudirman : Anak Gembala (HQ Audio)



Sesiapa yang pernah melihat klip video lagu ini tentu teringat betapa kelakar lakonan dalam video untuk lagu ini. Video lagu ini dibintangi oleh Allahyarhamah Yusni Jaafar, yang menjadi teman wanita Sudirman. Pelakon yang sama untuk video lagu Aku Penganggur. Kedua-dua video lagu ini hampir sama kerana dibintangi oleh pelakon/pelawak yang sama.
Kaset pertama yang aku beli ialah kaset yang mengandungi lagu ini.

Sharifah Aini : Pengajian Di Seberang Lautan (HQ Audio)



https://www.youtube.com/watch?v=aT0LTwYQrJ

Hari ni aku terjumpa lagu ini, nyanyian Dato' Sharifah Aini. Aku minat dengar lagu-lagu beliau. Apa yang menarik tentang lagu ini ialah kenangan belajar diluar negara. Walaupun tak semua senikata menepati pengalamanku, namun kenangan berada diluar negara menjadikan lagu ini aku suka. Teringat kembali kenangan masa belajar diluar negara dulu. Masa belajar disana merupakan salah satu tempoh masa yang seronok. Masa menjadi pelajar, kita bebas tetapi terikat. Bebas untuk membuat keputusan sendiri. Nak pergi kelas ke tidak, nak belajar ke tidak, nak buat assignment awal ke last minute, kita bebas buat pilihan. Tidak ada sesiapa yang nak marah, tegur atau pantau. Tetapi kita terikat dengan kehendak untuk lulus dan berjaya mendapat ijazah. Jadi pandai-pandailah membuat keputusan sendiri. Tempat aku belajar dulu tak ada ramai pelajar dari Malaysia.

Aku pernah mengikuti persembahan Dato' Sharifah Aini secara dekat pada penghujung 90an. Masa tu aku menjadi jemputan khas untuk satu majlis dan Dato' Sharifah menyanyi betul-betul depan meja yang aku duduk.

Nanti aku akan upload banyak lagi lagu-lagu Melayu lama (60an, 70an, 80an & 90an) diruang ini. Aku akan kongsi lagu-lagu kesukaan aku diruang ini.

Tuesday, March 1, 2011

Pembuka Kata

Pertama kali aku mencoret sedikit buah fikiran di blog ini. Blog ini akan aku jadikan ruang untuk mencoret sesuatu yang aku suka perkatakan. Topik akan berbeza dan pelbagai. Untuk kali ini, cukup dulu.