Sunday, February 17, 2013
MIMPI YANG TAK SUDAH - IBNOR RIZA
Ibnor Riza, polpular tahun 80'an
TOM JONES - DELILAH
Ini suara power Tom Jones. Lagenda muzik.
Najib Hanif - Demi Cinta Ini
Najib Hanif, penyanyi era 80'an yang dikatakan memiliki suara seakan-akan Tom Jones.
Herman Tino - Ojo Kesandung
Aku hormat penyanyi ini. Aku tak faham pun bahasa jawa, tapi lagu ni sedap didengar. Lebih kurang maksud lagu ini ialah, (aku dapat dari YouTube gak terjemahannya):-
"Jangan tersepak batu jalan
orang muda mesti orang cari
muka cantik mesti ramai yang tunggu
janda dan gadis sama saja
kalau lelaki perempaun cantik di pilih
terima aja apa yang di beri oleh Allah"
Ini ada beberapa lagu lain yang aku minat mendengarnya, lagu berbentuk nasihat.
Ramlah Ram - Diam Diam Jatuh Cinta
Ramlah Ram, masih lagi aktif dan popular dengan lagu baru. Disini beberapa lagu beliau yang pernah popular sekitar 80'an.
BUNGA TANJUNG - SHARIFAH AINI
Memang power suara Kak Pah. Aku membesar dengan lagu-lagu dia.
Gaya Zakry - Bunga Mawar
Gaya Zakry. Lagu bunga Mawar ni selalu juga aku nyanyikan.
Gigi Villa - Kelembutan
Gigi Villa, seorang penyanyi dari Filipina yang menyanyikan lagu-lagu Melayu. Bila terkenangkan penyanyi ini, aku cuba teringat kepada 2 lagu ini sahaja. Seingat aku dia cuma sempat merakam 1 album bahasa Melayu sahaja.
BERITA KEPADA KAWAN - EBIET G.ADE
Penyanyi lagu-lagu berbentuk puisi dari Indonesia yang cukup terkenal.
KOPRATASA-masihkah kau ingat
Kopratasa ialah kumpulan yang menyanyi lagu-lagu dari puisi. Mereka mempopularkan puisi-puisi nukilan karyawan terkenal kepada pendengaran orang ramai.
PENANTIAN - HARMONI
Kumpulan Harmoni, penyanyi Zubir Ali, juga seorang pencipta lagu dan piusi. Lagu-lagu dari puisi-puisi mendapat sambutan satu ketika dulu.
Lagu Zubir Ali mengenai kekejaman Yahudi di khemah pelarian Shatila mendapat sambutan dari orang ramai. Di sini sengaja aku letakkan lagu Belada Seorang Gadis Kecil berserta sarikata dalam Bahasa Inggeris.
poco-poco original
Dulu popular lagu dan tariannya. Selepas ada pendapat yang melarang nyanyian ini, ianya semakin hilang dari pendengaran.
Iwan - Yang sedang-sedang saja
Kalau kita selalu dengar lagu-lagu Melayu (banyak lagu Dikir Barat yang aku selalu dengar) mengambil rentak lagu Hindustan dan mengubah lirik kepada Bahasa Malaysia, kali ini ada sesuatu yang berlainan. Pernah keluar cerita duhulu bahawa lagu dangdut nyanyian Iwan ini telah diambil oleh filem Hindustan. Dengar kata Iwan menang dalam kes tuntutan beliau.
Tujhe Dekha To Ye Jaana Sanam
Shah Rukh Khan...nama besar yang tak perlu diulas lanjut.
Main Shayar To Nahin - Bobby
Filem popular tahun 70'an. Dulu aku tengok wayang gambar pacak cerita ni. Lagu-lagu dalam filem ni memang cukup popular.
Subscribe to:
Posts (Atom)