My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Monday, August 12, 2013

Dato Shake - Musafir Di Aidilfitri



Ramadan 1434H telah meninggalkan kita.  Sama2 kita berdoa semoga segala amalan kebaikan dan ibadat yang kita lakukan pada bulan Ramadan yang lepas diterima dan diberi ganjaran yang sewajarnya oleh Yang Maha Esa; dan kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadan tahun hadapan.  Sama2 juga kita beriltizam dan berusaha untuk berterusan melakukan segala amalan kebaikan dan ibadat yang kita lakukan pada bulan Ramadan yang lepas pada 11 bulan yang lain.

Hari raya Eidul Fitri (1 Syawal 1434H) disambut di Malaysia pada 8hb Ogos 2013 (8/8/13).  Tahun ini kita berpuasa selama 29 hari. 

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1434H/2013M.  Maaf Zahir Batin.