My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Wednesday, July 31, 2013

P Ramlee - Dendang Perantau



Hari Raya Idil Fitri 1434H semakin hampir.  Lagu2 raya dan sering kedengaran dimainkan diradio2 tempatan.  Memang tidak dapat dinafikan bahawa lagu2 Raya lama masih menjadi minat ramai.  Mungkin kerana irama, senikata dan kemerduan suara penyanyinya menjadikan lagu2 Raya klasik menjadi evergreen dan everlasting sepanjang zaman.  Mungkin juga kerana lagu2 Raya lama mempunyai "jiwa" tersendiri.

Lagu popular dendangan P Ramlee ini mempunyai kenangan yang tersendiri kepada aku kerana inilah satu2nya lagu yang membuatkan aku menitis air mata sedih semasa aku menyambut Hari Raya Idil Fitri yang pertama berjauhan dari keluarga.  Masa itu aku berada di Madison, Wisconsin, USA dan menyambut hari Raya pertama disana.  Kawan serumah aku memasang kaset pada malam Raya kerana rasanya kesemua rakan serumah aku berada dalam mood sedih.  Untuk menutup rasa malu dan menghilangkan rasa sedih, aku keluar merayau seorang diri dalam kedinginan salji.  Selepas beberapa ketika, aku pulang dan menyibukkan diri dengan memasak nasi himpit berserta kuah kacang.  Dalam segala kekurangan peralatan yang ada, aku menggunakan periuk nasi elektrik dan beberapa buah buku rujukan pelajaran yang tebal dan berat, akhirnya aku berjaya menyediakan hidangan nasi himpit beserta kuah kacang pada pagi hari Raya.

Wednesday, July 24, 2013

Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya



Hari ini dah masuk hari yang ke 15 umat Islam di Malaysia berpuasa dibulan Ramadan kali ini.  Hari ini juga bermulanya lagu2 raya disiarkan diradio tempatan.  Ini lagu pertama yang aku dengar awal pagi tadi melalui radio Sinar FM.  Nampaknya mood untuk menyambut hari raya dah secara rasmi bermula.  Pada pandangan aku secara peribadi, mood raya akan bermula secara rasmi bila lagu2 raya mula disiarkan melalui stesen2 radio tempatan.

Namun begitu, kita masih mempunyai 14 atau 15 hari lagi tempoh untuk berpuasa sebelum Ramadan kali ini meninggalkan kita.  Penghujung bulan Ramadan ini mempunyai berbagai kelebihan dan keistimewaan yang disediakan kepada sesiapa sahaja yang meningkatkan amalan ibadat.  Tumpukan perhatian untuk mengerjakan sebanyak mungkin amalan membaca al-Quran, bersolat sunat, bersedekah, beriktikaf di masjid dan lain2 ibadat lagi untuk mengejar dan mendapatkan habuan pahala yang disediakan terutamanya pada penghujung Ramadan ini.  Malam Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan bersamaan 1000 malam masih belum tiba.  Kebiasaanya kita mendengar bahawa malam teristimewa itu terjadi pada 10 malam terakhir Ramadan; dan banyak yang berpendapat ianya jatuh pada malam2 ganjil 10 malam terakhir.  Bersama2 kita berusaha untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan pada malam tersebut.

Tuesday, July 23, 2013

RON GOODWIN - Old Beirut



Lagu orkestra pimpinan Ron Goodwin ini popular dimainkan diradio Malaysia apabila hampir tiba waktu azan.  Kenangan manis bila menunggu waktu berbuka puasa era 80'an.

Thursday, July 18, 2013

Dikir Klasik: Deraman Anak Keli - Dunia Musuh Perang



Deraman Anak Keli ialah tukang karut dikir barat yang popular tahun 80'an dan 90'an.  Ini ialah salah satu lagu klasik nyanyian beliau.  Beliau biasa berpasangan dengan Seman Wau Bulan dalam mengadakan pertunjukan dikir barat.  Isu yang dibawa dalam lagu ini adalah mengenai peperangan sesama Islam kerana hasutan oleh pihak lain yang berkepentingan dan pihak tersebut merupakan musuh umat Islam.  

Wednesday, July 17, 2013

Imad - Ya Rabb (Tuhanku)



Imad ialah seorang penyanyi nasyid yang mencipta nama di Malaysia.  Beliau berasal dari Labenon dan menjalankan perniagaan di Malaysia.



Monday, July 15, 2013

Al Mizan - Mari Bersembahyang



Al Mizan, kumpulan nasyid tahun 70'an 80'an.  Bermula dalam tahun 1977 di Singapura dengan penyanyi utama mereka Faridah M. Amin.  

Sunday, July 14, 2013

Nujum Pak Belalang - Teka-teki



Ini sedutan dari filem Nujum Pak Belalang.  Aku tertarik untuk membawa perhatian pembaca kepada teka teki yang ke 3.  Ada sebuah masalah; satu, banyak banyak; dua sedikit sedikit; tiga jarang jarang; empat kadang kadang.  Apa itu?  Jawapan dari filem Nujum Pak Belalang ini sudah bukan rahsia lagi dan telah diketahui ramai.

Tapi kalau soalan yang sama ditanya semasa bulan Ramadan, jawapannya ialah bilangan orang yang pergi bersolat Terawih di masjid atau surau.  Minggu satu puasa, banyak orang pergi; minggu kedua puasa makin sedikit bilangannya; minggu ketiga jarang jarang sahaja orang masih bersolat terawih dan minggu keempat, kadang kadang sahaja sempat pergi berTerawih.  Ini yang biasa terjadi.  Apa kata pada Ramadan tahun ini kita berdoa supaya kita sentiasa tetap bersemangat dan rajin untuk terus mengunjungi masjid atau surau berdekatan untuk solat Terawih.  Bersama kita istiqamah untuk terus mengejar kelebihan yang ada dibulan Ramadan terutamanya pada penghujung bulan.  Jangan kita sia-siakan kesempatan yang ada untuk terus beramal.

Friday, July 12, 2013

Alkisah bulan puasa



Memang tak dapat nak dinafikan bahawa puasa dahulu dan sekarang tentunya berbeza kerana peredaran masa dan keadaan.  Perbezaan boleh dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza.

Aku nak bercerita sikit tentang malam2 bulan puasa pada zaman awal 80'an dikampung aku.  Selepas selesai berterawih, kami berkumpul dikedai kopi sambil minum2 dan makan 'colek'.  Waktu itu beberapa kaki terup mula buka gelanggang bermain terup.  Permainan ini secara suka2 sahaja dan tidak ada pertaruhan berlaku.  Paling teruk pun orang yang kalah kena bayar harga air minuman sahaja.  Biasanya permainan terup "400" atau terup "rukuk/tutup" dimainkan.  Permainan ini memerlukan 4 orang pemain, membentuk 2 kumpulan.  Panjang kalau nak cerita cara permainan ini dan agak susah juga untuk difahami.  Biasanya permainan ini akan berterusan sampai lewat malam dan kadang2 tu terbawa sampai hampir sahur.  Aktiviti ini kebiasaannya dijalankan dalam bulan Ramadan sahaja.  Sesetengah dari mereka memberi alasan supaya senang bersahur dan ada juga yang berpandangan itu adalah cara nak menghidupkan malam pada bulan Ramadan. Sekarang ini aktiviti sebegitu sudah lama ditinggalkan.  Ini adalah kerana kesedaran terhadap agama semakin meningkat dan orang mula memahami cara yang lebih berfaedah dan betul untuk menghidupkan malam pada bulan Ramadan.  Kemeriahan Ramadan dikampung aku sekarang ini bertumpu di masjid kampung.  Hampir setiap hari ada sahaja aktiviti berbuka puasa dijalankan.  Kalau dulu, penduduk yang ingin menjamu orang ramai berbuka puasa akan menjemput orang kampung datang kerumah; sekarang aktiviti ini dibuat di masjid.

Thursday, July 11, 2013

Orkes Gambus Al Barkah - AL Quran



Ramadan 1434 Hijrah (2013 Masihi) ini sudah beberapa hari kita lalui.  Bulan Ramadan ialah bulan teristimewa dalam kalendar Islam.  Bulan yang penuh berkat dan bulan dimana al-Quran diturunkan.  Pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa pada siang hari dan digalakkan untuk menunaikan solat sunat Terawih pada malamnya.  Solat sunat Terawih hanya dilakukan dalam bulan Ramadan.

Setiap amalan yang kita lakukan pada bulan Ramadan dilipat gandakan ganjaran pahala.  Berbagai jenis amalan kebaikan yang boleh kita lakukan seperti memperbanyakkan solat sunat, sedekah, bagi orang makan untuk berbuka puasa, qiam dalam masjid dan lain-lain lagi.  Namun begitu terdapat satu amalan yang sangat sangat digalakkan untuk diamalkan pada bulan Ramadan ini, bersempena dengan bulan turunnya al-Quran, iaitu memperbanyakkan amalan membaca al-Quran.  Rebutlah peluang keemasan bulan Ramadan ini untuk memperuntukkan masa yang lebih untuk membaca al-Quran.  Kita selalu diperdengarkan kisah kehebatan alim ulama zaman dahulu yang boleh khatam al-Quran dalam masa 1 hari.  Ada ulama besar yang boleh khatam 2 kali dalam sehari.  Apa pengajaran yang kita dapat dari kisah kehebatan ini?  Pada aku ini memberi gambaran yang jelas bahawa amalan membaca dan memperbanyakkan bacaan al Quran teramat digalakkan; dan alim ulama besar zaman dahulu mengambil kesempatan yang ada semaksima mungkin.

Mungkin kita tidak mampu untuk khatam al-Quran sekali sehari.  Namun begitu kita boleh meneruskan kesinambungan tradisi ini dengan meluangkan masa sebanyak yang mampu untuk membaca al-Quran.  Aku berpesan pada diri sendiri dan pada pembaca sekalian, untuk meningkatkan pembacaan al-Quran semaksima mungkin.  Sama sama kita berdoa agar niat kita, kehendak kita dan usaha kita untuk meningkatkan jumlah pembacaan al-Quran akan diberkati dan dikurniakan ALLAH keupayaan, kekuatan, ketekunan dan istiqamah kita dalam memperbanyakkan bacaan al-Quran dibulan yang mulia ini.

Tambahan pula bersempena dengan bulan turunnya al-Quran ini, bukankah ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah (s.a.w) ialah Iqra' yang bermaksud 'Bacalah'?  Ambillah kesempatan bulan Ramadan ini untuk membaca; dan tidak ada pembacaan yang lebih baik selain dari membaca al-Quran.

Paling tidak pun, luangkan lebih banyak masa untuk mendengar bacaan al-Quran secara online.  Jangan biarkan Ramadan tahun ini berlalu tanpa sebarang amalan berkaitan al-Quran yang kita lakukan.


Wednesday, July 10, 2013

Rabbani - Intifada



Kumpulan Rabbani adalah kumpulan nasyid generasi baru yang aku letak ditempat kedua selepas Raihan dalam segi kejayaan mereka dalam bidang seni muzik nasyid Malaysia.  Peristiwa besar melanda kumpulan ini apabila penyanyi utama kumpulan, iaitu Ustaz Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada 13 Ogos 2009. 

Tuesday, July 9, 2013

Raihan - Iman Mutiara



Kumpulan Raihan telah membawa era baru kepada dunia muzik nasyid di Malaysia.  Album pertama mereka yang bertajuk "Puji Pujian", yang mula dijual pada bulan Ramadan tahun 1996, telah mencatatkan banyak sejarah dan pencapaian yang membanggakan kepada dunia muzik, khususnya muzik nasyid.  Album Puji Pujian telah terjual sebanyak 3.5 juta keping, menjadikan Raihan sebagai kumpulan muzik yang paling berjaya dalam segi penjualan album.  Mereka telah membawa muzik nasyid Malaysia keseluruh dunia.  Mereka telah diberi peluang untuk membuat persembahan dihadapan Queen Elizabeth II dan menerima surat pujian dari Prince Charles.  Kumpulan Raihan juga telah menarik minat ramai pengikut dengan cara mereka berpakaian.  

Anggota asal Raihan terdiri dari 5 orang iaitu Nazrey Johani, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Amran Ibrahim dan Azhari Ahmad.  Pada 29 Ogos 2001, seorang ahli Raihan iaitu ketua kumpulan, Azhari Ahmad telah meninggal dunia kerana serangan sakit jantung.


Monday, July 8, 2013

Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai



Ramadan akan tiba lagi.  Rakyat Malaysia akan mula menyambut Ramadan pada 10hb Julai 2013.  Semoga kedatangan Ramadan kali ini akan lebih bermakna berbanding dengan tahun2 yang lepas.  Penyebaran maklumat dan ilmu2 mengenai kelebihan Ramadan serta amalan2 yang patut diperbanyakkan lebih mudah tersebar pada zaman Teknologi Maklumat ini.  Semoga kita semua akan mengambil peluang ini sebaik mungkin untuk meningkatkan amalan dan iman masing2.  Bersempena dengan bulan turunnya AlQuran ini juga, pasang niat dihati masing2 untuk memberi tumpuan utama terhadap amalan membaca AlQuran. 

Selamat berpuasa dan selamat meningkatkan amalan dibulan yang mulia ini.  Ingatlah, ganjaran pahala dilipat gandakan dengan begitu banyak sekali dibulan ini.

Sunday, July 7, 2013

L Ramlie - Siapa Bilang Aku Tak Kasih Sayang



L Ramli, penyanyi era pop yeh yeh dan terkenal pada tahun 60'an dan 70'an.  Nama sebenar beliau ialah Ramli bin Lazim dan berasal dari Sungai Nibong, Pulau Pinang.  Beliau bersama kugiran Orkes Teruna Ria mula merakam album pada tahun 1962 dan lagu yang amat popular dan menjadi sinonim dengan L Ramlie iaitu Dara Pujaan.  Beliau bekerja sepenuh masa di Hospital Pulau Pinang sehingga bersara wajib dan kemudiannya berniaga berniaga nasi lemak Dara Pujaan.



Friday, July 5, 2013

A. Halim - Kisah & Tauladan



A Halim, seorang penyanyi era 60'an yang masih terus menyanyi sehingga kini.  Beliau pernah menyanyi bersama beberapa kumpulan kugiran seperti De' Fiction, The Wanderers dan The Wisma.

Thursday, July 4, 2013

Tuesday, July 2, 2013

Stings - Dalam Diam Aku Mencintaimu



Kumpulan Stings membawa lagu2 slowrock dan terkenal dengan lagu2 jiwang.  Mereka dianggotai oleh Poey (penyanyi), Din, Anuar, John dan Zali.