My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Tuesday, April 30, 2013

Monday, April 29, 2013

Yunizar Hussein - Di Hari Persandingan Mu


Yunizar Hussein, penyanyi era 80'an.  Dia ada juga mengeluarkan 1 album duet dengan M Nasir.


Sunday, April 28, 2013

Billy Joel - Uptown Girl


Billy Joel, penyanyi asal lagu 'Uptown Girl'.  Lagu ini popular tahun 1983.  Billy Joel adalah penyanyi yang mula popular dari tahun 70'an.


Saturday, April 27, 2013

Aerosmith - I Don't Wanna Miss a Thing


Aerosmith, kumpulan legenda rock yang terkenal selama lebih 3 dekad.  Bermula dari tahun 1971 sehingga era 2000, kumpulan ini masih bertahan.  Mereka digelar 'America's Greatest Rock & Roll Band'.  Banyak sangat lagu2 yang terkenal dari mereka.

Friday, April 26, 2013

Joan Jett - I Hate Myself For Loving You


Joan Jett bersama band The Blackhearts, popular tahun 80'an dan 90'an.  Pernah digelarkan sebagai Ratu Rock & Roll.

Thursday, April 25, 2013

A Razak Ismail - Penantian Cinta


A Razak Ismail, penyanyi tahun 70'an.  Beliau ialah seorang DJ radio dan pernah bertugas di Kuantan.  Lagu ini selalu kedengaran sekarang diradio Klasik Nasional.  Kebanyakan lagu2 yang dinyanyikan oleh A Razak ialah lagu saduran dari lagu Hindustan dan Jepun.  Dibawah aku letakkan lagi beberapa lagu yang popular dari penyanyi ini.  (Video terakhir disini ialah video yang memuatkan 4 lagu dari nyayian A Razak)

Wednesday, April 24, 2013

dR Sam - Saya Anak Malaysia


Penyanyi raggae 80'an, dR Sam.  Apa makna dR tu aku dah tak pasti, tapi bukan doktor perubatan atau doktor falsafah (PhD).  Sebab tu tulisan d huruf kecil dan R huruf besar.  Lagu Saya Anak Malaysia ini ialah lagu beliau yang selalu dimainkan ketika musim kemerdekaan.  Sekarang ini beliau aktif dalam gerakan tabligh.

Tuesday, April 23, 2013

CHRIS VADHAM - GERIMIS DIHATI


Chris Vadham, penyanyi yang pernah mencipta nama dengan lagu2 berirama jiwang dalam tahun 80'an.  Chris Vadham adalah abang kepada Moses Vadham iaitu penyanyi kumpulan Gingerbread.  Mereka berasal dari Singapura.  Chris Vadham adalah ketua kumpulan Western Union Band, yang pernah menerbitkan beberapa buah album English.


Monday, April 22, 2013

Revolvers - Namun Ku Punya Hati


Revolvers, salah satu kumpulan muzik bukan Melayu yang popular dengan lagu2 Melayu pada tahun 80'an.

Sunday, April 21, 2013

Heavy Machine - Gelombang Cinta


Heavy Machine, satu lagu kumpulan yang popular lewat 80'an.


Saturday, April 20, 2013

J. Sham - Suratku Untuk Mu


J Sham, penyanyi 60'an.  'Suratku Untuk Mu' ialah lagu nyanyian beliau yang paling diminati.  Zaman dulu perhubungan cinta melalui surat.  Mungkin orang2 lama mempunyai pengalaman bercinta melalui surat.  Aku pun sempat juga merasai pengalaman begitu.  Bila nak karang surat tu kenalah mencari masa yang sesuai.  Bila dah siap tu, siap masukkan sedikit bedak debu dalam sampul supaya berbau wangi bila dia buka nanti.  Emmm.... boleh dikatakan kira hantar kata2 dan bau sekali.  Hahaha....kelakar pulak bila mengingati kembali zaman itu.  Bila dah hantar, kena pulak tunggu balasan.  Tempoh masa nak dapat surat balasan bergantung pulak kepada jarak yang memisahkan antara dua individu dan berapa cepat sipenerima menulis surat sebagai balasan.  Kalau jarak tak jauh, surat biasanya dihantar tanpa menggunakan pejabat pos.  Surat dihantar melalui kawan2 atau ditinggalkan ditempat yang strategik saja.

Sekarang ini semuanya itu cuma tinggal sejarah.  Perhubungan cinta melalui surat dah tak popular.  Perkembangan teknologi membuatkan perhubungan semakin mudah.  Bukan setakat talipon tetapi dah ada berbagai applikasi perhubungan berbagai bentuk seperti "SMS, WhatsApp, WeChat, Messenger, Line, Talk" dan macam2 lagi.  Perhubungan dah semakin mudah dan 'live'.  Semua kemudahan teknologi dah tersedia, terpulang kepada individu samada nak atau tidak sahaja.

Friday, April 19, 2013

Jen Endoro - Laila


Kali ini kita layan dikir barat.  Dah lama tak dengar.  Disini aku nak perdengarkan 2 buah lagu yang mempunyai tajuk yang sama, tapi didendangkan oleh 2 orang yang berlainan dengan lirik yang berbeza.  Ini sepatutnya yang terjadi kerana pada asalnya tukang karut, orang yang biasanya menjadi penyanyi, akan berdikir tanpa mempunyai skrip yang telah siap dikarang.  Tukang karut sepatutnya mendendangkan lagu dikir barat secara spontan.  Cuba dengar kedua2 lagu ini.

Thursday, April 18, 2013

Wednesday, April 17, 2013

ND Lala - Rumah Kita


Tak lama lagi Malaysia akan mengadakan Pilihanraya Umum kali ke 13.  Proses penamaan calon akan berlaku pada 20hb April dan tarikh mengundi ialah pada 5hb Mei.

Rata-rata kita telah melihat perang poster dah bermula.  Kita berhak untuk mempunyai pendapat yang berbeza dan memilih calon serta parti politik yang kita suka.  Namun segala itu janganlah menjadi punca untuk kita bermusuh dan memutuskan hubungan persaudaraan, persahabatan dan silatulrahim sesama kita.  Kita hendaklah berfikiran terbuka dan sanggup menerima perbezaan antara kita.  Kita mesti menghormati pilihan orang lain.  Kalau kita mempunyai sebab tersendiri untuk membuat pemilihan, orang lain juga mempunyai sebab mereka tersendiri dengan pemilihan mereka.  Asas dan penilaian yang mempengaruhi pemilihan mereka mungkin berbeza dari kita.  Kita kena menghormati keputusan mereka.  Jangan kita cuba mempengaruhi orang lain untuk mengikut kehendak kita sehingga melupai batas dan hakikat bahawa kita sememangnya berbeza.  Kejadian azali kita dah menunjukkan perbezaan itu.  Bak kata pepatah Melayu, 'rambut sama hitam tapi hati lain2'.  Perbezaan inilah yang menjadikan kehidupan ini penuh dengan warna warni dan kepelbagaian.  Carilah titik persamaan yang membolehkan kita bersama menjalani kehidupan ini dengan gembira dan bermakna.

Proses mengundi mengambil masa cuma hampir2 sebulan sahaja.  Janganlah perbezaan pilihan dalam tempoh yang singkat ini menjadi punca kepada persengketaan yang lama.  Bertindaklah dengan bijak dan matang.  
Selamat mengundi.

Tuesday, April 16, 2013

Kenny Rogers - The Gambler



Kenny Rogers, penyanyi rentak "country" yang cukup terkenal.  Bermula dari tahun 70'an sehingga 90'an.  Beliau merupakan lagenda muzik "country".  Kita di Malaysia mungkin lebih ramai yang mengenali restoran yang diasaskan oleh beliau.

Sunday, April 14, 2013

Jamal Abdillah - Sepi Seorang Perindu


Jamal Abdillah, raja pop Malaysia.  Tak payah nak bercerita panjang. Jamal ialah bekas juara Bintang RTM tahun 1979.  Bermula dari 80'an, 90'an dan hingga kini, nama beliau tetap gah di arena muzik Malaysia.  Disini aku hanya menampilkan beberapa lagu Jamal yang popular bermula dari tahun 80'an.



Saturday, April 13, 2013

Azman Idris - Zuraida


Azman Idris, ramai yang tak ingat penyanyi ini.  Muncul lewat 70'an dan awal 80'an.  Selepas itu tak ada berita mengenai beliau.

Friday, April 12, 2013

Conway Twitty - Don't Cry Joni


Lagu dari Conway Twitty ini memang cukup popular.  Beliau ialah seorang penyanyi lagu2 country (lagu2 cowboy) yang menjadi lagenda.

Paul Anka - Diana


Paul Anka, penyanyi lewat 50'an, 60'an dan 70'an.  Lagu2 beliau masih diminati ramai.


Thursday, April 11, 2013

Ideal Sisters - Hanya Sekali


Ideal Sisters, kumpulan dari Singapura.  Popular tahun 80'an.  Mereka adalah pasangan adik beradik dan emak saudara.


Air Supply - All Out Of Love


Air Supply, kumpulan yang amat popular tahun 70'an, 80'an.  Lagu2 mereka masih diminati ramai.



Wednesday, April 10, 2013

Righteous Brothers - Unchained Melody


Irama oldies yang cukup popular.  Righteous Brothers adalah penyanyi asal lagu ini.  Ramai penyanyi lain yang menyanyi lagu ini.

Neil Sedaka - You Mean Everything To Me


Ini 2 lagi lagu yang selalu dimainkan oleh DJ Zainal Din Zainal di radio KL suatu ketika dulu.  Lagu dari Neil Sedaka.

Ray Peterson - Tell Laura I love her


Awal 90'an, semasa DJ Zainal Din Zainal mengendalikan rancangan radio Kuala Lumpur diwaktu pagi, beliau sering memutarkan lagu ini terutamanya pada hari Jumaat bila ada segmen "Evergreen & Everlasting".  Waktu itu beliau selalu menjemput tokoh2 terkenal dalam negara untuk ditemuramah dan berkongsi pengalaman.  Salah seorang jemputan yang popular ialah Tan Sri Khalid Ibrahim.  Waktu itu Tan Sri  Khalid memegang jawatan sebagai CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Disampaing berkongsi pengalaman dan memberi panduan, Tan Sri juga mencadangkan banyak buku2 untuk dibaca oleh para pendengar.  Tan Sri memang seorang yang suka membaca dan rumah beliau dipenuhi dengan banyak sekali buku2.



Tuesday, April 9, 2013

Chuck Berry - Johnny B. Goode


Chuck Berry, penyanyi 50'an yang terkenal.  Lagu Johnny B Goode ini dimuatkan dalam filem Back to the Future.

Kenny Loggins - Danger Zone


Kenny Loggins.  Mula2 aku minat lagu Footloose dan lagu Danger Zone selepas itu.  Kedua-dua adalah lagu yang menjadi tema filem.


Modern Talking - You can win if you want


Lagu motivasi dari Modern Talking, "You Can Win If You Want".  Aku suka bunyi bass dari kumpulan ini.  Sebelum ini aku ada letak lagu "You're my Heart You're My Soul".  Kalau dengar lagu2 dari kumpulan ini kena pasang sound kuat2 dan enjoy bunyi bass.

Monday, April 8, 2013

Dikir Barat - Budu


Budu, makanan tradisi Kelantan.  Bila teringat budu, beberapa memori kelakar mengamit memori.  Satu yang paling aku ingat ialah semasa aku sedang dalam kelas intensif persediaan untuk keluar negara.  Masa tu setiap orang dikehendaki memberi ucapan dalam bahasa Inggeris semasa perhimpunan pagi, mengikut giliran masing2.  Latihan English public speaking.  Setiap hari 2 orang akan memberi ucapan mengenai apa2 saja topik.  Ada seorang kawan aku telah memilih tajuk budu untuk diceritakan.  Macam2 dia bercerita mengenai budu, ada yang betul dan ada yang kelentong.  Selepas perhimpunan hari itu, seorang lecturer Amerika datang bertanya kepada aku mengenai kebenaran khasiat budu yang baru dicakapkan oleh kawan aku.  Kelam kabut juga aku nak menjawab kerana dia mebangkitkan soal vitamin dan zat2 yang kawan aku telah bercerita.  Akhirnya lecturer itu dapat juga merasa budu kerana ada peniaga nasi berdekatan yang menjual budu, dan dia suka rasa budu bila aku ajar dia makan dengan ulam timun.

Pernah satu ketika aku dan kawan2 sebilik memperdaya seorang kawan untuk merasa budu dengan mencicah roti.  Aku dan kawan2 gelak sakan.

P Ramlee - Terbang Burung Terbang


Malam ni aku sekali lagi, untuk kesekian kalinya menonton filem P Ramlee bertajuk 'Anak Bapak'.  Aku minat sangat menonton filem2 P Ramlee terutamanya yang bercorak jenaka.  Memang tak pernah jemu menonton filem lakonan dan arahan seniman agong ini.

Pada tahun 70'an dulu, dikampung aku cuma ada 2 tempat sahaja yang mempunyai TV.  Kedua-duanya merupakan kedai kopi dalam kampung aku.  Masa itu TV beroperasi menggunakan generator elektrik.  Bekalan elektrik LLN (Lembaga Letrik Negara) masih belum ada lagi dikampung aku.  Bila tiba hari Jumaat malam Sabtu, bila ada tayangan filem Melayu terutamanya filem lakonan P Ramlee, maka orang kampung akan tertumpu di 2 kedai tersebut.  Pada waktu itu TV hitam putih sahaja; dan TV berbentuk macam almari.  Tuan punya kedai akan meletakkan tabung sumbangan untuk membeli minyak diesel kegunaan generator.  Apa yang paling tak seronok ialah apabila TV terpadam disebabkan generator kehabisan minyak semasa sedang syok menonton filem.

Aku fikir ramai rakyat Malaysia yang suka menonton filem P Ramlee dan isu yang diperkatakan dalam filem yang dah berusia berpuluh tahun masih relevant dan boleh diguna pakai sehingga kini.  Kita dapat melihat bahawa P Ramlee seorang yang cukup kreatif dan berpandangan jauh, merentasi zaman beliau.  Tak perlulah aku menghurai panjang isu ini.  Cukuplah dikatakan bahawa P Ramlee memang seorang seniman agong yang tiada penganti.

Aku fikir tentu ada ungkapan2 atau gaya2 dari filem2 beliau yang menjadi ingatan kau orang.  Ada beberapa scene yang aku minat dan nak kongsi dengan semua:-

1)  Filem "Seniman Bujang Lapok" - scene dimana Aziz menceritakan keadaan 3 bilik sewa yang masih ada.  Bila dia sedar tertipu dan cakap, 'itu lubang kubur', cuba kau perhatikan S Samsudin ketawa beria-ria semasa menairap atas katil.  Aku berpendapat bahawa aksi itu juga membuat mereka sendiri ketawa.

2)  Filem "Tiga Abdul" - bila Abdul Wahub membeli balik abang2 dia dari saudagar unta, 'Wow!!! dunia2..".  Tengok reaksi P Ramlee terhadap scene itu, macam terkejut juga.

3)  Filem "Nujum Pak Belalang" - bila tunjuk keputusan 'Beringin Rendang 4+1', lihat reaksi orang kampung yang terpaksa mengira dulu 4+1 sebelum melonjak kegembiraan.

4)  Filem "Madu Tiga" - memang banyak scene dan percakapan yang menjadi ingatan.

Itu cuma sebahagian kecil babak dan dialog yang aku minat.  Banyak lagi yang ada dan itulah yang aku katakan, filem P Ramlee masih aku minati dan tak jemu menonton.

Sunday, April 7, 2013

Orkes Sinar Murni - Cuba Renungkan


Pada tahun 70'an dan 80'an, inilah rentak irama nasyid yang ada.  Lagu dari kumpulan orkes Sinar Murni ini selalu disiarkan di radio ketika itu.  Irama nasyid Malaysia mula berubah pada tahun 90'an.
Pada tahun 70'an dan 80'an peralatan muzik untuk kumpulan nasyid tak banyak bezanya dengan peralatan muzik pop.  Mungkin yang ketara ialah penggunaan Gambus.  Ketika itu tidak ada perbincangan meluas mengenai peralatan muzik yang boleh atau tak boleh digunakan.  Waktu itu pemakaian tudung masih belum meluas.  Bolehlah dikatakan secara keseluruhannya tahap kesedaran dan penghayatan Islam masih rendah.

Saturday, April 6, 2013

ROHANA JALIL - RAYUAN KU


Rohana Jalil mumcul tahun 80'an.  Ini lagu yang paling popular dari beliau.  Ada beberapa lagu lagi beliau yang pernah popular tahun 80'an, kebanyakannya lagu bernada sedih.  Beliau masih menyanyi dan sering bersama dengan Jaafar Onn.


Friday, April 5, 2013

Ismail Haron - Ilham Pujangga


Ismail Haron, digelar Tom Jones Singapura.  Seorang lagi lagenda dalam bidang seni suara tahun 60'an, 70'an.  Penyanyi asal lagu Seniman Menangis yang dipopularkan semula oleh Jamal Abdillah.

D.J Dave - Di Desa Kasihku Tertumpah


D J Dave, nama yang popular dari tahun 70'an, 80'an dah kekal hingga kini.  Lagu2 beliau banyak yang berirama Hindustan dan bernada sedih.  Tapi itulah keunikan yang ada pada suara D J Dave, sesuai dengan lagu2 sebegini.  Beliau telah memeluk Islam dan menggunakan nama Irwan Shah.  Tapi nama popular D J Dave masih kekal popular.  Aku selalu terserempak dengan dia semasa aku bekerja di Petaling Jaya.  Beliau pernah memiliki perniagaan hotel di Petaling Jaya.

Thursday, April 4, 2013

Walid Toufic - Enzel Ya Gameel


Hari ini 4hb April {4/4}.  Hari ini hari ulangtahun kelahiran aku.

Pada masa kecil dulu, disebabkan aku dilahir dan dibesarkan dalam komuniti kampung di Kelantan, aku tak pernah menyambut hari ulangtahun kelahiran atau harijadi.  Kali pertama aku sambut harijadi ialah semasa aku berumur 21 tahun.  Masa tu aku berada di Amerika.  Pada hari itu, aku pergi mengambil ujian memandu.  Aku sengaja tetapkan tarikh untuk ambil ujian memandu pada harijadi aku.  Niat aku supaya aku tak lupa tarikh tamat tempoh lesen memandu aku. Selepas ujian aku tamat, pegawai pemeriksa yang naik kereta dengan aku ucap tahniah kerana aku lulus ujian lesen memandu dan mengucapkan selamat harijadi kepada aku.  Selepas itu aku naik kepejabat mereka untuk membuat lesen.  Setelah selesai buat lesen, pegawai wanita dipejabat tersebut menyerahkan lesen aku dan mengucapkan ucapan selamat harijadi kepada aku.  Gembira aku masa tu.  Selepas itu baru aku tahu bahawa tarikh tamat tempoh untuk lesen memandu di sana memang telah ditetapkan pada hari lahir kita.  Rasa rugi pulak aku menunggu dalam tempoh seminggu sebelum aku mengambil ujian memandu.  Pada sebelah malamnya beberapa kawan datang kerumah aku dan ada yang bawa kek dan kad.  Itulah kenangan kali pertama aku menyambut harijadi.

Wednesday, April 3, 2013

Hail Amir - Kau Datang Lagi Dalam Fikiranku


Hail Amir, cukup popular tahun 70'an dan 80'an.  Bila sebut Hail Amir dengan sendiri teringatkan Uji Rashid kerana mereka merupakan pasangan duet yang serasi.  Disini aku tampil lagu2 Hail Amir yang pernah menjadi pujaan suatu ketika dahulu.