My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Friday, August 26, 2011

Lagu Raya P Ramlee Dendang Perantau


Ini lagu raya yang klasik. Ramai orang yang minat lagu ni. Lagu ini sudah pasti akan dimainkan berulang2 kali setiap kali tibanya musim raya.

Lagu ini benar2 menguris hati aku semasa aku menyambut hari raya Aidilfitri buat pertama kalinya di luar negara. Ketika itu lagu ini, yang dimainkan melalui kaset, betul2 menyentuh jiwa perantau yang beraya dinegara asing. Pada raya itulah aku belajar memasak nasi impit dan kuah kacang. Ada rakan pelajar yang memasak lemang dengan dibungkus dengan aluminium foil dan dimasak dalam paip. Pada masa itu juga aku melihat kesatuan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia, dengan berpakaian negara masing2, berkumpul disatu padang yang lapang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri ditempat terbuka. Walaupun ketika itu, lepas saja habis program solat sunat hari raya, aku terpaksa meghadiri kelas untuk menghadapi kertas peperiksaan, tapi pengalaman bersolat sunat dipadang bersama penganut Islam dari negara yang berbeza memang merupakan kenangan yang cukup indah.

Pengalaman berpuasa dinegara asing juga cukup indah dan menarik. Aku terpaksa berbuka puasa 2 kali seminggu semasa kuliah. Bekalan untuk aku berbuka masa tu ialah coklat Kit-Kat dan setin air Moutain Dew. Bila lihat jam dah masuk waktu berbuka, aku akan buka air dan makan perlahan2. Cukup istimewa pengalaman waktu itu. Salah satu cabaran bila dalam ada kelas waktu pagi yang aku ambil, ada seorang pelajar yang sentiasa buka bekalan air kopi dia untuk breakfast semasa kuliah. Dia selalu duduk betul2 didepan kerusi aku. Huh... bau kopi segar diwaktu pagi memang cukup2 mengancam. Dugaan berpuasa dinegara yang majoritinya penduduk bukan Islam memang mencabar.

Selamat berhari raya.