My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Thursday, October 24, 2013

Aziz Satar - Bila Mama Pakai Celana



Biduan Aziz Satar, nama yang begitu besar dan diminati ramai oleh pelbagai peringkat umur ini, walaupun lebih dikenali sebagai pelakon dan pelawak, beliau juga pernah menyanyi dalam filem2 Melayu klasik.  

Sengaja aku letak klip video babak "Itu Kubur" ini kerana secara peribadinya aku anggap babak ini mengambarkan skrip yang keluar adalah spontan dan mereka begitu menghayati lawak yang mereka buat.   Selepas memberi penerangan lanjut mengenai '3 bilik yang masih ada' dan Aziz ulang balik penerangan mengenai bilik tersebut, Sudin cuba menutup mulut beliau dengan kain; DAN boleh dilihat dengan jelas bahagian belakang Sudin bergerak2 menahan gelak apabila berjaya memperdaya dan membuatkan Aziz marah.  (Semasa Aziz kembali semula kekatil beliau, Sudin meniarap)  Cukup klasik dan berkualiti.  Aku memang meminati babak ini.  
Salah satu lagi aksi Aziz Satar yang aku minat ialah gaya beliau menari dengan P Ramlee dalam babak nyanyian lagu "Ya Habibi Ya Ali Baba".