My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Thursday, February 14, 2013

Rosemaria Hamid - Kisah-Kisah Masa Lalu



Penyanyi ini dah lama tak kedengaran.  Muncul dari program Bintang RTM tahun 80'an

KITARO - Matsuri



Best...

Tom Petty - I Won't Back Down



Tom Petty.  Aku selalu dengar masa belajar dulu.  Jangan putus asa, jangan mengaku kalah, tetapkan pendirian.




Sanisah Huri Semenjak berjauhan



Aku memang suka dengar suara Sanisah Huri.  Kalau kau orang perasan, banyak lagu-lagu dia dalam blog ni.


dan juga lagu ni:-


Ku Ingin Selalu Di Sampingmu - Uji Rashid



Kita kembali semula mendengar lagu-lagu dari penyanyi Malaysia.

Broery Marantika - Widuri



Penyanyi lelaki dari Indonesia yang cukup popular.  Sezaman dengan waktu Sharifah Aini, Hail Amir, D J Dave, dan lain-lain lagi.  Dia pernah berduet dengan Sharifah Aini.

Lagu ini, seiring sejalan, ada kenangan untuk aku.  Aku menang hadiah acara mimik bibir dengan lagu ini semasa majlis jamuan makan malam syarikat.  Aku menari dengan memakai rambut afro style lagi masa tu.

D'lloyd - Cinta Hampa ... (dan lain-lain)



Pada pendapat aku, kumpulan Indonesia yang paling popular di Malaysia ialah D'lloyd.  Mereka mempunyai cukup ramai peminat tegar disini.  Penyanyi utama kumpulan ini, Sam, telah meninggal dunia pada bulan Jun 2012.  Dia masih bujang ketika meninggal dunia dan dikatakan (cerita gossip) dia tidak kahwin kerana kecewa tidak dapat berkahwin dengan kekasih hati beliau dari Malaysia.  Kerana itu dia sanggup membujang sampai je ahkhir hayat.  Apa pendapat kau orang?  Pada pandangan aku, itu semua sudah diTAKDIRkan, semua dah diTETAPkan.

Indonesia 80'an



Bill & Broad - Madu dan Racun.
Kita layan dulu lagu-lagu Indonesia yang pernah menjadi siulan dan nyanyian ramai tahun 80'an.




Endang S Taurina



Diana Nasution

Jamal Mirdad

Desy Ratnasari - Tenda Biru



Best...

RIA RESTY FAUZY-CINTAKU SAMPAI KE ETHIOPIA



Lagu Indonesia ini memikat hati pendengar di Malaysia awal 80'an.


Emilia Contessa



Lagu-lagu dari Indonesia telah lama bertapak dihati peminat-peminat tempatan.  Seingat aku, pada tahun 70'an, lagu sedih ini, Ratapan Anak Tiri, memang menjadi minat ramai.  Ada satu filem mengenai anak tiri yang menggunakan lagu ini sebagai tema.  Maaf, aku dah lupa nama filem tu.  Filem lewat tahun70'an.

Semenjak itu, setahu akau, ada saja lagu-lagu dari Indonesia yang menjadi minat pendengar tempatan.  Irama dan rentak lagu sememangnya turut berubah.  Emilia Contessa adalah nama besar dalam bidang hiburan di Indonesia dan di Malaysia.  Banyak lagu-lagu beliau yang menjadi hit pada tahun70'an.