My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Thursday, May 9, 2013

Untuk Mu Ibu - Exists


Kali ini aku tak mahu bercerita pasal artis.  Entri kali ini adalah khusus untuk meraikan hari Ibu yang akan disambut hujung minggu ini.

Pada pandangan aku, kita mesti sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan seorang Ibu.  Sepatutnya tidak perlu ada hari yang khusus untuk mengingati segala apa yang Ibu telah berikan kepada kita kerana Ibu semestinya sentiasa dikasihi dan disanjung tanpa mengira waktu dan ketika.  Sambutan hari Ibu yang khusus ini pada pandangan aku diwujudkan oleh orang2 Barat dan lebih tertumpu kepada matlamat perniagaan.  Mengikut sejarahnya, sambutan hari Ibu bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1908 dan disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei.  Pada tahun 1920an, sambutan hari Ibu mula dikomersialkan.  Pada hari Ibu kita di "sarankan" untuk membeli hadiah, kad ucapan atau apa pemberian untuk diberi kepada Ibu sebagai hadiah peghargaan kerana menjadi Ibu kita.

Secara peribadi aku berpendapat bahawa tak salah untuk kita juga meraikan Ibu kita pada hari Ibu, namun apa yang lebih penting dan semestinya dilakukan ialah, kita sentiasa menghargai Ibu kita sepanjang masa dan ketika.  Pepatah Melayu ada berkata "Syurga itu dibawah telapak kaki Ibu".  Agama Islam juga mempunyai banyak ayat2 Al-Quran dan Hadis Nabi yang memperincikan tentang menghormati, mengasihi, mematuhi dan menjaga Ibu.

"Selamat Hari Ibu"