My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Sunday, December 22, 2013

Anita Sarawak - Sedikit Rasa Cinta



Anita Sarawak penyanyi superstar yang cukup terkenal dan popular.  Banyak sangat lagu2 dari diva ini yang menjadi pujaan dan minat ramai.  Aku akan letak sikit demi sedikit.

Friday, December 20, 2013

Maria Bachok - Jauh Jauh Berkirim Salam



Ini satu lagu lagu solo nyanyian Maria Bachok yang sentiasa evergreen everlasting dan masih sedap didengar.


Wednesday, December 18, 2013

Maher Zain - Insha Allah



Penghujung tahun ini dugaan banjir berlaku pada kadar yang amat besar.  Banyak cerita2 dan gambar2 mengenai kemusnahan, penderitaan dan kesedihan akibat bencana alam yang dialami oleh ramai orang.  Aku berdoa agar mereka sentiasa bersabar dengan dugaan ini.

Diwaktu cuaca yang tidak menentu ini, ada juga individu yang diduga dengan demam, sakit dan kematian orang yang terdekat.  Harap2 semuanya dapat bersabar dengan segala dugaan yang menimpa.


Tuesday, December 10, 2013

Maria Bachok - Pertemuan Pertama



Maria Bachok, pasangan duet yang juga merupakan isteri kepada penyanyi A Ramlie.  Susah nak cari lagu dia menyanyi solo.

Sedar tak sedar, kita dah masuk penghujung tahun 2013.  Kita dah bertemu dengan satu tarikh yang menarik iaitu 11/12/13.  Tahun lepas, tarikh yang menarik ialah 12/12/12.  Mungkin tarikh ini mengingatkan seseorang kepada satu pertemuan yang amat bermakna?

Thursday, December 5, 2013

Axl's - Akulah Kekasihmu



Kumpulan rock AXL's.  Kumpulan ini sering tengelam timbul pada zaman 90'an.  Anggota kumpulan ini sering bertukar ganti.  Anggota yang sentiasa kekal ialah vokalis mereka iaitu Elly.  Ini adalah 2 lagu mereka yang popular suatu ketika dulu.
  


Wednesday, December 4, 2013

P Ramlee - Nak Dara Rindu



Antara lagu dari P Ramlee yang popular.  Sesuai dengar diwaktu2 hujan begini.

Monday, December 2, 2013

Dikir - Crazy Frog



Antara lagu2 popular yang telah dinyanyikan dalam irama dikir barat.


Tuesday, November 19, 2013

MAY - Sendiri



Kumpulan rock May, dengan penyanyi utama mereka Mus, menjadi lagenda kumpulan rock di Malaysia.  Mereka mampu menempatkan kedudukan mereka setanding kumpulan Search, Wings & Lefthanded.  Kumpulan May ditubuhkan pada tahun 1986, berasal dari Manjoi, Ipoh. Nama MAY adalah sempena nama panggilan anggota asal iaitu Mus & Man, Abu dan Yus.



Wednesday, November 13, 2013

Robbie Wiliams - Better Man


Kita ubah selera sekejap, dengarkan lagu2 dari Robbie Williams.





Monday, November 11, 2013

Yusni Hamid - Kau Yang Ku Nanti


Yusni Hamid, penyanyi versatile dan selalu muncul diupacara2 rasmi.  Nama sebenar beliau ialah Aishah Mohd Shariff.  Beliau ialah penyanyi paling laris untuk persembahan pentas terutamanya yang melibatkan kerabat diraja, sebab itu beliau digelar Penyanyi DiRaja. 









Thursday, November 7, 2013

Waheeda - Wassini


Waheeda terkenal dengan lagu Wassini, lagu berentak Arab yang dicipta oleh Yasin.  Waheeda ada menyanyi dalam bahasa Arab dan bahasa Spanish.  Beliau terus berhenti menyanyi selepas berkahwin dengan seorang ustaz popular.







Wednesday, November 6, 2013

Yasin - Mimpi Laila


Yasin (Yasin Sulaiman), mula menceburi bidang muzik bersama kumpulan nasyid The Brothers pada tahun 1995.  Beliau mula bergerak solo pada tahun 2000.  Apa yang menarik ialah lagu2 beliau yang mempunyai campuran berbagai rentak dari seluruh pelusuk dunia, terutamanya rentak Arab.  Beliau kini aktif sebagai pencipta dan penerbit lagu.







Monday, November 4, 2013

Cyndi Lauper - Time After Time


Cyndi Lauper, mula popular tahun 80'an.  Penyanyi berasal dari New York, USA ini masih menyanyi dan mencipta lagu2.






Sunday, November 3, 2013

P Ramlee - Malang Nasibku


Apa nak buat, dah nasib.  The Red Warrior kalah dalam perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia 2013, dikalahkan oleh Pahang dengan keputusan 0 - 1.  Semua nampak tidak menjadi pada perlawanan malam ini. Cuaca hujan, ketiadaan beberapa pemain utama dan nasib yang tidak menyebelahi pasukan menjadikan TRW gagal mengekalkan trofi Piala Malaysia di Kota Bharu.  Banyak peluang yang ada untuk menjaringkan gol tetapi gagal disempurnakan.  Walaupun pemain2 dah mencuba sebaik mungkin, nasib tidak bersama TRW kali ini.  Namun begitu, semangat kesukanan yang ditunjuk oleh kedua2 penyokong patut dipuji.  Tak apa, boleh cuba lagi tahun depan.

"Gomo Kelate Gomo." - "Go More Kelate Go More."







Saturday, November 2, 2013

Dikir - Lagu The Red Warrior


Esok ada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan "The Red Warrior" dengan Pahang "Tok Gajah".  Jadi kali ini aku menampilkan lagu2 yang menyokong TRW.






Tuesday, October 29, 2013

M Bakri - Pelita Hati


M Bakri, penyanyi era 60'an dan 70'an. Beliau merupakan johan bintang radio malaya tahun 1957.








Monday, October 28, 2013

Cici Faramida - Wulan Merindu



Aku baru saja mendengar lagu ini semasa satu majlis di sebuah hotel.  Aku teringat lagu "Wulan" nyanyian Iwan.  Aku mula tertanya, apa makna wulan.  Apa yang aku tahu, Wulan ialah nama seseorang.  Ada seorang artis Indonesia yang bernama Wulan Guritno, yang pernah menjadi juri raja lawak.
Setelah mencari sedikit info, ini yang aku dapat :- 

  • Pengertian atau makna Wulan adalah bulan
  • Nama untuk orang Perempuan
  • Berasal dari bahasa Jawa

Thursday, October 24, 2013

Aziz Satar - Bila Mama Pakai Celana



Biduan Aziz Satar, nama yang begitu besar dan diminati ramai oleh pelbagai peringkat umur ini, walaupun lebih dikenali sebagai pelakon dan pelawak, beliau juga pernah menyanyi dalam filem2 Melayu klasik.  

Sengaja aku letak klip video babak "Itu Kubur" ini kerana secara peribadinya aku anggap babak ini mengambarkan skrip yang keluar adalah spontan dan mereka begitu menghayati lawak yang mereka buat.   Selepas memberi penerangan lanjut mengenai '3 bilik yang masih ada' dan Aziz ulang balik penerangan mengenai bilik tersebut, Sudin cuba menutup mulut beliau dengan kain; DAN boleh dilihat dengan jelas bahagian belakang Sudin bergerak2 menahan gelak apabila berjaya memperdaya dan membuatkan Aziz marah.  (Semasa Aziz kembali semula kekatil beliau, Sudin meniarap)  Cukup klasik dan berkualiti.  Aku memang meminati babak ini.  
Salah satu lagi aksi Aziz Satar yang aku minat ialah gaya beliau menari dengan P Ramlee dalam babak nyanyian lagu "Ya Habibi Ya Ali Baba".

Wednesday, October 23, 2013

Tuesday, October 22, 2013

Friday, October 18, 2013

Mat Yeh - Tahi Lalat Atas Kening



Ini ialah koleksi lagu-lagu dikir barat klasik, nyanyian Mat Yeh, yang popular era 80an.  

Friday, October 11, 2013

Eddie Ahmad - Berdendang Sayang



Eddie Ahmad, seorang penyanyi era 60'an dan 70'an.  Berasal dari Singapura dan pernah diiringi oleh kugiran The Guys dan The Antartics.  Beliau berduet dengan adik sendiri, iaitu Hamidah, dalam lagu yang dipopularkan semula oleh 2by2 dan Siti Nurhaliza, Mawarku.


Thursday, October 10, 2013

Orkes Sinar Murni - Panggilan Haji



Raya Haji dah dekat.  Tapi suasana nak sambut raya ini tak terasa langsung.  Kalau mengikut Islam, hari raya haji atau raya korban ini lebih utama.  Kita boleh bertakbir dan sembelih binatang korban selama 4 hari.  Tak sama dengan hari raya puasa yang dibenarkan bertakbir dari malam sehingga sebelum solat sunat raya sahaja.  Mungkin kerana agama memandang perayaan ini penting dalam Islam, maka halangan2 dari musuh2 Islam amat kuat.  Sama2 kita cuba tukar keadaan dan tanggapan kita agar kita lebih menghormati perayaan ini.  Kita cuba mengisi sambutan hari raya ini dengan aktiviti2 yang boleh mendekatkan kita kepada yang Esa dan semoga makna sebenar pengorbanan dapat kita amalkan dalam kehidupan.

Selamat Menyambut Hari Raya Haji & Selamat melapah lembu kepada yang melakukan ibadat korban.  Sama2 juga kita berdoa agar mereka yang sedang menunaikan haji di Mekah akan mendapat haji Mabrur dan dimudahkan segala urusan.  Semoga berita mengenai banjir dipadang Arafah tidak akan menjejaskan perjalanan haji tahun ini.



Monday, October 7, 2013

Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang



Kali ini aku rehat sekejap dari memaparkan lagu2 lama dengan menyiarkan lagu yang begitu diminati sekarang.  Lagu dari penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar.  Lagu ini merupakan kisah benar yang terjadi kepada beliau.  Berbekalkan bakat yang ada, takdir dan ketentuan ILLAHI telah merubah nasib hidup beliau.  Semoga kisah dari lagu ini dapat menjadi iktibar dan pedoman kepada kita semua.

Saturday, October 5, 2013

Ade Putra - Si Jantung Hati



Kita layan pulak lagu2 popular dari Indonesia pada era 80'an.  Kali ini dari nyanyian Ade Putra.  

Tuesday, October 1, 2013

M Osman - Suzana



M Osman, artis popular era pop yeh-yeh 60'an.  Beliau pernah bersama dengan kumpulan Les Fentones dan The Siglap Boys.  

Friday, September 27, 2013

Endang S Taurina - Rinduku Tiada Yang Tahu



Kita layan lagu2 dari penyanyi Indonesia yang pernah mewarnai dunia seni muzik di negara kita pada tahun 80'an.  Ini lagu2 dari Endang S Taurina.

Monday, September 23, 2013

M. Sani - Rindu Hatiku Tidak Terkira



Kita layan lagu dari seorang lagi penyanyi 70'an, M Sani.  Nama sebenar beliau ialah Md. Sani Bin Abu Yamin dan merupakan Juara Bintang RTM 1971.



Lain2 lagu dari M Sani:-
  1. Tiada Esok - https://www.youtube.com/watch?v=wZoGIOH4ciQ
  2. Pasangan Bahagia (Duet dengan Sharifah Aini) - https://www.youtube.com/watch?v=hitWaYrLfu4
  3. Sedih Sekelip Mata - https://www.youtube.com/watch?v=dXx_RE6iILs
  4. Hidup Hanya Sementara - https://www.youtube.com/watch?v=kZlyM-yFQaQ

Thursday, September 19, 2013

A.Rahman Onn - Cincin Emas



Kita layan lagu 60'an dari A Rahman Onn.  Beliau berasal dari Johor Bahru dan diiringi kugiran The Strangers.  Lagu beliau yang paling popular ialah 'Si Cincin Emas'.  

Thursday, September 12, 2013

Mike Ibrahim & The Nite Walkers - Kampung Halaman



Mike Ibrahim & The Nite Walker.  Mike Ibrahim berasal dari Singapura manakala kumpulan The Nite Walker berasal dari Johor Bahru.  Mereka popular diawal 70'an.


Untuk mendengar lagu2 lain, sila klink link berikut :
  1. Lagu "Chok Chok Kundong" - https://www.youtube.com/watch?v=zKZPTkS1em4
  2. Lagu "Bang Selebu" - https://www.youtube.com/watch?v=9LhRcOdFaMM
  3. Lagu "Kenangan Masa Lalu" - https://www.youtube.com/watch?v=Nr-OhWr0K8k

Sunday, September 8, 2013

Queen - I Want To Break Free



Queen, kumpulan rock yang berasal dari London, England yang ditubuhkan pada tahun 1971.  Dianggotai oleh Freddie Mercury (penyanyi utama & piano), Brian May (gitar & penyanyi), John Deacon (bass gitar) dan Roger Taylor (drum & penyanyi).  Pada tahun 1991, Freddie Mercury menjadi penyanyi pertama yang secara berani telah mengadakan sidang akhbar untuk menyatakan pengakuan bahawa beliau mengidap penyakit AIDS.  Beliau meninggal pada penghujung tahun 1991.


Saturday, September 7, 2013

Hang Mokhtar - Ayoyo Samy



Hang Mokhtar mambawa lagu2 yang berkaitan isu2 semasa dan realiti kehidupan.  Beliau popular pada tahun 1987 dengan lagu 'Ayoyo Samy', lagu yang menyindir tentang bayaran tol.  Antara lagu lain yang menjadi ingatan ramai dari nyanyian beliau ialah 'Kocik Kocik Jaga Kerbau' (ada aku letak dalam post terawal).  Beliau kurang mendapat liputan dari media2 utama negara, mungkin kerana lagu2 yang dibawanya mempunyai unsur2 sindiran mengenai realiti kehidupan.  Beliau mempunyai mini studio sendiri dirumah untuk merakamkan lagu2 beliau.

Friday, September 6, 2013

Salih Yaccob - Gali Lubang Tutup Lubang



Salih Yaacob, berasal dari Sungai Besar, Selangor, seorang artis yang serba boleh.  Bermula sebagai seorang penyanyi dan pelakon komedi, beliau sekarang ini lebih dikenali melalui bidang lawak dan DJ radio.  Karier seni beliau bermula sebagai penyanyi dan penari di Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 1980.  Selepas itu beliau menyertai kumpulan Orkestra Tentera Darat (OTD).  Karier beliau memuncak selepas berhenti dari OTD dan disamping menyanyi beliau juga turut berlakon.  

Thursday, September 5, 2013

Mr Os - Durian



Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof bin Abdul Hamid, salah seorang pelakon dan pelawak yang pernah menjadi penyanyi.  Mr Os mula melibatkan diri dalam dunia seni sebagai pelakon pada tahun 1986.   Mr Os ialah seorang artis yang kuat memperjuangkan penggunaan bahasa loghat Perak.  Ini adalah kerana beliau berasal dari Kuala Kangsar, Perak.  Mr Os yang sentiasa bersikap merendah diri dan peramah memilih kerjaya duta kecil (pemandu teksi) sebagai pekerjaan utama beliau.  

Wednesday, September 4, 2013

R Azmi - Memikat Hati



Lagu2 klasik dari R Azmi, penyanyi era 50'an.  Nama sebenar beliau ialah Raja Azmi Raja Ambiah, dilahirkan di Kuala Kangsar pada tahun 1923 dari keturunan kerabat diraja Perak.  Namun beliau memilih untuk menjadi rakyat biasa dan bergiat dalam bidang seni sebagai penyanyi.  Beliau meninggal pada tahun 1974.

Tuesday, September 3, 2013

Scorpions - Wind Of Change



Scorpions, lagenda rock klasik.  Scorpions ditubuhkan di Jerman pada tahun 1965 dan masih aktif sehingga kini.  Mereka mula dikenali ramai pada tahun 1980 melalui lagu "Rock You Like A Hurricane".

Monday, September 2, 2013

Carpenters - Yesterday Once More



Kita layan lagu2 klasik dari Carpenters.  Lagu2 era 70'an.  Carpenters adalah kumpulan dua adik beradik, iaitu Karen & Richard Carpenter.  Kumpulan ini berakhir apabila Karen meninggal dunia pada tahun 1983 semasa berusia 32 tahun.

Saturday, August 31, 2013

Abba - Dancing Queen



Abba, kumpulan muzik dari Sweden yang paling berjaya.  Mereka digelar produk Sweden yang yang laris dieksport.  Mereka cukup popular pada tahun 1972 - 1982.  ABBA ditubuhkan pada tahun 1972 dan ABBA diambil dari nama2 anggota kumpulan ini iaitu Agnetha, Bjorn, Benny & Anni-Frid.  Mereka adalah pasangan suami isteri (Agnetta + Bjorn & Benny + Anni-Frid).  Mereka adalah antara kumpulan muzik yang memegang gelaran "jualan album muzik paling laris sepanjang zaman" melalui 8 buah album yang mereka hasilkan.  Mereka berpecah pada penghujung tahun 1982 selepas kedua2 pasangan suami isteri ini bercerai beberapa tahun sebelum itu.