My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Friday, July 12, 2013

Alkisah bulan puasa



Memang tak dapat nak dinafikan bahawa puasa dahulu dan sekarang tentunya berbeza kerana peredaran masa dan keadaan.  Perbezaan boleh dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza.

Aku nak bercerita sikit tentang malam2 bulan puasa pada zaman awal 80'an dikampung aku.  Selepas selesai berterawih, kami berkumpul dikedai kopi sambil minum2 dan makan 'colek'.  Waktu itu beberapa kaki terup mula buka gelanggang bermain terup.  Permainan ini secara suka2 sahaja dan tidak ada pertaruhan berlaku.  Paling teruk pun orang yang kalah kena bayar harga air minuman sahaja.  Biasanya permainan terup "400" atau terup "rukuk/tutup" dimainkan.  Permainan ini memerlukan 4 orang pemain, membentuk 2 kumpulan.  Panjang kalau nak cerita cara permainan ini dan agak susah juga untuk difahami.  Biasanya permainan ini akan berterusan sampai lewat malam dan kadang2 tu terbawa sampai hampir sahur.  Aktiviti ini kebiasaannya dijalankan dalam bulan Ramadan sahaja.  Sesetengah dari mereka memberi alasan supaya senang bersahur dan ada juga yang berpandangan itu adalah cara nak menghidupkan malam pada bulan Ramadan. Sekarang ini aktiviti sebegitu sudah lama ditinggalkan.  Ini adalah kerana kesedaran terhadap agama semakin meningkat dan orang mula memahami cara yang lebih berfaedah dan betul untuk menghidupkan malam pada bulan Ramadan.  Kemeriahan Ramadan dikampung aku sekarang ini bertumpu di masjid kampung.  Hampir setiap hari ada sahaja aktiviti berbuka puasa dijalankan.  Kalau dulu, penduduk yang ingin menjamu orang ramai berbuka puasa akan menjemput orang kampung datang kerumah; sekarang aktiviti ini dibuat di masjid.