My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Wednesday, July 24, 2013

Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya



Hari ini dah masuk hari yang ke 15 umat Islam di Malaysia berpuasa dibulan Ramadan kali ini.  Hari ini juga bermulanya lagu2 raya disiarkan diradio tempatan.  Ini lagu pertama yang aku dengar awal pagi tadi melalui radio Sinar FM.  Nampaknya mood untuk menyambut hari raya dah secara rasmi bermula.  Pada pandangan aku secara peribadi, mood raya akan bermula secara rasmi bila lagu2 raya mula disiarkan melalui stesen2 radio tempatan.

Namun begitu, kita masih mempunyai 14 atau 15 hari lagi tempoh untuk berpuasa sebelum Ramadan kali ini meninggalkan kita.  Penghujung bulan Ramadan ini mempunyai berbagai kelebihan dan keistimewaan yang disediakan kepada sesiapa sahaja yang meningkatkan amalan ibadat.  Tumpukan perhatian untuk mengerjakan sebanyak mungkin amalan membaca al-Quran, bersolat sunat, bersedekah, beriktikaf di masjid dan lain2 ibadat lagi untuk mengejar dan mendapatkan habuan pahala yang disediakan terutamanya pada penghujung Ramadan ini.  Malam Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan bersamaan 1000 malam masih belum tiba.  Kebiasaanya kita mendengar bahawa malam teristimewa itu terjadi pada 10 malam terakhir Ramadan; dan banyak yang berpendapat ianya jatuh pada malam2 ganjil 10 malam terakhir.  Bersama2 kita berusaha untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan pada malam tersebut.