My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Wednesday, April 17, 2013

ND Lala - Rumah Kita


Tak lama lagi Malaysia akan mengadakan Pilihanraya Umum kali ke 13.  Proses penamaan calon akan berlaku pada 20hb April dan tarikh mengundi ialah pada 5hb Mei.

Rata-rata kita telah melihat perang poster dah bermula.  Kita berhak untuk mempunyai pendapat yang berbeza dan memilih calon serta parti politik yang kita suka.  Namun segala itu janganlah menjadi punca untuk kita bermusuh dan memutuskan hubungan persaudaraan, persahabatan dan silatulrahim sesama kita.  Kita hendaklah berfikiran terbuka dan sanggup menerima perbezaan antara kita.  Kita mesti menghormati pilihan orang lain.  Kalau kita mempunyai sebab tersendiri untuk membuat pemilihan, orang lain juga mempunyai sebab mereka tersendiri dengan pemilihan mereka.  Asas dan penilaian yang mempengaruhi pemilihan mereka mungkin berbeza dari kita.  Kita kena menghormati keputusan mereka.  Jangan kita cuba mempengaruhi orang lain untuk mengikut kehendak kita sehingga melupai batas dan hakikat bahawa kita sememangnya berbeza.  Kejadian azali kita dah menunjukkan perbezaan itu.  Bak kata pepatah Melayu, 'rambut sama hitam tapi hati lain2'.  Perbezaan inilah yang menjadikan kehidupan ini penuh dengan warna warni dan kepelbagaian.  Carilah titik persamaan yang membolehkan kita bersama menjalani kehidupan ini dengan gembira dan bermakna.

Proses mengundi mengambil masa cuma hampir2 sebulan sahaja.  Janganlah perbezaan pilihan dalam tempoh yang singkat ini menjadi punca kepada persengketaan yang lama.  Bertindaklah dengan bijak dan matang.  
Selamat mengundi.