My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Saturday, July 30, 2011

Raihan - Lailatul Qadar


Hari ini adalah hari untuk melihat anak bulan Ramadhan. Esok besar kemungkinan kita akan berpuasa.

Dulu bila waktu2 begini di kampung, banyak tempat yang menjual daging lembu segar. Penduduk kampung biasanya akan membeli daging untuk dibuat hidangan sahur pertama pada bulan puasa tahun tersebut. Meriah la jugak persiapan untuk menyambut kedatangan puasa ni. Biasanya arwah ayah aku akan menjadi sibuk pada waktu begini, kerana dia seorang tukang sembelih lembu. Ada la 2 atau 3 peniaga daging lembu yang akan meminta ayah aku menyembelih lembu mereka. Aku selalu ikut ayah aku pergi ketempat peyembelihan yang paling hampir dengan rumah akau. Peniaga tu saudara aku juga. Aku biasanya mendapat layanan istmewa. Aku cakap je bahagian mana aku nak, pasti akan disediakan. Kebiasaannya hati lembu selalu menjadi rebutan. Terpaksa la saudara aku tu membahagi sedikit seorang mengikut permintaan. "Asal dapat merasa sikit sorang, jangan sampai kempunan sudah", kata2 yang selalu saudara aku tu ucapkan bila terlalu ramai yang minta nak beli hati lembu.

Pada sebelah malam pula semua menunggu siaran radio untuk mengetahui tarikh bermula puasa. Aku dulu dengar dari radio saja. Bila dah tahu, cepat2 sebarkan kepada orang ramai yang dok menunggu disurau. Mereka nak tahu kerana nak mula solat terawikh. Bulan puasa merupakan bulan ibadah. Masjid2 dan surau2 memang menjadi kunjungan ramai pada sebelah malam.

Selamat berpuasa kepada pembaca semua. Sama2lah kita mengisi bulan yang mulia ini dengan amalan.

Friday, July 22, 2011

Rabbani - Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Ini satu lagi lagu berkaitan Ramadhan. Ini lagu baru, lebih rancak. Ambilah nasihat yang disampaikan dalam lagu ini dengan hati yang terbuka. Sama2 kita berniat secara Iklhas dan melakukan amalan yang disaran agar Ramadhan kali ini akan menjadi yang terbaik untuk kita.

El-Suraya-Ramadan


Kita dah semakin hampir untuk masuk bulan Ramadhan, bulan puasa yang kita nanti2kan. Dulu2 aku selalu dengar lagu ni bila dah nak masuk Ramadhan. Ini kira lagu yang memberi peringatan bahawa bulan Ramadhan telah hampir tiba.

Umat Islam patut bersedia dari sekarang untuk menyambut kedatangan bulan mulia ini. Masa seminggu yang ada ini eloklah dimulakan dengan membiasakan diri untuk solat berjemaah dimasjid2 atau surau2, supaya bila Ramadhan tiba nanti kita tidak kekok untuk berjemaah. Sama2 kita berazam agar Ramadhan tahun ini akan lebih baik dari Ramadhan tahun lepas. Pasang niat supaya tahun ini kita dapat membaca lebih banyak al-Quran, lebih bilangan waktu solat berjemaah, lebih jumlah derma yang dihulur, tetapi kurang pula makanan yang kita bazirkan, kurang perkataan dan perbuatan sia2 yang kita lakukan. Sama2 kita bertekad agar pada bulan Ramadhan tahun ini kita akan melebih gandakan amalan murni kita dan mengurangkan seminima mungkin perbuatan yang sia2 dan dosa.

Memang tidak dinafikan dugaan dari segi juadah makanan yang tersedia pada bulan puasa ini terlalu hebat. Promosi2 jamuan buffet berbuka puasa dah heboh diiklankan. Bazar2 Ramadhan juga akan muncul dengan banyak dan mempamirkan makanan yang beraneka jenis dan mengiurkan. Inilah dugaan terbesar bagi kebanyakan orang. Pembaziran makanan sering terjadi. Sama2lah kita berazam untuk menempuhi dugaan ini dengan hati yang tabah dan cekal supaya kita berupaya mengawal nafsu kita.

Selamat manyambut bulan Ramadhan yang mulia.