My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Wednesday, February 6, 2013

Epilog Cinta Dari Bromley - Suhaimi Mior Hassan



Sebelum aku mengundur diri untuk kali ini, mari kita dengar lagu dari penyanyi yang mempunyai suara kejantanan atau husky voice yang terkenal, Suhaimi Mior Hassan.  Aku ada seorang kawan yang cukup minat dengan lagu Apabila Isteriku Tertawa nyanyian penyanyi ini.  

Pada suatu waktu dulu aku ada juga terfikir, ada ke aku akan mengalami nasib yang sama macam kisah dalam lagu ini... ada ke nanti akan  ada minah salleh akan terpikat kat aku semasa aku belajar diluar negara nanti.... 

Tapi setelah aku pergi dan kembali, rupa-rupanya tak ada pun minah salleh yang melekat kat aku... Berangan je lah... 

Deep Purple - Perfect Strangers



Ini lagu yang boleh dikatakan seangkatan dengan lagu sebelum ini.  Lagu yang popular dizaman rock dulu.  Sekarang ni dah dilabelkan sebagai classic rock.

Eagles - Hotel California



Kalau seseorang itu peminat muzik, sudah pasti mereka mengetahui lagu ini.  Tak payah nak cerita panjang.  Ini versi unplugged semasa mereka dah berumur, bukan versi asal semasa mereka masih muda.  Kalau kau ada sound system yang baik, kau akan dapat menghayati muzik lagu ini dengan berkesan.  Terbaik...

Ada juga cerita keluar dulu mengaitkan lagu ini dengan unsur-unsur negatif.  Kononnya lagu ini mempunyai unsur-unsur tak elok dan muzik serta senikata lagu ini akan menunjukkan bukti tersebut jika dimainkan secara mengundur.  Banyak juga la cerita yang tersebar.  Kalau kau orang nak tahu lebih lanjut, cuba-cubalah tanya Google... tentu ada jawapan disana yang kau boleh baca dan nilai sendiri.

Scorpions - Still Loving You



Ini kumpulan legenda muzik rock.  Memang banyak lagu-lagu kumpulan ini yang diminati ramai.  Memang aku minat kumpulan ini.  Nak cerita lagu-lagu kumpulan ini pun susah juga...banyak sangat yang aku minat.

Culture Club - Karma Chameleon



Masa dalam tingkatan lima disebuah sekolah di Kota Bharu, kawan baik aku waktu itu tak begitu pandai dalam pelajaran matematik.  Rumah dia dari sekolah tak berapa jauh dan aku selalu kerumah dia selepas sekolah.  Emak dia tahu aku berada dalam kedudukan yang lebih baik dari anak dia.  Emak dia minta aku tolong bimbing anak dia belajar, terutamanya dalam matapelajaran yang aku terror, iaitu matematik.

Berpunca dari situ, lebih kerap aku kerumah kawan aku tu.  Bila boring belajar, emak dia akan menyediakan minuman dan makanan.  Masa itu juga kami main kaset sekejap, boleh katakan waktu break.  Jadi kaset kumpulan Culture Club, penyanyi dia Boy George selalu kami pasang.  Kami minat lagu ini.  Masa itu zaman kemunculan Micheal Jackson dan Lionel Ritchie.

Modern Talking - You're My Heart, You're My Soul




Dulu semasa aku bekerja dengan sebuah syarikat pengeluar barangan elektrik dari Jepun, aku selalu gunakan CD dari kumpulan ini untuk buat demo bila nak tunjuk keupayaan sistem stereo mengeluarkan bunyi bass yang menarik.  Ada beberapa lagu dari kumpulan ini yang yang mempunyai bunyi bass yang menarik seperti Cheri Cheri Lady, You Can Win If You Want, Brother Louise dan lain-lain.

Aku mula minat lagu dari kumpulan ini semasa menaiki bas kesekolah dizaman awal sekolah menengah dulu.  Pemandu bas sekolah tu asyik pasang cartridge kumpulan ini sahaja.  Masa tu bas sekolah tu masih belum pasang kaset, guna cartridge sistem saja.

EFFA RIZAN - RASA HATI



Ini dia isteri kepada Dhahlan Zainuddin, penyanyi wanita yang mempunyai tahi lalat di tepi bibir, Effa Rizan

Kisah Seorang Biduan



Kita sambung balik cerita mengenai penyanyi Malaysia yang popular dengan pasangan masing-masing.  Artis ini, Dhahlan Zainuddin, popular dengan lagu ini.  Beliau telah berkahwin dengan seorang penyanyi wanita yang popular.