My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Thursday, October 10, 2013

Orkes Sinar Murni - Panggilan Haji



Raya Haji dah dekat.  Tapi suasana nak sambut raya ini tak terasa langsung.  Kalau mengikut Islam, hari raya haji atau raya korban ini lebih utama.  Kita boleh bertakbir dan sembelih binatang korban selama 4 hari.  Tak sama dengan hari raya puasa yang dibenarkan bertakbir dari malam sehingga sebelum solat sunat raya sahaja.  Mungkin kerana agama memandang perayaan ini penting dalam Islam, maka halangan2 dari musuh2 Islam amat kuat.  Sama2 kita cuba tukar keadaan dan tanggapan kita agar kita lebih menghormati perayaan ini.  Kita cuba mengisi sambutan hari raya ini dengan aktiviti2 yang boleh mendekatkan kita kepada yang Esa dan semoga makna sebenar pengorbanan dapat kita amalkan dalam kehidupan.

Selamat Menyambut Hari Raya Haji & Selamat melapah lembu kepada yang melakukan ibadat korban.  Sama2 juga kita berdoa agar mereka yang sedang menunaikan haji di Mekah akan mendapat haji Mabrur dan dimudahkan segala urusan.  Semoga berita mengenai banjir dipadang Arafah tidak akan menjejaskan perjalanan haji tahun ini.