My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Sunday, March 31, 2013

Quinary M - Mengapa


Quinary M, kumpulan adik beradik yang popular lewat 70'an dan awal 80'an.  Mazuin Hamzah, ialah nama yang paling popular dari kumpulan ini.  Beliau pernah berkahwin dengan adik sultan Brunei.





BEN NATHAN - Stanza Sepi Sekeping Hati


Ben Nathan, pernah popular tahun 80'an.  Dengar cerita dia telah memeluk Islam.  Tetapi entah dimana dan kenapa silapnya, beliau sekarang ini telah terbiar.  Cerita sebenar aku pun tak tahu.  Namun beliau pernah menjadi pujaan ramai peminat dengan lagu2 yang berirama jiwang sebegini.


Saturday, March 30, 2013

Jeffrydin - Mas Nona


Jeffrydin, penyanyi 60'an.  Aku amat tertarik dengan gaya tarian beliau dan gaya itu kekal dibawanya hingga kini.  Nampak macam tak penat je dia menari.  Nampak macam bahagian atas badan yang bergerak dan seakan lari setempat.  Kelakar pun ada gak.  Namun aku 'respect' dengan gaya tersendiri Jeffrydin yang menjadi trademark beliau hingga kehari ini.






M Daud Kilau - Salam Kasihku


M Daud Kilau mempunyai trademark tersendiri iaitu gaya joget gelek yang unik.  Sebab itu dia mendapat gelaran Raja Gelek Malaysia.   Antara lagu2 yang terkenal ialah 'Gila Judi', 'Cek Mek Molek' dan lain2.




Friday, March 29, 2013

Kembara - Hati Emas


Kumpulan Kembara, dianggotai oleh M Nasir, A Ali dan S Shahlan.  Mereka popular tahun 80'an.  Album pertama mereka keluar tahun 1984.  Banyak lagu2 yang popular yang mereka hasilkan.  Selepas itu mereka berpecah dan mencipta nama dengan cara tersendiri.






Tuesday, March 26, 2013

Dato' Ahmad Jais - Hidup Bukan Untuk Derita


Dato' Ahmad Jais, biduan negara.  Memang banyak lagu2 beliau yang aku minat.  Dari sekolah rendah sehingga dewasa, lagu2 beliau memang selalu aku dengar dan minati.









BOB REZAL - KUPENDAM RINDU


Bob Rezal, popular lewat 80'an.  Penyanyi ini berasal dari Acheh, Indonesia.


Zur Eda - Lama Tak Jumpa


Zur Eda seorang lagi penyanyi yang popular tahun 80'an.  Antara lagu2 yang popular selain lagu ini ialah, Kau Pelitaku, Kelmarin.




Monday, March 25, 2013

UMBRELLA - Ramalanku Benar Belaka


Lagu-lagu dari kumpulan Umbrella ini memang sedap didengar.


Bumiputra Rockers - Aku Hanya Serangga


Bumiputra Rockers (BPR), satu lagu kumpulan rock yang menempa nama lewat tahun 80'an.




Sunday, March 24, 2013

Vanilla Ice - Ice Ice Baby


Kebiasaannya penyanyi RAP adalah mereka yang berkulit hitam.  Ini merupakan penyanyi pertama RAP yang berkulit putih.  Popular tahun 1990, Vanilla Ice.

Bon Jovi - Livin' On A Prayer


Bon Jovi, kumpulan rock yang popular tahun 80'an.  Penyanyi utama kumpulan ini ialah John Bon Jovi.  Ini video muzik pertama yang aku tonton melalui rangkaian MTV semasa aku di Amerika.



Janet Jackson - Miss You Much


Janet Jackson, nama besar dalam dunia muzik antarabangsa.  Lagu ni popular tahun 1989 dan 1990.  Janet juga tidak kurang hebat berbanding dengan abang beliau, Michael Jackson.  Tarian mereka memang mengkagumkan.
Suatu ketika dahulu, Malaysia cuma mempunyai 2 rangkaian TV iaitu TV1 dan TV2, RTM.  Pada pertengahan 1984, TV3 mula keudara untuk kawasan Lembah Kelang.  Aku mula dapat mengenali dan menonton rangkaian TV khusus untuk menyiarkan video muzik iaitu rangkaian MTV bila aku berada di Amerika pada tahun 1989.  Pada waktu itu aku melanggan TV kabel yang menyediakan lebih dari 30 rangkaian untuk langganan asas.  Banyak muzik-muzik video yang menjadi tontonan aku waktu itu, termasuklah video dari Janet Jackson.  Video muzik pertama yang aku tonton kalau tak silap ialah lagu Bon Jovi, "Livin on a Prayer".

Friday, March 22, 2013

LATIFF IBRAHIM - MENGENANG DIKAU KEMBALI


Latif Ibrahim, penyanyi lagenda 70'an.  Beliau juga banyak berlakon.  Latif Ibrahim, Hail Amir dan D J Dave adalah nama yang sama-sama terkenal lewat 70'an dan awal 80'an.


Thursday, March 21, 2013

Kazar - Tiap Waktu Terluang


Kazar, popular tahun 80'an.  Kini beliau lebih dikenali dalam bidang lakonan.  Lagu beliau, Memburu Impian kerana menjadi lagu untuk filem Gila Gila Remaja.

IBNOR RIZA..berdiri seorang perindu


Ibnor Riza, popular tahun 80'an.  Beberapa tahun lepas aku berkempatan berjumpa dengan beliau dan waktu itu beliau menetap di Brunei.

  


Monday, March 18, 2013

NORSHEILA MOHD AMN - Rambu Ramba


Norsheila Amin, terkenal lewat 80'an.  Beliau sebelum itu menganggotai Kumpulan Orkestra Tentera Darat.


Sunday, March 17, 2013

STEPS..Mengapa Sepi Tanpa Berita


STEPS, kumpulan yang pernah popular tahun 80'an.



Kapilla - Dikir Rambong

Kapilla, kumpulan dari Kelantan.  Mereka lebih dikenali dengan lagu ini.  Lagu ini sebenarnya lagu Thai, tetapi telah ramai penyanyi dikir barat yang membawa lagu ini dalam bahasa Kelantan.  Kumpulan Kapilla membawa lagu ini menggukan Bahasa Malaysia.  Roy, penyanyi kumpulan ini masih aktif menyanyi lagu-lagu dikir barat.  Selain lagu ni ada juga lagu-lagu mereka yang pernah popular dulu.




Wednesday, March 13, 2013

LELA - Bidadari

Kumpulan LELA.  Zaman rock kapak.  Ini zaman awal 90'an.


Othman Hamzah - Musliha

Othman Hamzah, seorang lagi penyanyi dari Singapura yang terkenal awal 80'an.  Lagu Musliha merupakan lagu yang menaikkan nama beliau.



Tuesday, March 12, 2013

Rindu Bertandang Lagi - Hattan


Hattan mula dikenali tahun 80'an. Penyanyi rock solo. 




Saturday, March 9, 2013

Kasih Sayang Insan - Juliza Adlizan

Juliza Adlizan, menjuarai bintang RTM tahun 1983.  

MC Hammer - U Can't Touch This


M C Hammer begitu popular dengan lagu ini, penghujung 80'an.

HASLINA KAMSAN..Kalau Sudi

Haslina Kamsan atau Lina Kamsan pernah popular tahun 80'an. Aku nak bercerita pasal adik perempuan dia.  Kami sama-sama dalam program persediaan untuk keluar negara.  Memang adik dia menjadi popular dan diminati ramai.  Selepas itu aku tak dengar berita dia lagi kerana kami menyambung pelajaran keuniversiti yang berbeza.

Azlina Aziz - Wajahmu dimana-mana

Azlina Aziz, nama yang pernah popular era 80'an.  Anak kepada pasangan penyanyi yang terkenal, Normadiah dan Aziz Jaafar.



Friday, March 8, 2013

APA DAH JADI - S. M. SALIM

Tan Sri S M Salim, bekas DJ radio yang terkenal dengan lagu-lagu rentak asli, keroncong dan joget.  Ini lagu yang ada unsur-unsur RAP yang pertama di Malaysia.  Lagu-lagu beliau sering keudara melalui siaran radio Malaysia suatu waktu dahulu.  Ramai artis terkenal Malaysia yang pernah berduet dengan beliau.







Apo nak Di kato - Blues Gang



Blues Gang, memang terkenal tahun 80'an dulu.  Mereka terkenal dengan lagu-lagu irama blues.  Masa aku dengar lagu ini, aku rasa teringin sangat nak pergi ke tempat-tempat yang disebut dalam lagu ini.  Teringin nak kenal Kuala Pilah, Port Dicson dan Seremban.  Beberapa tahun yang lepas, aku berkesempatan singgah makan cendol disebuah gerai cendol yang terkenal di Seremban.  Gerai ini terkenal kerana kita boleh tambah cendol sebanyak yang kita inginkan dan kerana tuan punya gerai ini suka bercerita.  Banyak kisah-kisah asal usul sesuatu tempat yang dia boleh ceritakan.  Masa aku disana hari tu, dia bercerita tentang asal usul Seremban.  Kalau kau orang nak tahu cerita lanjut, cuba-cubalah singgah di gerai cendol Dawi, yang terletak di jalan Seremban ke Rembau, berdekatan kem tentera, selepas cabang ke Kuala Pilah.  Betul ke tidak cerita dia, kau kena nilai sendiri.








Black Dog Bone - Khayalan

Black Dog Bone, memang popular tahun 80'an.  Kumpulan ini dari Singapura.  Ini lagu terkenal mereka.  Banyak lagi lagu-lagu lain yang popular dari kumpulan ini.  Mereka juga membawa lagu saduran, lagu irama popular dari barat dan diubah senikata.  Cuba dengar lagu dibawah ini.  Dapat teka lagu asal?  Tak apa, yang penting lagu ini best.