My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Saturday, July 30, 2011

Raihan - Lailatul Qadar


Hari ini adalah hari untuk melihat anak bulan Ramadhan. Esok besar kemungkinan kita akan berpuasa.

Dulu bila waktu2 begini di kampung, banyak tempat yang menjual daging lembu segar. Penduduk kampung biasanya akan membeli daging untuk dibuat hidangan sahur pertama pada bulan puasa tahun tersebut. Meriah la jugak persiapan untuk menyambut kedatangan puasa ni. Biasanya arwah ayah aku akan menjadi sibuk pada waktu begini, kerana dia seorang tukang sembelih lembu. Ada la 2 atau 3 peniaga daging lembu yang akan meminta ayah aku menyembelih lembu mereka. Aku selalu ikut ayah aku pergi ketempat peyembelihan yang paling hampir dengan rumah akau. Peniaga tu saudara aku juga. Aku biasanya mendapat layanan istmewa. Aku cakap je bahagian mana aku nak, pasti akan disediakan. Kebiasaannya hati lembu selalu menjadi rebutan. Terpaksa la saudara aku tu membahagi sedikit seorang mengikut permintaan. "Asal dapat merasa sikit sorang, jangan sampai kempunan sudah", kata2 yang selalu saudara aku tu ucapkan bila terlalu ramai yang minta nak beli hati lembu.

Pada sebelah malam pula semua menunggu siaran radio untuk mengetahui tarikh bermula puasa. Aku dulu dengar dari radio saja. Bila dah tahu, cepat2 sebarkan kepada orang ramai yang dok menunggu disurau. Mereka nak tahu kerana nak mula solat terawikh. Bulan puasa merupakan bulan ibadah. Masjid2 dan surau2 memang menjadi kunjungan ramai pada sebelah malam.

Selamat berpuasa kepada pembaca semua. Sama2lah kita mengisi bulan yang mulia ini dengan amalan.