My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Monday, February 11, 2013

Tracy Chapman - Fast Car



Fast car... layan lagu sambil memandu, ada ketika aku memandu laju la juga, mengembara di Amerika.  Disana aku pelajari beberapa petua.  Kalau nak elak dari kena saman speed trap, kita kena memandu dibelakang orang yang laju.  Kita sentiasa ikut je pemandu laju dihadapan kita.  Pastikan kita berada dalam kedudukan ke 2 atau ke 3.  Bila ada speed trap kebiasaannya kenderaan pertama sahaja akan disaman.  Kenderaan ke 2 dan seterusnya akan lepas.  Kau tentu bertanya kenapa.  Jawabnya kerana kereta peronda polis yang membuat speed trap tu sebuah sahaja.  Bila polis tu dah dapat bacaan kereta pertama, dia akan kejar dan tahan kereta tersebut untuk saman.  Bacaan pada meter speed gun dia akan dijadikan bukti.  Jadi polis cuma boleh baca 1 kereta sahaja kerana polis pun 1 kereta.  Kalau ada 2 kereta polis, kereta ke 2 yang laju akan turut disaman.  Kebiasaannya polis 1 kereta je, jarang sangat jumpa yang 2 kereta.  Aku selalu lepas walaupun bawa laju, kerana aku pastikan aku ikut kereta yang lebih laju.  Pernah aku memandu melalui lebuhraya merentasi bandar Miami.  Had laju standard ialah 65 batu sejam, tapi aku pandu 90 batu sejam pun masih banyak kereta yang overtake aku.  Tu kira dikawasan bandar.  Bila keluar je kawasan bandar, ada kereta peronda yang tahan.  Pelik juga aku, dalam bandar boleh bawa laju. 

Disana lain daerah, lain polis, dan lain penguatkuasaan undang-undang.  Kalau kena saman laju di New York, kena bayar saman on the spot.  Tapi boleh bayar guna kredit kad.  Masa tu la... sekarang aku tak tahu pulak sistem dan berubah ke belum.


Sinéad O'Connor - Nothing Compares 2U



Cukup popular lagu ni pada tahun 1989.

Europe - The Final Countdown



Lupa pulak aku nak letak lagu ini pada awal tahun baru lalu.  Lagu yang sering dimainkan pada penghujung tahun.


Starship - "Nothing's Gonna Stop Us Now"



Klasik... aku minat lagu ini.

Heart - Alone



Ada beberapa lagu dari kumpulan ini yang aku minat.  Lagu yang pernah menjadi teman semasa aku memandu diwaktu kawan-kawan sedang lena didalam kereta sewaktu mengembara dibumi Amerika.  Bila ada kesempatan aku selalu mengembara melihat alam yang berlainan dari tempat kita.  Aku letak dua lagu dari kumpulan ini.

Search-Isabella



Lagu rock yang paling popular.  Bermula dari 80'an sehingga sekarang.  Memang power suara Amy dan dia menjadi idola rockers pada masa itu.  Bukan setakat itu saja, gaya mereka berpakaian juga menjadi ikutan.  Pernah ada krisis suatu ketika dahulu apabila Search tidak dibenarkan keluar TV kerana gaya penampilan mereka.  Menteri Penerangan waktu itu minta mereka potong rambut sebagai syarat untuk keluar TV.  Dah tentu kecoh isu tersebut kerana mana mungkin rockers akan mengubah gaya penampilan mereka.  Akhirnya mereka tampil dengan gaya rambut diikat.

Apa yang pasti, keupayaan Amy untuk menyanyi dalam nada tinggi, bila dia tarik..... memang tersendiri.  Tak hairan lah sampai sekarang Amy masih diminati dan popular.  Idola dari zaman rock kapak sehingga sekarang.

Memang banyak lagu-lagu dari kumpulan Search yang popular.  Kau orang tentu mempunyai lagu yang kau suka.




MEDICINE-TIKA DAN SAAT INI



Ini zaman rock kapak.  Lagu popular pada tahun 1987, ketika itu kemunculan kumpulan rock begitu banyak sekali seperti Search, Lefthanded, Wings dan lain-lain lagi.  

Kumpulan Medicine ini dari Ipoh, dan anggota kumpulan ini bekerja di hospital Ipoh.  Sebab itu nama kumpulan mereka Medicine.  Zaman tu style kaki seluar kecil, rambut panjang.  Masa tu aku sedang belajar, mana boleh simpan rambut panjang.  Aku simpan je hasrat hati nak berambut panjang.  Bila aku dah sampai di Amerika, aku memang simpan rambut panjang.  Sampai juga hasrat aku nak berambut panjang.  Sempat juga aku ambil gambar sebelum aku potong pendek rambut aku tu.  Tak boleh la aku nak tunjuk kat sini.  Apa yang penting, aku dah capai hasrat aku nak berambut panjang.