My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Wednesday, July 31, 2013

P Ramlee - Dendang Perantau



Hari Raya Idil Fitri 1434H semakin hampir.  Lagu2 raya dan sering kedengaran dimainkan diradio2 tempatan.  Memang tidak dapat dinafikan bahawa lagu2 Raya lama masih menjadi minat ramai.  Mungkin kerana irama, senikata dan kemerduan suara penyanyinya menjadikan lagu2 Raya klasik menjadi evergreen dan everlasting sepanjang zaman.  Mungkin juga kerana lagu2 Raya lama mempunyai "jiwa" tersendiri.

Lagu popular dendangan P Ramlee ini mempunyai kenangan yang tersendiri kepada aku kerana inilah satu2nya lagu yang membuatkan aku menitis air mata sedih semasa aku menyambut Hari Raya Idil Fitri yang pertama berjauhan dari keluarga.  Masa itu aku berada di Madison, Wisconsin, USA dan menyambut hari Raya pertama disana.  Kawan serumah aku memasang kaset pada malam Raya kerana rasanya kesemua rakan serumah aku berada dalam mood sedih.  Untuk menutup rasa malu dan menghilangkan rasa sedih, aku keluar merayau seorang diri dalam kedinginan salji.  Selepas beberapa ketika, aku pulang dan menyibukkan diri dengan memasak nasi himpit berserta kuah kacang.  Dalam segala kekurangan peralatan yang ada, aku menggunakan periuk nasi elektrik dan beberapa buah buku rujukan pelajaran yang tebal dan berat, akhirnya aku berjaya menyediakan hidangan nasi himpit beserta kuah kacang pada pagi hari Raya.