My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Wednesday, April 3, 2013

Hail Amir - Kau Datang Lagi Dalam Fikiranku


Hail Amir, cukup popular tahun 70'an dan 80'an.  Bila sebut Hail Amir dengan sendiri teringatkan Uji Rashid kerana mereka merupakan pasangan duet yang serasi.  Disini aku tampil lagu2 Hail Amir yang pernah menjadi pujaan suatu ketika dahulu.

Mari Mengundi

Hari ini, 3hb April 2013, pengumuman mengenai pembubaran Parlimen telah dilakukan oleh Perdana Menteri.  Ini bermakna dalam masa yang terdekat, tarikh penamaan calon dan hari mengundi akan diumumkan.  Rakyat diberi peluang sekali lagi untuk memilih pemimpin atau kerajaan yang mereka suka.
Pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya umum kali ke 13.  Secara peribadi, pilihanraya ini akan merupakan kali ke 4 aku mengundi.  Aku terlepas peluang mengundi pada tahun 1990 kerana ketika itu aku berada diluar negara dan pada tahun 1995 kerana aku tak balik kampung untuk mengundi.  Masa itu aku mendaftar undi di kampung.  Aku mula mengundi pada tahun 1999.  Aku mengubah tempat mengundi kerana seorang kawan aku pernah berkata, "tak payah la kau nak balik undi kat kampung kerana kau tak tinggal menetap disini lagi.  Biar kami yang menetap disini menentukan pemimpin kami.  Kau undilah pemimpin tempat kau tinggal kerana kau tahu apa yang perlu untuk tempat kau".
Gunalah kesempatan yang ada untuk memilih pemimpin yang kita suka dan mampu mejadi pemimpin yang baik.  Buatlah pilihan yang terbaik mengikut pandangan sendiri dengan menilai ciri-ciri yang kita kehendaki.