My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Friday, September 27, 2013

Endang S Taurina - Rinduku Tiada Yang Tahu



Kita layan lagu2 dari penyanyi Indonesia yang pernah mewarnai dunia seni muzik di negara kita pada tahun 80'an.  Ini lagu2 dari Endang S Taurina.

Monday, September 23, 2013

M. Sani - Rindu Hatiku Tidak Terkira



Kita layan lagu dari seorang lagi penyanyi 70'an, M Sani.  Nama sebenar beliau ialah Md. Sani Bin Abu Yamin dan merupakan Juara Bintang RTM 1971.



Lain2 lagu dari M Sani:-
  1. Tiada Esok - https://www.youtube.com/watch?v=wZoGIOH4ciQ
  2. Pasangan Bahagia (Duet dengan Sharifah Aini) - https://www.youtube.com/watch?v=hitWaYrLfu4
  3. Sedih Sekelip Mata - https://www.youtube.com/watch?v=dXx_RE6iILs
  4. Hidup Hanya Sementara - https://www.youtube.com/watch?v=kZlyM-yFQaQ

Thursday, September 19, 2013

A.Rahman Onn - Cincin Emas



Kita layan lagu 60'an dari A Rahman Onn.  Beliau berasal dari Johor Bahru dan diiringi kugiran The Strangers.  Lagu beliau yang paling popular ialah 'Si Cincin Emas'.  

Thursday, September 12, 2013

Mike Ibrahim & The Nite Walkers - Kampung Halaman



Mike Ibrahim & The Nite Walker.  Mike Ibrahim berasal dari Singapura manakala kumpulan The Nite Walker berasal dari Johor Bahru.  Mereka popular diawal 70'an.


Untuk mendengar lagu2 lain, sila klink link berikut :
  1. Lagu "Chok Chok Kundong" - https://www.youtube.com/watch?v=zKZPTkS1em4
  2. Lagu "Bang Selebu" - https://www.youtube.com/watch?v=9LhRcOdFaMM
  3. Lagu "Kenangan Masa Lalu" - https://www.youtube.com/watch?v=Nr-OhWr0K8k

Sunday, September 8, 2013

Queen - I Want To Break Free



Queen, kumpulan rock yang berasal dari London, England yang ditubuhkan pada tahun 1971.  Dianggotai oleh Freddie Mercury (penyanyi utama & piano), Brian May (gitar & penyanyi), John Deacon (bass gitar) dan Roger Taylor (drum & penyanyi).  Pada tahun 1991, Freddie Mercury menjadi penyanyi pertama yang secara berani telah mengadakan sidang akhbar untuk menyatakan pengakuan bahawa beliau mengidap penyakit AIDS.  Beliau meninggal pada penghujung tahun 1991.


Saturday, September 7, 2013

Hang Mokhtar - Ayoyo Samy



Hang Mokhtar mambawa lagu2 yang berkaitan isu2 semasa dan realiti kehidupan.  Beliau popular pada tahun 1987 dengan lagu 'Ayoyo Samy', lagu yang menyindir tentang bayaran tol.  Antara lagu lain yang menjadi ingatan ramai dari nyanyian beliau ialah 'Kocik Kocik Jaga Kerbau' (ada aku letak dalam post terawal).  Beliau kurang mendapat liputan dari media2 utama negara, mungkin kerana lagu2 yang dibawanya mempunyai unsur2 sindiran mengenai realiti kehidupan.  Beliau mempunyai mini studio sendiri dirumah untuk merakamkan lagu2 beliau.

Friday, September 6, 2013

Salih Yaccob - Gali Lubang Tutup Lubang



Salih Yaacob, berasal dari Sungai Besar, Selangor, seorang artis yang serba boleh.  Bermula sebagai seorang penyanyi dan pelakon komedi, beliau sekarang ini lebih dikenali melalui bidang lawak dan DJ radio.  Karier seni beliau bermula sebagai penyanyi dan penari di Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 1980.  Selepas itu beliau menyertai kumpulan Orkestra Tentera Darat (OTD).  Karier beliau memuncak selepas berhenti dari OTD dan disamping menyanyi beliau juga turut berlakon.  

Thursday, September 5, 2013

Mr Os - Durian



Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof bin Abdul Hamid, salah seorang pelakon dan pelawak yang pernah menjadi penyanyi.  Mr Os mula melibatkan diri dalam dunia seni sebagai pelakon pada tahun 1986.   Mr Os ialah seorang artis yang kuat memperjuangkan penggunaan bahasa loghat Perak.  Ini adalah kerana beliau berasal dari Kuala Kangsar, Perak.  Mr Os yang sentiasa bersikap merendah diri dan peramah memilih kerjaya duta kecil (pemandu teksi) sebagai pekerjaan utama beliau.  

Wednesday, September 4, 2013

R Azmi - Memikat Hati



Lagu2 klasik dari R Azmi, penyanyi era 50'an.  Nama sebenar beliau ialah Raja Azmi Raja Ambiah, dilahirkan di Kuala Kangsar pada tahun 1923 dari keturunan kerabat diraja Perak.  Namun beliau memilih untuk menjadi rakyat biasa dan bergiat dalam bidang seni sebagai penyanyi.  Beliau meninggal pada tahun 1974.

Tuesday, September 3, 2013

Scorpions - Wind Of Change



Scorpions, lagenda rock klasik.  Scorpions ditubuhkan di Jerman pada tahun 1965 dan masih aktif sehingga kini.  Mereka mula dikenali ramai pada tahun 1980 melalui lagu "Rock You Like A Hurricane".

Monday, September 2, 2013

Carpenters - Yesterday Once More



Kita layan lagu2 klasik dari Carpenters.  Lagu2 era 70'an.  Carpenters adalah kumpulan dua adik beradik, iaitu Karen & Richard Carpenter.  Kumpulan ini berakhir apabila Karen meninggal dunia pada tahun 1983 semasa berusia 32 tahun.