My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Thursday, February 28, 2013

Junainah M Amin ~ Ku Sayang Padamu



Lagu-lagu tahun 80'an.


Tetty Kadi - Siapa Pernah Jatuh Cinta



Lagu yang pernah menjadi nyanyian akau suatu waktu dahulu.  Best kan lagu ni...

Siti Fairuz - Bila Rindu Kusebut Namamu



Popular tahun 80'an.  Sayu masa tu dengar lagu ini.



Pak Pandir - Yang Remeh Temeh



Pak Pandir, dengan lagu-lagu yang mempunyai lirik yang membawa maksud yang tersirat.  Elok didengar pada waktu begini, waktu orang ramai sedang didalam penantian dan teka teki.


SENSATION - The Fan Club (Aishah & Paul Moss)



Lagu yang memperkenalkan Aishah kedunia hiburan tanah air.  Aishah sedang belajar di New Zealand waktu itu.  Selepas itu nama Aishah mula dikenali dan beliau menyanyi secara solo.



Chris Isaak - Wicked Game



Lagu yang diminati ramai satu ketika dulu.

Milli Vanilli- Girl, I'm gonna Miss You



Lagu ini pernah popular tahun 1989.  Tapi popularitinya tak kekal lama.  Ramai yang pelik kerana mereka berdua ini dapat menyanyi dengan baik tetapi mempunyai masalah apabila bercakap.  Mereka tidak begitu fasih berbahasa Inggeris.  Akhirnya rahsia mereka terbongkar bahawa mereka cuma mimik mulut sahaja.  Akhirnya kumpulan ini terus lenyap.  Penyanyi sebenarnya ialah seorang lelaki kulit putih.


Wednesday, February 27, 2013

Shima - Teringin



Shima, suara seakan-akan Ella.  Popular dengan lagu ini, "Teringin".  Shima dan Ella dulu pernah bersama kumpulan The Boys.  Ella dulu popular dengan lagu "Dua Insan Bercinta" bersama The Boys, lepas tu Ella menyanyi solo, Shima pulak ganti.




Zaiton Sameon - Menaruh Harapan



Zaiton Sameon, terkenal dengan lagu ini.  Namun populariti beliau tak bertahan lama kerana beliau terlibat dalam kemalangan kereta dan terus tidak berupaya untuk menyanyi semula selepas itu.  Banyak cerita mengenai kesengsaraan beliau disiarkan suatu ketika dahulu.  


Jay Jay (Carefree) - Rindu Bayangan



Jay Jay, beliau bersama kumpulan Carefree, terkenal dengan lagu ini, Rindu Bayangan.  Lepas itu Jay Jay menyanyi solo.




Sunday, February 24, 2013

Uji Rashid - Penawar Di Hati



Penutup sesi kali ini kita dengar suara merdu Uji Rashid.  Untuk orang yang sedang sakit.

Semakin Rindu Semakin Sayang - Dayangku Intan



Dayangku Intan, pernah popular tahun 80'an.  Tentu ramai yang masih ingat dengan lagu ini.

SEKADAR DIPINGGIRAN - FRANCISCA PETER



Penyanyi wanita bukan Melayu yang cukup popular dengan lagu-lagu Melayu.



KENNY.REMY & MARTIN..suratan atau kebetulan (1986)



Kenny, Remy & Martin, kumpulan bukan Melayu yang popular tahun 80'an.




Don Henley- The End Of The Innocence



Don Henley, penyanyi kumpulan Eagles yang terkenal dengan lagu Hotel California.  Lagu ini popular pada thaun 1989.

Saturday, February 23, 2013

Bad English - When I See You Smile



Kuasa senyuman.  Senyum itu sedekah, selalulah senyum kerana senyuman menceriakan orang sekeliling kita.  

Masih ramai peniaga-peniaga kita yang payah nak senyum, apatah lagi mengucapkan ucapan terima kasih.  Satu perangai yang baik dikalangan orang Amerika ialah mereka menghargai sumbangan orang lain dengan memberi ucapan penghargaan terima kasih.  Berbagai cara mereka lakukan, contohnya apabila kapalterbang selamat mendarat, mereka menepuk tangan tanda penghargaan kepada pilot dan pekerja kabin; selepas menonton wayang, mereka tepuk tangan penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan filem.  Mereka sentiasa mengucapkan perkataan terima kasih.  Kenapa tidak kita amalkan perkara yang baik ini?

Senyum dan ucaplah terima kasih selalu.

Debbie Gibson - Lost In Your Eyes



Popular tahun 1989.


38 Special - Second Chance



Popular tahun 1989.

J Mizan - Tiada Jalan Kembali



70'an, J Mizan antara nama tersohor dalam bidang nyanyian.  Unik suara dia.





Zaleha Hamid & Aziz Ahmad - Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku



Lagu duet popular 80'an.

Malik Ridzuan - Cukup Sampai Di Sini Sayang



Seorang lagi penyanyi yang popular dengan lagu-lagu jiwang.  Antara koleksi lagu-lagu yang aku sering dengar masa aku dikampung dulu.  Waktu tu aku bersama kawan-kawan sekampung selalu berborak kosong diwaktu malam ditepi sungai.  Sambil tu pasang radio dan dengar lagu-lagu yang popular zaman 80'an.



Shidee - Sayang Semuanya Sudah Terlambat



Shidee, popular dengan lagu-lagu jiwang.  Suara dia tersendiri.




Friday, February 22, 2013

MEMORI DAUN PISANG - Iwan & Amelina



Beberapa lagu duet Amelina dan Iwan.  Amelina menghilang terus dari pentas nyanyian, manakala Iwan pula bertukar penampilan dan berdakwah melalui lagu.


Amelina - Yang Indah Yang Hangat



Amelina pernah popular dengan lagu-lagu dangdut.  Dia juga terkenal sebagai pasangan duet dangdut dengan Iwan.  Tetapi beliau terus menghilangkan diri sejak beberapa tahun yang lalu.  Kisah lanjut mengenai Amelina memang jarang disiarkan.



Mengemis Rindu - Noraniza Idris



Pada awalnya, penyanyi ini  dikenali dengan lagu berentak begini, lagu berentak Belada (satu istilah digunakan dahulu), atau lagu jiwang la istilah senang guna.  Pada penghujung 90'an saja beliau mula fokus kepada lagu rentak Irama Malaysia.






What a wonderful world - LOUIS ARMSTRONG.


Lagu klasik yang popular.  Cuba dengar sebutan perkataan yang diucapkan, jelas dan nyata.

Frank Sinatra - My Way



Penyanyi lagenda, Frank Sinatra.  Aku telah acap kali mendengar lagu ini dinyanyikan semasa pertandingan karaoke jamuan makan tahunan syarikat-syarikat.  Kebiasaannya mereka yang dah ber"pengalaman" dapat menyanyikan lagu ini dengan baik.  Cuba dengar dengan teliti, setiap perkataan disebut dengan jelas.  Itu trend penyanyi zaman dahulu.

Foreigner - 'I Want To Know What Love Is'



Lagu yang menarik.



Lina - Dato' Shake



Dato' Shake, penyanyi dari Johor yang mencipta nama di Perancis, menyanyikan semula lagu-lagu popular beliau yang telah diubah senikata ke bahasa Melayu.  Masih popular sampai sekarang dan beliau memang menetap diluar negara.  Lagu-lagu beliau cukup popular.





Monday, February 18, 2013

Gloria Estefan - Don't Wanna Lose You



Gloria Estefan & Miami Sound Machine.


Harun Salim Bachik - Banjir



Harun Salim Bachik, pernah menyanyi, berlakon dan sekarang terkenal sebagai pelawak.  Ini lagu bencana banjir.  Semalam, 18 Februari 2013, kawasan Puchong, berdekatan simpang bertingkat LDP dan IOI Mall dilanda banjir kilat.  Hujan yang lebat menyebabkan air naik terlalu cepat dan longkang yang ada tak mampu untuk menyalurkan air yang banyak.  Bersabar lah kepada mangsa yang terkena tragedi ini.

Awal 80'an, kawasan sekitar kampung aku kena banjir.  Kampung aku terselamat kerana terletak dikawasan tinggi berbanding dengan kawasan sekitar.  Banjir berpunca dari hujan lebat selama beberapa hari; air tak dapat mengalir masuk ke sungai Kelantan kerana air dari sungai Kelantan sendiri melimpah melepasi tebing.  Jarak rumah aku ke tebing sungai Kelantan tak sampai satu batu pun.  Kejadian banjir berterusan selama 3 hingga 4 hari.  Aku dan kawan-kawan seronok meredah air banjir.  Ada juga kami menolong menolak kenderaan yang tersangkut dalam banjir.  Kawasan air yang merentasi jalan raya, tapi tidak lah terlalu dalam, kami redah dengan motosikal berulang kali.  Seronok pula menunggang motosikal merentasi air.  Ada juga kami menaiki lori untuk menolong mangsa berpindah.  Surau kampung aku dijadikan tempat pemindahan banjir.

Razis Ismail - Kepulangan



Razis Ismail, gaya suara tersendiri.




Cinta Kristal - Rahim Maarof



Rahim Maarof, penyanyi rock solo yang mencipta nama dizaman kegemilangan kumpulan-kumpulan rock pada lewat 80'an.  "Salute" untuk beliau.  Aku sering kali terserempak dengan beliau semasa membeli juadah untuk berbuka di satu pasar Ramadhan di Petaling Jaya.


Bubbles - Impian Hampa



Lagu-lagu popular awal 80'an kebanyakannya lagu-lagu yang jiwang (terma dulu-dulu).  Lagu-lagu yang bersenikata sedih dan mendayu.  

Dwen - Suatu Waktu Dahulu



Dwen adalah penyanyi dari Brunei.



Aman Shah - Asmara Terkenang



Aman Shah, popular awal 80'an.  Beliau terkenal dengan gelaran penyanyi lelaki yang memiliki tahi lalat paling banyak di muka.


Paula Abdul - Straight Up



Masa lagu ini menduduki tempat pertama senarai carta lagu di Amerika, tahun 1989, aku selalu menonton video klip lagu ni di MTV.

Tina Turner - Simply The Best



Seorang penyanyi yang bertenaga.



Kau Pergi Jua - Adam Ahmad



Irama sedih era 80'an.

APA DAH JADI - S. M. SALIM



Lagu berentak rap irama Malaysia yang pertama, setuju tak?

Lagu ini best...irama yang menarik.


XPDC - C.I.N.T.A



Masa lagu ini keluar, aku tak ada dalam negara.  Aku cuma tahu lagu ini dari seorang kawan yang balik ke Malaysia semasa percutian musim panas.  Apabila dia kembali semula ke Amerika, dia berkata "Sekarang ni ada lagu yang mengajar mengeja sedang popular di Malaysia".  Aku dan kawan-kawan yang mendengar percakapan beliau terpinga-pinga tidak memahami apa yang beliau maksudkan.  Persoalan yang bermain dikepala kami semua akhirnya terjawab apabila dia mengeluarkan kaset yang dia bawa dan kami sama-sama mendengar lagu ini.  Pada permulaan tu rasa kelakar juga mendengar lagu ini.  Slepas itu aku tak dengar lagi lagu ini sehinggalah aku kembali ke Malaysia.

Ketika itu perhubungan melalui internet belum ada.  Namun begitu kami di universiti ditempat itu masih beruntung kerana kami boleh membaca suratkhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian yang sampai lewat 2 minggu.  

Sunday, February 17, 2013

MIMPI YANG TAK SUDAH - IBNOR RIZA



Ibnor Riza, polpular tahun 80'an

TOM JONES - DELILAH



Ini suara power Tom Jones.  Lagenda muzik.






Najib Hanif - Demi Cinta Ini



Najib Hanif, penyanyi era 80'an yang dikatakan memiliki suara seakan-akan Tom Jones.

Herman Tino - Ojo Kesandung



Aku hormat penyanyi ini.  Aku tak faham pun bahasa jawa, tapi lagu ni sedap didengar.  Lebih kurang maksud lagu ini ialah, (aku dapat dari YouTube gak terjemahannya):-

"Jangan tersepak batu jalan
orang muda mesti orang cari
muka cantik mesti ramai yang tunggu
janda dan gadis sama saja
kalau lelaki perempaun cantik di pilih
terima aja apa yang di beri oleh Allah"

Ini ada beberapa lagu lain yang aku minat mendengarnya, lagu berbentuk nasihat.

Ramlah Ram - Diam Diam Jatuh Cinta



Ramlah Ram, masih lagi aktif dan popular dengan lagu baru.  Disini beberapa lagu beliau yang pernah popular sekitar 80'an.



BUNGA TANJUNG - SHARIFAH AINI



Memang power suara Kak Pah.  Aku membesar dengan lagu-lagu dia.


Gaya Zakry - Bunga Mawar



Gaya Zakry.  Lagu bunga Mawar ni selalu juga aku nyanyikan.



Gigi Villa - Kelembutan



Gigi Villa, seorang penyanyi dari Filipina yang menyanyikan lagu-lagu Melayu.  Bila terkenangkan penyanyi ini, aku cuba teringat kepada 2 lagu ini sahaja.  Seingat aku dia cuma sempat merakam 1 album bahasa Melayu sahaja.



BERITA KEPADA KAWAN - EBIET G.ADE



Penyanyi lagu-lagu berbentuk puisi dari Indonesia yang cukup terkenal.

KOPRATASA-masihkah kau ingat



Kopratasa ialah kumpulan yang menyanyi lagu-lagu dari puisi.  Mereka mempopularkan puisi-puisi nukilan karyawan terkenal kepada pendengaran orang ramai.



PENANTIAN - HARMONI



Kumpulan Harmoni, penyanyi Zubir Ali, juga seorang pencipta lagu dan piusi.  Lagu-lagu dari puisi-puisi mendapat sambutan satu ketika dulu.

Lagu Zubir Ali mengenai kekejaman Yahudi di khemah pelarian Shatila mendapat sambutan dari orang ramai. Di sini sengaja aku letakkan lagu Belada Seorang Gadis Kecil berserta sarikata dalam Bahasa Inggeris.

poco-poco original



Dulu popular lagu dan tariannya.  Selepas ada pendapat yang melarang nyanyian ini, ianya semakin hilang dari pendengaran.

Iwan - Yang sedang-sedang saja



Kalau kita selalu dengar lagu-lagu Melayu (banyak lagu Dikir Barat yang aku selalu dengar) mengambil rentak lagu Hindustan dan mengubah lirik kepada Bahasa Malaysia, kali ini ada sesuatu yang berlainan.  Pernah keluar cerita duhulu bahawa lagu dangdut nyanyian Iwan ini telah diambil oleh filem Hindustan.  Dengar kata Iwan menang dalam kes tuntutan beliau.

Tujhe Dekha To Ye Jaana Sanam



Shah Rukh Khan...nama besar yang tak perlu diulas lanjut.


Main Shayar To Nahin - Bobby



Filem popular tahun 70'an.  Dulu aku tengok wayang gambar pacak cerita ni.  Lagu-lagu dalam filem ni memang cukup popular.  

Saturday, February 16, 2013

New Kids On The Block - Step By Step



NKOTB, ringkasan nama kumpulan ini.  Aku tak minat sangat dengan kumpulan ini.  Kebanyakan peminat kumpulan ini ialah remaja perempuan.  Apa yang aku ingat mengenai kumpulan ini ialah apabila mereka datang mengadakan konsert ke tempat aku belajar dulu.  Pertama kali aku melihat betapa peminat-peminat mereka sanggup bermalam dikawasan sekeliling bangunan pusat membeli belah dan tempat letak kereta, semata-mata untuk mendapat tempat terawal untuk membeli tiket konsert kumpulan ini. 

Seminggu sebelum konsert diadakan, jualan tiket telah dibuka.  Pada malam sebelum kaunter tiket dibuka, orang ramai telah beratur bermula dipintu masuk ke pusat membeli belah dimana kaunter tiket akan dibuka keesokan harinya.  Hari itu hari Jumaat dan tiket akan mula dijual pada hari Sabtu.  Waktu itu cuaca agak sejuk walaupun dah bermula musim panas.  Kebanyakan yang beratur adalah remaja perempuan dan mereka tidur disitu dengan menggunakan sleeping bags dan khemah.  Pada mulanya aku tak percaya bila seorang kawan aku yang baru balik dari pusat membeli belah tersebut bercerita mengenai keadaan itu.  Aku ajak dia kesana untuk menyaksikan sendiri keadaan tersebut.  Dengan memandu kereta sendiri, aku dan kawan aku kesana.  Waktu itu lebih kurang jam 10 malam.  

Apa yang dapat aku lihat ialah begitu ramai peminat-peminat fanatik NKOTB bermalam disitu dengan secara berbaris mengikut susunan baris yang diatur oleh pihak keselamatan bangunan tersebut.  Barisan bermula didepan pintu masuk, mengelilingi kaki lima bangunan dan keluar kekawasan tempat letak kereta.  Ada aku nampak beberapa ibu bapa yang datang membawa makanan kepada anak-anak mereka.  Ada yang memasang lilin dan duduk berkumpul mengelilingi lilin sambil menyanyi. Ada juga yang telah berbaring dalam sleeping bag.   Meriah juga suasana disitu waktu itu.

Aku dapat tahu bahawa tiket untuk konsert tersebut habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja selepas kaunter dibuka.  Memang hebat pengaruh kumpulan ini pada waktu itu.

Fine Young Cannibals - She Drives Me Crazy



Ada sesiapa ingat kumpulan ini.  Fine Young Cannibals (FYC), popular lewat 80'an.


Roxette - It Must Have Been Love



Ingat lagi filem Pretty Woman lakonan Richard Gere dan Julia Roberts.  Ini salah satu dalam filem tu.  Lagu ini memang dah popular sebelum itu.  Roxette adalah kumpulan penyanyi dari Sweden.

Belinda Carlisle - Heaven Is a Place on Earth



Antara lagu-lagu yang aku selalu dengar semasa aku masih belajar.

  

Bangles Manic Monday



Masih meminati lagu ini.  Banyak lagu dari kumpulan Bangles yang aku minat.

Laura Branigan - Self Control



Lagi lagu era 80'an


Lionel Richie - Hello



Top tahun 1984.  Sezaman dengan masa Micheal Jackson popular dengan lagu Beat It.


Billy Ocean-Get Out Of My Dreams



Tahun 1984, selalu aku dengar lagu ni.


Thursday, February 14, 2013

Rosemaria Hamid - Kisah-Kisah Masa Lalu



Penyanyi ini dah lama tak kedengaran.  Muncul dari program Bintang RTM tahun 80'an

KITARO - Matsuri



Best...

Tom Petty - I Won't Back Down



Tom Petty.  Aku selalu dengar masa belajar dulu.  Jangan putus asa, jangan mengaku kalah, tetapkan pendirian.




Sanisah Huri Semenjak berjauhan



Aku memang suka dengar suara Sanisah Huri.  Kalau kau orang perasan, banyak lagu-lagu dia dalam blog ni.


dan juga lagu ni:-


Ku Ingin Selalu Di Sampingmu - Uji Rashid



Kita kembali semula mendengar lagu-lagu dari penyanyi Malaysia.

Broery Marantika - Widuri



Penyanyi lelaki dari Indonesia yang cukup popular.  Sezaman dengan waktu Sharifah Aini, Hail Amir, D J Dave, dan lain-lain lagi.  Dia pernah berduet dengan Sharifah Aini.

Lagu ini, seiring sejalan, ada kenangan untuk aku.  Aku menang hadiah acara mimik bibir dengan lagu ini semasa majlis jamuan makan malam syarikat.  Aku menari dengan memakai rambut afro style lagi masa tu.

D'lloyd - Cinta Hampa ... (dan lain-lain)



Pada pendapat aku, kumpulan Indonesia yang paling popular di Malaysia ialah D'lloyd.  Mereka mempunyai cukup ramai peminat tegar disini.  Penyanyi utama kumpulan ini, Sam, telah meninggal dunia pada bulan Jun 2012.  Dia masih bujang ketika meninggal dunia dan dikatakan (cerita gossip) dia tidak kahwin kerana kecewa tidak dapat berkahwin dengan kekasih hati beliau dari Malaysia.  Kerana itu dia sanggup membujang sampai je ahkhir hayat.  Apa pendapat kau orang?  Pada pandangan aku, itu semua sudah diTAKDIRkan, semua dah diTETAPkan.

Indonesia 80'an



Bill & Broad - Madu dan Racun.
Kita layan dulu lagu-lagu Indonesia yang pernah menjadi siulan dan nyanyian ramai tahun 80'an.




Endang S Taurina



Diana Nasution

Jamal Mirdad