My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Tuesday, November 19, 2013

MAY - Sendiri



Kumpulan rock May, dengan penyanyi utama mereka Mus, menjadi lagenda kumpulan rock di Malaysia.  Mereka mampu menempatkan kedudukan mereka setanding kumpulan Search, Wings & Lefthanded.  Kumpulan May ditubuhkan pada tahun 1986, berasal dari Manjoi, Ipoh. Nama MAY adalah sempena nama panggilan anggota asal iaitu Mus & Man, Abu dan Yus.



Wednesday, November 13, 2013

Robbie Wiliams - Better Man


Kita ubah selera sekejap, dengarkan lagu2 dari Robbie Williams.





Monday, November 11, 2013

Yusni Hamid - Kau Yang Ku Nanti


Yusni Hamid, penyanyi versatile dan selalu muncul diupacara2 rasmi.  Nama sebenar beliau ialah Aishah Mohd Shariff.  Beliau ialah penyanyi paling laris untuk persembahan pentas terutamanya yang melibatkan kerabat diraja, sebab itu beliau digelar Penyanyi DiRaja. 









Thursday, November 7, 2013

Waheeda - Wassini


Waheeda terkenal dengan lagu Wassini, lagu berentak Arab yang dicipta oleh Yasin.  Waheeda ada menyanyi dalam bahasa Arab dan bahasa Spanish.  Beliau terus berhenti menyanyi selepas berkahwin dengan seorang ustaz popular.







Wednesday, November 6, 2013

Yasin - Mimpi Laila


Yasin (Yasin Sulaiman), mula menceburi bidang muzik bersama kumpulan nasyid The Brothers pada tahun 1995.  Beliau mula bergerak solo pada tahun 2000.  Apa yang menarik ialah lagu2 beliau yang mempunyai campuran berbagai rentak dari seluruh pelusuk dunia, terutamanya rentak Arab.  Beliau kini aktif sebagai pencipta dan penerbit lagu.







Monday, November 4, 2013

Cyndi Lauper - Time After Time


Cyndi Lauper, mula popular tahun 80'an.  Penyanyi berasal dari New York, USA ini masih menyanyi dan mencipta lagu2.






Sunday, November 3, 2013

P Ramlee - Malang Nasibku


Apa nak buat, dah nasib.  The Red Warrior kalah dalam perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia 2013, dikalahkan oleh Pahang dengan keputusan 0 - 1.  Semua nampak tidak menjadi pada perlawanan malam ini. Cuaca hujan, ketiadaan beberapa pemain utama dan nasib yang tidak menyebelahi pasukan menjadikan TRW gagal mengekalkan trofi Piala Malaysia di Kota Bharu.  Banyak peluang yang ada untuk menjaringkan gol tetapi gagal disempurnakan.  Walaupun pemain2 dah mencuba sebaik mungkin, nasib tidak bersama TRW kali ini.  Namun begitu, semangat kesukanan yang ditunjuk oleh kedua2 penyokong patut dipuji.  Tak apa, boleh cuba lagi tahun depan.

"Gomo Kelate Gomo." - "Go More Kelate Go More."







Saturday, November 2, 2013

Dikir - Lagu The Red Warrior


Esok ada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan "The Red Warrior" dengan Pahang "Tok Gajah".  Jadi kali ini aku menampilkan lagu2 yang menyokong TRW.