My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Monday, March 4, 2013

Fauziah Ahmad Daud - Riwayat Petani



Seorang lagi bintang yang lebih dikenali melalui bidang lakonan dan pengacaraan.  Namun beliau juga pernah popular dalam bidang nyanyian.  Lakonan beliau dalam filem Azura dan Ali Setan menjadikan beliau terkenal.  Filem "berhantu" masa dulu.




BAWALAH DAKU BERSAMAMU - AZEAN IRDAWATY



Walaupun ramai yang mengenali Azean Irdawaty sebagai pelakon, namun beliau dulu pernah terkenal dengan lagu ini.  Drama lakonan Azean yang aku minat ialah masa dia bercakap bahasa Inggeris tak berapa betul, aku dah lupa tajuk drama tu.  Salah satu ungkapannya ialah "suddenly mutton cross the road".  Bila tengok cara dia bercakap dan bunyi yang keluar, kelakar sungguh.

Awie - Terima Kasih



Awie, nama besar dalam dunia rock.  Awie bersama kumpulan Wings, secara peribadinya aku berpendapat mereka adalah kumpulan rock yang nombor 2 selepas Search.  Wings, Search dan Lefthanded kesemuanya muncul mencipta nama pada waktu yang hampir sama, zaman rock kapak 80'an.

Kalau kumpulan Search ada Man Kidal sebagai pemain gitar utama, kumpulan Wings ada Joe yang juga bermain gitar menggunakan tangan kiri.