My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Friday, May 31, 2013

Halil Chik - Sejak Mengenal Cinta



Halil Chik, penyanyi era 70'an dan 80'an.  Beliau berasal dari Bagan Serai dan mula menyanyi semenjak dari tahun 1973 semasa bekerja di Singapura.  Bakat beliau dikesan oleh S Atan pada waktu itu dan beliau mengeluarkan album pertama pada tahun 1977.  Beliau merakam 5 album sepanjang penglibatan beliau dalam bidang nyanyian.


Thursday, May 30, 2013

Iklim - Bukan Ku Tak Sudi



Kumpulan Iklim, dari Terengganu, muncul pada tahun 1989 sehingga 1998.  Mereka terkenal dengan irama slow rock.  Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1990 bertajuk "Satu Kesan Abadi" dengan lagu popular yang melonjakan nama mereka iaitu 'Suci Dalam Debu'.  

Wednesday, May 29, 2013

Data - Permaisuri



Kumpulan Data, mula popular pada awal 90'an.


Tuesday, May 28, 2013

Monday, May 27, 2013

Saturday, May 25, 2013

Broery Marantika - Biarlah Bulan Bicara



Broery Marantika; nama asal beliau ialah Breory Pesulima, namun beliau menggunakan nama keluarga dari sebelah ibu (Marantika) sebagai nama dalam bidang nyanyian.  Berasal dari Ambon, Indonesia, nama beliau cukup terkenal di Indonesia dan Malaysia pada era 70'an, 80'an dan 90'an. Beliau pernah berduet dan berlakon filem dengan Sharifah Aini.  Mereka berlakon dalam filem "Hapuslah Airmatamu" pada tahun 1976.  Beliau berkahwin untuk pertama kalinya dengan Anita Sarawak.

Friday, May 24, 2013

Blackrose - Penantian



Blackrose ialah kumpulan rock awal 90'an.  Kumpulan ini mula dikenali selepas menyertai pertandingan "Juara Rock Galactica 1988".  Mereka telah mengeluarkan 2 album, dengan judul "Blackrose" pada tahun 1990 & "Rock n' Roll" pada tahun 1994.


Thursday, May 23, 2013

S Jibeng - Inai di Jari



S Jibeng (nama sebenar beliau ialah Jaafar Sidiq) adalah salah seorang penyanyi yang terkenal dizaman kegemilagan irama 60'an. Beliau adalah seorang insan yang cacat penglihatan, namun bakat menyanyi yang ada pada beliau diterima dan dihargai ramai.  Boleh kita katakan pada era 60'an, rupa tidak begitu penting. Bakat dan kebolehan menyanyi adalah diutamakan.  Selepas zaman itu, rupa mula menjadi faktor penting.

Pada era 60'an, pengaruh kumpulan The Beatles telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari tahun 1965 hingga 1971.  Istilah pop yeh-yeh diambil dari judul lagu popular The Beatles iaitu "She Loves You".


Wednesday, May 22, 2013

Al Jawaher - Mohon PadaNya Sujud PadaNya



Al Jawaher, antara kumpulan2 yang mempopularkan lagu2 nasyid pada peringkat awal.  Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1979 dan berasal dari Singapura.  Pada pringkat awal penubuhan, mereka telah dibimbing oleh M Nasir.  Album2 yang telah dikeluarkan oleh kumpulan ini ialah Permata (1979); Perjalanan (1980); Warna Alam (1982); Berita Gembira (1984) dan Alam Insan (1990).


Tuesday, May 21, 2013

Rhoma Irama - Penasaran



Era 70'an dan 80'an, nama Rhoma Irama dengan lagu2 irama dangdut beliau mempunyai begitu ramai peminat di Malaysia.  Rhoma Irama juga menceburi bidang lakonan.  Beliau digelar Raja Dangdut Indonesia.

Monday, May 20, 2013

Zalifah Ibrahim - Jangan Cemburu



Zalifah Ibrahim, penyanyi era 70'an dan 80'an.  Peserta Bakat TV 1971.  


Sunday, May 19, 2013

Mohamed Rafi - Likhe Jo Khat Tujhe



Dulu semasa zaman kebangkitan filem2 Hindustan pada tahun 70'an, Mohamed Rafi ialah penyanyi yang menyanyikan majoriti lagu2 popular ketika itu.  Mohamed Rafi ialah lagenda penyanyi Bollywood.

Saturday, May 18, 2013

Bloodshed - Srikandi Cintaku



Kumpulan Bloodshed, kumpulan rock era 80'an.  Kumpulan ini ditubuhkan di Perak pada tahun 1985.  Mereka telah mengeluarkan 3 album iaitu pada tahun 1986, 1987 dan 1988.  Mereka berpecah pada tahun 1992.  Mereka adalah antara band rock terawal di Malaysia, sezaman dengan Search dan Lefthanded.  Antara lagu mereka yang popular ialah "Samarkand".


Friday, May 17, 2013

Noreen Noor - Siang Terbayang Malam Merindu



Noreen Noor, penyanyi bersuara manja dan berimej seksi, popular pada era 80'an.  Noreen Noor juga pernah berlakon dalam beberapa filem.



Thursday, May 16, 2013

Terra Rossa - Bunga Angkasa



Terra Rossa, satu lagi kumpulan rock yang popular tahun 90'an.  Penyanyi utama kumpulan ini, iaitu Ali, sempat menghasilkan 2 album bersama kumpulan Terra Rossa.  Ali selepas itu menghasilkan album solo sebelum menyertai kumpulan XPDC pada tahun 1995.  

Wednesday, May 15, 2013

Azian Mazwan Safuan - Bukan Belas Bukan Simpati



Azian Mazwan Safuan, penyanyi era 80'an, yang berasal dari negeri Terengganu.  Beliau adalah peserta termuda yang pernah menyertai pertandingan akhir Bintang RTM iaitu pada tahun 1986.

Pertandingan Bintang RTM, yang berasal dari gabungan pertandingan Bintang Radio dan Bakat TV, telah mula diadakan pada tahun 1973.  Pertandingan Peringkat Akhir yang pertama telah disiarkan pada 26/2/1974.  Bintang RTM telah menjadi acara tahunan sehingga tahun 1986.  Melalui pertandingan ini, RTM telah melahirkan ramai nama2 besar didalam industri muzik Malaysia seperti Dahlan Zainuddin, Sudirman Arshad, Rosemaria Hamid, M. Rizal, Muhaini Suratman, Yunizar Hussein, Jamal Abdillah, Najib Hanif, Rohana Jalil, Juliza Adlizan, Safar Gafar, Raisudin Hamzah, Ramlah Ram, Jamilul Hayat, Noraniza Idris, Noraliza Yusof, Azian Mazwan Safuan, Aznil Nawawi dan lain2 lagi.  Selepas tahun 1986 banyak pertandingan lain yang muncul menggantikan pertandingan Bintang RTM.  



Tuesday, May 14, 2013

Laksamana - Gugurnya Bunga Cinta



Kumpulan Laksamana adalah salah satu lagi kumpulan rock yang muncul lewat 80'an dan menjadi popular pada awal era 90'an.  Mereka sempat mengeluarkan 2 album iaitu pada tahun 1991 & 1992.

Monday, May 13, 2013

Maxi Priest - Close To You


Kita dengar lagu2 raggae pulak.  Kali ini dari Maxi Priest, penyanyi raggae yang popular tahun 80'an dan 90an. Lagu "Close to You" ini popular tahun 1990.

Sunday, May 12, 2013

Ekamatra - Siapa Di Hatimu




Ekamatra, kumpulan rock yang muncul pada penghujung 80'an.  Penyanyi utama kumpulan ini, Rahmat, juga mengikut jejak ramai penyanyi kumpulan terdahulu pernah membuat album secara solo.

Friday, May 10, 2013

Rusty Blade - Tercipta Kasihku


Rusty Blade, kumpulan rock dari Singapura.  Mula mencipta nama tahun 80'an, zaman kegemilangan rock kapak.  Penyanyi utama kumpulan ini, Yantzen, juga ada merakamkan lagu secara solo dan berkahwin dengan pelakon dari Malaysia.  Kumpulan ini digelar sebagai Iron Maiden Singapura.  Album pertama mereka keluar tahun 1985 dan yang terakhir tahun 1989.

Thursday, May 9, 2013

Untuk Mu Ibu - Exists


Kali ini aku tak mahu bercerita pasal artis.  Entri kali ini adalah khusus untuk meraikan hari Ibu yang akan disambut hujung minggu ini.

Pada pandangan aku, kita mesti sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan seorang Ibu.  Sepatutnya tidak perlu ada hari yang khusus untuk mengingati segala apa yang Ibu telah berikan kepada kita kerana Ibu semestinya sentiasa dikasihi dan disanjung tanpa mengira waktu dan ketika.  Sambutan hari Ibu yang khusus ini pada pandangan aku diwujudkan oleh orang2 Barat dan lebih tertumpu kepada matlamat perniagaan.  Mengikut sejarahnya, sambutan hari Ibu bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1908 dan disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei.  Pada tahun 1920an, sambutan hari Ibu mula dikomersialkan.  Pada hari Ibu kita di "sarankan" untuk membeli hadiah, kad ucapan atau apa pemberian untuk diberi kepada Ibu sebagai hadiah peghargaan kerana menjadi Ibu kita.

Secara peribadi aku berpendapat bahawa tak salah untuk kita juga meraikan Ibu kita pada hari Ibu, namun apa yang lebih penting dan semestinya dilakukan ialah, kita sentiasa menghargai Ibu kita sepanjang masa dan ketika.  Pepatah Melayu ada berkata "Syurga itu dibawah telapak kaki Ibu".  Agama Islam juga mempunyai banyak ayat2 Al-Quran dan Hadis Nabi yang memperincikan tentang menghormati, mengasihi, mematuhi dan menjaga Ibu.

"Selamat Hari Ibu"

Wednesday, May 8, 2013

Olan - Cinta Bandar Tasik Selatan


Kita layan lagu rock yang pernah popular suatu ketika dulu, ketika zaman populariti rock kapak sedang memuncak.  Waktu itu rockers beridentitikan rambut panjang dan bila menyanyi lagu rancak, kena angguk2 kepala, biar rambut mengerbang menutupi muka.  Salah satu kumpulan rock yang pernah menempa nama ialah kumpulan Olan.  Kumpulan ini mula dikenali melalui lagu Cinta Bandar Tasik Selatan pada tahun 1991.  Mereka mengeluarkan 2 album lagi pada tahun 1993 & 1995.

Tuesday, May 7, 2013

Andre Goh - Sabariah


Andre Goh, seorang penyanyi berketurunan Cina dari Muar yang mencipta nama dengan menyanyikan lagu2 Melayu berirama tradisional.  Nama beliau cukup terkenal pada tahun 70'an dan 80'an.

Monday, May 6, 2013

Azie - Kau Tetap Di Dalam Anganku


Azie, penyanyi yang berasal dari Sarawak, popular awal 90'an.  Seorang penyanyi lagu2 ballard yang amat berbakat.  Pernah mengeluarkan 2 album sebelum berhenti marakamkan album dan berpindah balik menetap di Kuching, Sarawak selepas berkahwin.


Sunday, May 5, 2013

Warisan - Bersabarlah


5/5/2013, hari mengundi PRU13.  Tarikh dan acara ini amat ditunggu oleh begitu ramai rakyat Malaysia.  Jumlah rakyat yang keluar mengundi memang ramai dengan peningkatan jumlah peratus rakyat yang keluar mengundi.

Banyak perkara2 yang pelik berlaku pada PRU kali ini.  Bermula dengan isu dakwat kekal yang tak kekal, pengundi warga asing yang mempunyai kad pengenalan dan diikuti dengan kelewatan pengumuman keputusan.  Banyak cerita mengenai kiraan semula, keputusan yang lambat disiarkan dan macam2 lagi.  PRU kali ini adalah PRU yang paling sengit dalam sejarah dan memang susah diramal keputusannya.  Kalau dilihat kepada penglibatan rakyat yang menghadiri ceramah2 anjuran Pakatan Rakyat semasa tempoh berkempen, kita menjangkakan keputusan yang memihik kepada Pakatan Rakyat.  Banyak juga perkara2 yang tidak sama rata dan meragukan timbul sepanjang tempoh berkempen sehingga tamat tempoh pengundian berlaku.  Selepas ini sudah pasti banyak isu akan timbul dan pastinya segala apa yang berlaku pada 5/5/2013 akan diungkit untuk tempoh yang lama.

Walau apa pun, pada 6/5/2013 jam 12.50 pagi, pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan bahawa BN telah mencapai kemenangan mudah 112 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan.

Apa yang pasti, ini adalah ketentuan yang telah dicatatkan oleh ALLAH SWT.  Terima segala apa yang berlaku dengan redha dan sabar.  Ini pantun dari seorang pemimpin PAS dari Pahang;

Kadangkala kita nak rama-rama,
ALLAH bagi ulat bulu,
ALLAH bagi kita semua,
Mungkin nak suruh faham sesuatu.

Friday, May 3, 2013

Jamilul Hayat - Gelora Cinta Ku


Jamilul Hayat ialah adik kepada Jamal Abdillah.  Itu pasal suara seakan-akan sama.  Beliau popular pada penghujung 80'an dan 90'an.

Thursday, May 2, 2013

Streetlights - Kekasih


Kumpulan Streetlights, pernah popular era 80'an, diwaktu ramai penyanyi bukan Melayu yang menyanyikan lagu2 Melayu.  Dianggotai oleh Bachan Sigh (penyanyi utama/percussion), Kesava Rao (gitar utama), Joseph Mahendran (bass gitar), Philip Robert (drum) dan Norazmi Hairuddin (saxaphone).

Wednesday, May 1, 2013

Zamree - Tugu Cinta


Zamree, seorang lagi penyanyi 80'an yang sinonim dengan lagu2 berentak perlahan dan bernada sedih.  Nama penuh beliau ialah Norzamri Majani Zaini, dan sekarang telah menjadi peniaga kedai makan di Puchong.