My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Monday, February 18, 2013

Harun Salim Bachik - Banjir



Harun Salim Bachik, pernah menyanyi, berlakon dan sekarang terkenal sebagai pelawak.  Ini lagu bencana banjir.  Semalam, 18 Februari 2013, kawasan Puchong, berdekatan simpang bertingkat LDP dan IOI Mall dilanda banjir kilat.  Hujan yang lebat menyebabkan air naik terlalu cepat dan longkang yang ada tak mampu untuk menyalurkan air yang banyak.  Bersabar lah kepada mangsa yang terkena tragedi ini.

Awal 80'an, kawasan sekitar kampung aku kena banjir.  Kampung aku terselamat kerana terletak dikawasan tinggi berbanding dengan kawasan sekitar.  Banjir berpunca dari hujan lebat selama beberapa hari; air tak dapat mengalir masuk ke sungai Kelantan kerana air dari sungai Kelantan sendiri melimpah melepasi tebing.  Jarak rumah aku ke tebing sungai Kelantan tak sampai satu batu pun.  Kejadian banjir berterusan selama 3 hingga 4 hari.  Aku dan kawan-kawan seronok meredah air banjir.  Ada juga kami menolong menolak kenderaan yang tersangkut dalam banjir.  Kawasan air yang merentasi jalan raya, tapi tidak lah terlalu dalam, kami redah dengan motosikal berulang kali.  Seronok pula menunggang motosikal merentasi air.  Ada juga kami menaiki lori untuk menolong mangsa berpindah.  Surau kampung aku dijadikan tempat pemindahan banjir.

No comments:

Post a Comment