My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Friday, February 1, 2013

Rod Stewart - Have You Ever Seen The Rain



Summer 1989, Milwaukee, Wisconsin.  Ketika itu ada acara pesta musim panas di bandar Milwaukee.  Jarak dari tempat aku belajar, Madison ke Milwaukee mengambil masa 45 minit hingga 1 jam berkereta.  Dengan memandu kereta sendiri, aku bersama 2 orang rakan lagi menghala ke Milwaukee.  Tapi aku telah mengambil masa agak lama sikit kerana kereta aku pecah tayar.  Aku pulak tak periksa tayar spare ada angin cukup ke tidak.  Bila berhenti di tepi lebuhraya, pasang tayar spare, baru perasan tayar spare aku tak cukup angin untuk digunakan.  Nasib baik sekejap saja polis peronda lebuhraya sampai dan kawan aku naik kereta polis dengan membawa tayar untuk dimasukkan angin.  Selepas datang semula dengan tayar yang dah penuh angin, polis tu tunggu sampai aku siap pasang dan bergerak baru dia gerak sama.  Bagi aku pertolongan yang polis tu berikan amat professional dan amat aku hargai.

Di Milwaukee aku telah menonton konsert Rod Stewart.  Aku berdiri di kawasan yang agak tinggi.  Kawasan pertunjukan konsert penuh.  Ramai juga penonton dari kumpulan bikers kerana Milwaukee adalah bandar dimana terletaknya kilang motor Harley Davidson.  Semua penonton duduk atas rumput.  Sebelum tu ada persembahan dari band yang memulakan persembahan.  Penonton masih duduk lagi.  Apabila Rod Steward keluar ke pentas semua orang mula berdiri.  Dari saat itu sampai ke habis persembahan penonton berdiri.  Aku pun sama la... ada la dalam tempoh sejam setengah.  Penonton turut menyanyi dan bergoyang, menari pada setiap lagu yang dinyanyikan oleh Rod Stewart.  Ada satu ketika tu, Rod Stewart cakap dia akan menyampaikan lagu berentak perlahan dan meminta penonton untuk duduk.  Sekejap je orang duduk, tak sempat lagu tu habis, semua dah mula berdiri balik.  Habis saja lagu terakhir, Rod Stewart masuk ke belakang pentas.  Penonton tak bergerak dan masih menepuk tangan tanpa henti.  Lepas tu, oleh kerana penonton tak berhenti tepuk tangan (mengikut adat orang Amerika, itu tanda mereka sangat suka dengan pensembahan tadi dan minta tambahan persembahan), Rod Stewart keluar balik ke depan pentas dan menyanykani 2 lagi lagu sebelum masuk kembali dan tak keluar terus walaupun penonton masih tepuk tangan.

Pengalamanku ke dan di Milwaukee pada musim panas 1989.  Summer of 1989.

No comments:

Post a Comment